Wednesday, 24 June 2009

Juadah Satu Rejab 1430H

Alhamdulillah...Allah swt masih memberikan saya kesihatan dan keupayaan untuk beribadah puasa sunat hari ini..syukur.

Teringin sangat nak makan kuih tradisional.."Tepung bungkus"

teringat zaman kecil2, masa arwah Tok masih ada (al Fatihah),,mak masih sihat & tok rajin tolong mak buat kuih..kami adik beradik puas makan....

so kini giliran aku pulak belajar membuatnya & berbakti kepada mereka pulak...

Bahagia rasanye kalau dapat mencurahkan jasa kepada mereka...kalau dah berkahwin & berkeluarga sendiri tentu sibuk dengan urusan keluarga kita pulak..so mereka???

Aku kira tak ralat lah...alhamdulillah (bukan nak berlagak), cuma lepas belajar aku bekerja kilang & syukur setelah 4 tahun aku memperolehi pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan aku (walaupun kerja gomen serta bergaji kecil) aku sangat2 bersyukur...dapat jugak aku membantu mereka lebih kurang...cos dulu2 kami susah..
kini walaupun tak mewah dapat hidup dengan selesa dan tak mengharapkan belas ikhsan atau mengharapkan orang dah kira baik....

So sempena Puasa sunat Satu Rejab 1430H ni...aku nak tunjukkan resepi juadah untuk kami berbuka nanti...(lihat gambar...memang wat air liur cair punya..ooop batal posa nanti)

Caranya...korang nak tau....


  1. 1st bahan2 dia.
    2 biji kelapa (1 tua & 1 antaranya )
    kukur kelapa tua untuk santan
    sebiji lagi tue untuk intinya.
    1 beg plastik tepung pulut
    1 beg plastik tepung beras
    air untuk rebus dengan kelapa parut untuk inti
    gula melaka 3 biji
    gula merah
    gula pasir
    daun pisang yang telah dilayurkan
Cara menyediakan bahan a (inti)
  1. rebus kelapa parut dengan air sekejap.
  2. masukkan gula melaka,gula merah n gula pasir
  3. kacau sampai ianya kering.
cara menyediakan bahan b (lumpur)
  1. masukkan santan,bancuh tepung pulut terlebih dahulu dengan santan sebelum dididihkan agar tidak berketul2.masukkan garam secukup rasa
  2. jangan gunakan api kuat,dan sentiasa kacau adunan sehingga pekat.
cara menyediakan bahan c (isi)
  1. ambil tepung beras dan bancuh dengan air dan bentuk sperti doh.
Akhirnya penyediaan kesemua bahan...masukkan inti kedalam isi (bahan c), salutkan dengan bahan b (lumpur) diatas daun pisang dan bentukkan seperti kapal (macam lah)..Dan apa lagi kukuskan sehingga masak.....
Untuk menu nasi hari ini berlaukan gulai tempoyok...yumm...
tambah dengan ulam terung bakar

Syukur kepadaMu Ya Allah swt atas nikmat makan untuk hari ini..amin.

2 comments:

cikja said...

memang sedp, tk ingat kat akak ini, mc 2 hari sakit.. nk komen skit, bukan rebus lah kelapa tu, masak sekejap. Tok mmng pakar wat kuih tradisional terutama kerabu pucuk kaduk.. lama betul tak makan.. smua tinggal kenangan yng menggamit rindu dan sendu dihati.. Alfatihah untuk semua ygn telah pegi... akak nak juga fadilat puasa sunat rejab tu. insyallah dpt sehari jadi la.. isnin kot..

kak ngah said...

woi..aku nak sikit.....pada yang dah pergi hanya al fatihah penganti dir... semuga roh dalam redha Illahi... woi ngapa tak de orang komen dalam blog syurgakeluarga....

....NOTA HATI....