Tuesday, 9 August 2011

Perkabaran duka..

Salam semua,

Jika sebelum ini entry penulis berkisar kepada liku hidup suami yang perlu menjalani pembedahan 'Bone marrow' dan ianya sangat memberi impak emosi kepada penulis walaupun tidak dipamerkan agar hubby tetap kuat semangatnya...
Dalam tempoh aku menemaninya aku sedang berbadan dua...syukur padaNya..namun berita yang diterima sebelum suami masuk wad sangat melukakan hati & memberi tamparan yang sangat hebat...ku pujuk diri ini agar lebih kental untuk menghadapi ujian dariNya,..setiap segala yang terjadi tentu ada hikmahnya...

beberapa hari selepas itu,aku cuba rujuk kepada poklinik kerajaan,dan petunjuk menunjukkan telah negatif.namun aku tetap mahukan keshahihan..lantas hari berikutnya kami sekali merujuk ke Hospital Pakar Swasta untuk pemeriksaan...ujian makmal menunjukkan 'weak positive' dengan kandungan gula yang tinggi 8.6. setelah diimbas doktor mengesahkan kandungan saya berusia 1bulan lebih telah gugur sendirinya...melalui tanda-tanda keluarnya gumpalan darah seperti haid...doktor tidak menyarankan D&C kerana kandungan masih baru dan akan keluar sepenuhnya kemudiannya...berkecai & luluh hati ini tiada siapa yang tahu....syukur suami sangat memahami...Belum rezeki kami untuk menimang cahayamata...ketentuanNya hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Aku diberi taklimat agar mengawal kandungan gula dalam darah agar tidak membahayakan diri & janin jika berlaku kehamilan lagi..


Alat diatas dibeli setelah mendapat penjelasan pihak hospital (RM180 tidak termasuk strip dan jarum tambahan)

....NOTA HATI....