Wednesday, 29 September 2010

CML - PART 1 ( New Episode of my Life.....)

......CML ( Chronic Myeloid Leukemia )

Dalam meniti usia perkahwinan yang belum beranjak ke angka 1 tahun...aku terpana dengan ujianMu...
Setelah aku mendapat kekuatan dan boleh menerima kehilangan kandunganku kini..
sekali lagi aku perlu menjadi tabah mendengar perkabaran penyakit suami tercinta..

detik mengetahui diagnose penyakitnya terlalu panjang setelah 4 bulan menderita penyakit yang pada awalnya dianggap 'mistik'....

setelah 4 kali keluar masuk wad........
Ujian darah baru diterima dan inilah CML????? Leukimia...sememangnya amat jelas sebagai penyakit yang merbahaya tetapi CML???Doktor2 tiada yang menjelaskan kepada kami...apa yang dikehendaki pembedahan mendpatkan sum2 tulang...

Tentu sahaja mendapt tentangan keluarga.....

kronologi ..
14 mac 2010 - saya keguguran...
suami mula sakit (pada awalnya dianggap sakit mistik)
penurunan berat badan yang ketara.

23 April 2010 - suami masuk wad
15 May 2010 - berkursus di China
sekali lagi suami masuk wad
23 Ogos 2010 - masuk wad kali ke-3
17 sept. 2010 - masuk wad dan dimaklumkan keputusan darah setelah puas merayu....
Berita yang memberi Kejutan Hebat buat kami.....
20 Sept. 2010 - ke KMC untuk kepastian ujian darah dan jawapannya amat merobek hati kami
setelah 2 kali ujian darah tersebut dilakukan.
Dr pakar dr Suhaimi mengesa saya mencari maklumat
berkaitan...katanya"jangan biarkan diri kita diperbodohkan oleh mereka yang
bijak"....

21 sept.2010 - Suami tekad untuk melakukan pembedahan biopsi sum2 tulang pinggul setelah
yakin dengan penerangan doktor walaupun terpaksa mengeluarkan semua wang
KWSP yang disimpannya sebelum ini....kami tahu kos perubtan ini akan menjadi
tekanan kepada kami....Insyaallah tuhan akan tunjukkan jalan....itulah doa kami
setiap kali...



Detik pengalaman suami yang sukar...( seperti contoh video dibawah )



28 Sept.2010 - temujanji seterusnya bagi membuka jahitan dan keputusannya tetap sama....
bacaan terkini adalah 380 ribu bagi darah putih berbanding sebelumnya iaitu
100 ribu lebih.....

kami menunggu jawapan 'Foundation' yang doktor cadangkan....ini kerana ia peluang bagi kami yang kurang berkemampuan untuk hidup kembali normal........"

Doakan kami......



Monday, 1 March 2010

Aktiviti WarGa kerja Hortikultur pahang Barat...

En Wan ngan BIM nyer

pameran di AUT..Hjh Norhayati dengan palomh cacingnya.






Disebekah pegawai Hort.Pahang Barat (Hjh Norhayati, En Nasa & en lan di lapangan
(bawah)penerangan Hjh Norhayati tentang vermicompost..







palong disiram bagi lembap






















tunjukajar en Wan membuat BIM






dibawah Hjh Norhayati tengah dok mencari cacing













































Friday, 19 February 2010

Mencari keberkatanNya..

Salam sejahtera..

Aku sekarang sedang giat melayari internet dan membaca bahan ilmiah..semata-mata ingin kan yang terbaik buat zuriat ku nanti insyaallah...

Daripada awal persediaan kehamilan sehingga tanggungjawab yang harus dipikul sebagai ibu/bapa..Dengan harapan perkembangan dan perjalanan anakanda diredhai Illahi seterusnya..itu sahaja yang mampu ibu lakukan..selebihnya ibu berserah kepadaNya...

Pemilihan nama anakanda,rancak perbincangan ibu dengan ayah..jika anakanda lelaki/perempuan..telah dibincangkan..walaupun masih terlalu awal tidak menghalang kami membincang hal anakanda...Nama anakanda adalah doa kami nanti kepadaNya agar selamat menghadapi pancaroba alam fana ini...

Ibu ada menikuti kisah perjuangan pejuang Islam bangsa Negro di bumi Amerika,namanya Dr. Warith Deen Mohammed..sungguh menarik perjalanan hidup beliau...ibu kepingin jika anak ibu nanti lelaki berjiwa pejuang seperti itu,menegakkan agama suci kita..dan memperjuangkan syariat Islam..itu harapan ibu...Ibu dan ayah sepakat agar nanti nama itu diabadikan kepadamu insyaallah, jika rezeki ibu dan ayah untuk menemui kesampaian...tapi mulut ayah dan ibu tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan kamu....

