Wednesday, 15 July 2009

Serpihan Hati...

Melihat kepada tajuk diatas..temanya seolah-olah sebuah telenovela cinta lagaknya...
tapi itulah realiti kehidupan..ibarat mengemudi perahu ditengah lautan....

Orang cakap usia muda lagi banyak pancarobanya...tapi bagi aku..pancaroba ini datang tidak bertemunya...begitu juga dengan CINTA...
kita mudah untuk menyayangi sesama manusia..lebi2 lagi kepada berlawanan jantina..

ibarat pepatah...cinta maut ler..penuh dengan bunga2 bahasa dan janji2 manis...Lautan api aku renangi,gunung tinggi akan didaki..betapa mabuknya bila perasaan cinta menguasai diri...ibarat kata P Ramlee,ibarat dunia ana yang punyer....saat2 kemaruk dilanda rindu asmara..
Namun,cinta manusia ada penyudahnya..jika hubungan berkekalan hingga ikatan sah syukur..namu bukan juga titik kepada perkekalan ikatan...
Disaat hubungan sedang berkasih-kasihan...anak Adam ini bercinta tentunya diiringi pengapit setia yang setia menghasut untuk melanggar hukum syarak..itu yang ramai karam dilautan dek nafsu yang ditiupkan 'pengiring peribadi ini'...
Dalam gelodak asmarada...cintan-cintun pasangan yang tengah ketagihan pasti menagih lagi...babak romantis pasti berulang..

Itu babak sinetron yang romantik terbabas..jika sebaliknyer..
itu yang kita lihat ramai lah wanita2 Melayu kita duduk di atas jambatan dekat laluan komuter, atas bumbung bangunan..ala-ala lagak 'stunt' tapi ianya bukan untuk tujuan aksi filem...sebaliknya atas bisikan pengiring jugaklah agar menamatkan riwayat yang Allah taala kasi ini dengan jalan yang menyimpang...Nauzubillah..."bunuh diri' jauhkan lah dari terlintas dibenak fikiran....walau berserabut mana perasaaan dan jiwa raga itu...dalam keadaan tak rasional atau dalam keadaan 'mental disorder' mana pun...berbalik lah mengingati Yang Maha Esa...

BAHANA CINTA....

(buat rakan ku yan masih setahun jagung usianya ataupun dah senja jugak...air mata dan tangisan sangat berharga jika ianya gugur sebagai mengingati azab dan menyesali akan dosa2 kita)

Bernama) -- Hakikat satu kajian! Daripada 113 kes bunuh diri yang dilaporkan di Malaysia dalam tempoh Julai-Disember 2007, 82 ialah lelaki dan 41 daripadanya sudah berumah tangga.

(Bernama) -- Statistik yang mencemaskan! Kira-kira 20 peratus daripada mereka yang menghubungi Befrienders Kuala Lumpur ialah mereka yang mahu membunuh diri.Kira-kira 30 peratus pula berumur bawah 30 tahun, kumpulan umur yang dikenal pasti kumpulan berisiko tinggi untuk membunuh diri.60% terdiri daripada wanita manakala selebihnya lelaki. 33% telah berkahwin. Dari segi kaum, 49 peratus kaum Cina, India 32 peratus dan Melayu 15 peratus.Statistik di atas ialah sebahagian daripada analisis yang dibuat terhadap 21,144 yang berhubungan dengan Befrienders Kuala Lumpur pada 2007.


Renung2kan....jangan terlalu terbawa2 dek perasaan,cinta/love,sayang..kerana selayaknya semua istilah tadi adalah sewajibnya hanya kepada ALLAH swt... Dunia hanyalah bersifat sementara...pilihan sewajarnya di alam yang kekal abadi dengan limpahan nikmatNya..insyaallah.

(coretan ini ditulis..gara2 hatiku sebak dan terganggu dek esakan dan tangisan kenalan baruku; orangnya cantik ; masih mentah usianya...dituruti hati kerana mencintai seseorang yang bernama lelaki....), Mengapa dik???mana harga dirimu??, bukan niat akak nak mencampuri..tapi hati akak tersentuh..yealah kalu dah meraung dekat telinga..akak bukan berhati sebal...nak bertanya tidak mungkinlah..tak mau dilebalkan Busy body & akak bukan jenis yang camtue..cuma akak pesan dengan nada gusar.. 'hati-hati' tatkala adik melangkah keluar untuk memujuk kekasih hati...Tabahkan hati,berfikiran rasional ye dik...moga tiada musibah menimpamu...adik masih muda dan panjang lagi langkah di atas muka bumi ini..)


No comments:

....NOTA HATI....