walaupun agak sukar pada mulanya...
segala nya ku tempuhi jua..
- 01hb Ogos 2012 - Lapor diri ke PPDT...
walaupun kesihatan agak kurang mengizinkan aku gagahi jua menjejak kaki bagi memulakan tugasan baru. mendengar taklimat daripada pegawai sebelumnya dan penyerahan tugas diserahkan ...aku membuat permintaan agar bilik pejabat ku berada dibahagian bawah..tiada kemampuan untuk aku melangkah meniti bibir-bibir tangga yang tinggi itu..huh!
- 02hb Ogos 2012 - Temujanji dengan doktor pakar..aku ditahan wad...
- 03hb Ogos 2012 - Masih dalam wad tidak dibenarkan balik kerana kondisi kandungan aku yang agak lemah
- 04hb Ogos 2012 - Pemeriksaan pagi bagi dengupan jantung kandungan ku...berderu darah dan jantungku bila doktor yang memeriksaan kelihatan agak cemas dan tergesa-gesa meminta doktor yang lebih pakar untuk meneliti bacaan pada mesin tersebut dan keputusannya aku perlu segera di tolak ke bilik pembedahan.....
Ya Allah...hanya padaMu aku berserah...
Syukur alhamdulillah...segalanya selamat
walaupun buah hati ibu lahir tidak cukup sehari (36w)..jam 10.15 pagi lahirlah anak perempuan ibu dan kamu sangat comel sekali,ibu sangat bersyukur dan terharu..
Namun ranjau bergelar ibu masih terlalu awal...'Sedih hati ibu bila cuma sehari kau dibawa balik kerumah telah terpaksa kembali ke wad untuk rawatan susulan bagi penyakit kuning...
ibu tak sampai hati melihat anak-anak kecil yang berada bersamamu yang perlu di ambil darah dan mengidap pelbagai penyakit...dalam hati ibu semoga semuanya selamat dan baik-baik.
- 04hb Nov 2012 - 'Buah hati ku' telah menginjak ke usia 3 bulan..semoga membesar menjadi anak yang solehah.
- 02hb Nov.2012 - Ibu kembali bertugas semula setelah 3 bulan bercuti panjang...rindu meninggalkan se kecil kepada ibu mertua tidak terbendung rasanya...