Jika sekiranya nanti anakanda seorang perempuan,ibu dan ayah juga telah siap menyenaraikan aturan nama-nama yang terbaik...dengan harapan yang sama agar nanti anakanda menjadi srikandi Islam yang menjaga maruah diri dan agama serta menyenangi hati kami..Qaseh Auni Firdina..panggilan kasih buat anak perempuan ayah dan ibu yang baik...

Perjalanan hidup kini terasa agak lambat,mungkin kerana hintungan hari sentiasa dikira...debaran sentiasa ada sepanjang masa...kepayahan ini diharap membuahkan suatu yang memberi kepuasan dunia dan akhirat...penyenang hati kami,



....................................................................................................amin.
.Namun Sesungguhnya Allah swt Yang Maha Mengetahui akan segala kejadian.
Kita hanya merancang,Dia yang menentukan segalanya.


Redha dan pasrah atas segalanya...walaupun saat untukku abadikan tulisan akan kehilanganmu ini begitu sukar (tika ini sekalipun masih terasa pilunya - 24hb Jun 2011(Jumaat /15:37)..namun aku perlu menghadapi realiti dan perlu menerima akan ketentuan Qada & QadarNya.

Aku bahagia sekali menerima berita kehadiranmu, lihat sahaja entry ibu sebelum ini...sungguh teruja akan status baru itu..

Namun kamu bersama ibu tidak lama..kesakitan kehilanganmu  lebih nyilu dan pedih dari kesakitan zahir itu sendiri.


3 month of you...13hb Mac 2010.
Anak kamu tidak betah melihat dunia ini yang penuh pancaroba...walaupun ibu dan ayah rindu sekali menerima kehadiranmu...Ibu rela kamu pergi..semoga hati ibu tenang dan ibu mohon daripadaNya kekuatan dan keutuhan Iman menghadapi hari-hari mendatang inidisamping ayah kamu..

Kelak ibu tahu,perjalanan ranjau yang penuh onak pasti dilalui...dengan iringan doa agar diterangi jalan itu akan  NurNya...


...............................lari dari realiti bukan penentu kepada penyelesaian.
....................kemaafan dan memberi kemaafan meruntun jiwa insan
..........suka duka kehidupan adalah lumrah dunia
...ingatan kepadaNya yang dapat menjamin KEIMANAN.

Thursday, 11 February 2010

Menanti saat bergelar....IBU

Alhamdulillah setelah 2 bulan 6 hari menjalani kehidupan berumahtangga, cahaya kebahgiaan bergelar isteri sememangnya manis bile nya suami sentiasa disisi...dan mengimani solatku.

Syukur kehadrat Ilahi, pada awal Januari 2010, aku resah dan bertanya2 kemungkinannya..berikutan periodku tidak seperti dijangka kebiasaannya...namun aku tidak mahu terlalu ikut perasaan..wat selamber jer..suami lak yang dok sibuk membilang untuk kepastian...lucu sungguh..

Hujung bulan Jan.2010 aku terasa sakit dibahagian peranakan dan mendapat demam...kebetulan hari minggu n semua klinik di Pekan tutup...aku membuat janji di klinik swasta Kuantan...walaupun tak sihat, sempat jugak aku singgah rumah kakak aku yang baru lepas operate lutut kat KMC beberapa hari sebelumnya....

Tiba diklinik, keadaan agak lenggang,aku diperiksa oleh doktor perempuan yang agak muda,suami sempat bertanya usia doktor tersebut....memang ler dia terlebih ramah...
Dipendekkan cerita,rupanya saya mengalami simptom awal mengandung.....syukur sangat..

Setiap kali bersolat, ku panjatkan doa agar kandungan aku selamat dan ku perdengarkan sentiasa bacaan al Quran agar iannya membesar dalam Nur Iman,..suami pun makin rajin mengaji..alhamdulillah, walaupun bacaan kurang lancar, dek kerna telah lama tidak mengalunkan bacaan indah dari suci...

Anakku,
walaupun baru 4minggu, ibu dan ayah menenanti kehadiranmu dengan penuh rasa kesyukuran dan kesabaran serta dengan harapan, kelak engkau menjadi anak yang soleh/solehah...




....NOTA HATI....