Hari ini dah masuk 16 Ramadhan 1432H.......
Bulan nie entry koi berjalan agak lembab atau lebih betulnya Koi dilanda penyakit MALAS nak meng-update..hahaha..
Tapi sepanjang bulan Ramadhan nie...terima kasih sangat dekat Mother in Law kerna sudi menerima kami berbuka bersama...bukan sebab aku malas nak masak tetapi Hubby cakap buka berdua tak rasa ada 'feel'...
memang ler kalu berbuka bersama keluarga hubby,ahli keluarga masih ramai,tentu aja merih masa nak berbuka...kekadang teringat ibu & ayah di kampung yg berbuka berdua sahaja...iskhh...syahdu ler..
Tapi aku tak miss lagi masak untuk bersahur..almaklum lah,hubby kerja berat & tak boleh jika tidak bersahur (dengan penyakitnya kira alhamdulillah tiada apa-2 effect takat ini)
Tidak pernah ku lupa untuk dipanjatkan doa & memohon kepada Allah swt agar diberikan kesihatan baik buat suamiku.....
Sedih jugak bila mengenangkan akan berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini......alhamdulillah dengan tekad kali ini untuk qatam quran,insyaallah.....takat hari ini sudah nak masuk surah Maryam..
........................................................................to be continue
Tuesday, 16 August 2011
Tuesday, 9 August 2011
Ramadhan 1432H
1 Ramadhan 1432H tahun ini jatuh pada 1 Ogos 2011 iaitu bersamaan hari Isnin.
...............................................................................kini
Pejam celik,pejam celik dah masuk 9 Ramadhan....dah nak hampir ke penghujung.
syukur masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini....

My Mom Garden - Part 2
Perkabaran duka..
Salam semua,
Jika sebelum ini entry penulis berkisar kepada liku hidup suami yang perlu menjalani pembedahan 'Bone marrow' dan ianya sangat memberi impak emosi kepada penulis walaupun tidak dipamerkan agar hubby tetap kuat semangatnya...
Dalam tempoh aku menemaninya aku sedang berbadan dua...syukur padaNya..namun berita yang diterima sebelum suami masuk wad sangat melukakan hati & memberi tamparan yang sangat hebat...ku pujuk diri ini agar lebih kental untuk menghadapi ujian dariNya,..setiap segala yang terjadi tentu ada hikmahnya...
beberapa hari selepas itu,aku cuba rujuk kepada poklinik kerajaan,dan petunjuk menunjukkan telah negatif.namun aku tetap mahukan keshahihan..lantas hari berikutnya kami sekali merujuk ke Hospital Pakar Swasta untuk pemeriksaan...ujian makmal menunjukkan 'weak positive' dengan kandungan gula yang tinggi 8.6. setelah diimbas doktor mengesahkan kandungan saya berusia 1bulan lebih telah gugur sendirinya...melalui tanda-tanda keluarnya gumpalan darah seperti haid...doktor tidak menyarankan D&C kerana kandungan masih baru dan akan keluar sepenuhnya kemudiannya...berkecai & luluh hati ini tiada siapa yang tahu....syukur suami sangat memahami...Belum rezeki kami untuk menimang cahayamata...ketentuanNya hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Aku diberi taklimat agar mengawal kandungan gula dalam darah agar tidak membahayakan diri & janin jika berlaku kehamilan lagi..
Alat diatas dibeli setelah mendapat penjelasan pihak hospital (RM180 tidak termasuk strip dan jarum tambahan)

Wednesday, 27 July 2011
CML - Part 3
.....................susulan perjumpaan & taklimat Max Family & Foundation dengan pihak Hospital Kerajaan, kami merujuk kepada Dr Pakar daripada pakar Hospital Ampang (Dr.Ahlam...) & selepas berbincang dengan Dr.daripada Klinik swasta yang kami rujuk.....keputusan diambil untuk membuat pembedahan 'BMA' kali kedua dengan pihak hospital kerajaan untuk menambah perlanjutan bekalan ubatan.....
25hb Julai 2011(Isnin) : 2 situasi sukar perlu dihadapi ketika ini....penulis membuat susulan rawatan kehamilan di Specialist Hospital berikutan ujian kehamilan sendiri yang positif seminggu berikutnya,dan darah yang keluar pada 24hb sseperti darah haid memberi tekanan emosi yang amat kepada saya.
Setelah ujian makmal keluar,didapati masih lagi positif walaupun darah seperti haid masih keluar...kemungkinan yang terjadi menurut keterangan doktor ialah,ujian kehamilan masih belum menunjukkan sifat negatif, atau berlaku kehamilan luar rahim atau boleh jadi mengandung seperti biasa...semua kemungkinan itu begitu sukar untuk diterima ketika itu dengan keadaan suami yang perlu menjalani pembedahan sum-sum tulang pinggul.
Pada malam itu,saya bermalam di wad 8B Orkid HTAA...suami ditempatkan disatu bilik yang asing daripada pesakit lain namun berkongsi bilik dengan seorang lelaki warga emas yang turut menghadapi penyakit berkaitan dengan darah.Beliau sangat ramah dan suka memberi ceramah mungkin kerna beliau sebelum ini seorang ustaz yang sering mengajar.
Keesokannya,sebelah tengahari suami menjalani pembedahan,syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dan memerlukan suami berehat sebelum dibenarkan keluar pada hari itu.
................................................

Tuesday, 19 July 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)