Friday, 17 July 2009

Istilah Solat Jumaat...LELAKI MUSLIM??

Ruangan hari ini based on my observation today...ketika aku begitu asyik menghabiskan detik masa ku membaca journal di suatu ruang yang di khaskan kepada pelajar2 untuk melakukan aktiviti mengulangkaji...tempat selesa dan yang penting boleh access internet...
Namun yang tidak sedap mata memandangnyer bukalah tak suka kelibatan pelajar lelaki disudut ini buat tika ini..Diaorang tak aware ke hari ini hari apa n time ini apa yang wajib bagi lelaki muslim...Saudaraku today is JUMAAT...n ri..aku right now is time to pray ler........

...hehehe..aku wat renungan tajam kat beberapa lelaki Muslim yang study depanku dengan pacaran masing2....dengan harapan mereka prihatin n tersedar...kot2 ler terluper hari dek 'best bergesel2an , bercubitan dengan teman istimewa..
But no Respon...diaorang lak wat pandangan menjengkelkan...ini ker umat akhir zaman...
patut malu dengan beberapa student India yang ader kat situ...tatkala bacaan alQuran berkumandang dari masjid...
Yang perempuannyer lak tak langsung nak mengingatkan pasangannya langsung...atau turut terangsang dek dapat dok bergesel2an????

Solat Jumaat merupakan solat yang ditunaikan pada hari jumaat.

Kewajipan menunaikannya adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama muslim. Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah. Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya[2].

Adapun yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkan yang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.
Sabda Nabi SAW;الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض

Maksudnya;“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit[3]

Sabda Nabi SAW lagi;من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً

Maksudnya;“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit[4]







2 comments:

Observation and Research Page said...

Ada banyak faktor orang lelaki tak nak gi solat Jumaat. Pertama mungkin iman yang tipis (antara percaya dengan tidak adanya hari pembalasan, padang masyar, syurga, neraka etc.) Yang kedua mereka tak nampak reward nya. Yang ketiga, khutbah Jumaat kadang-kadang membosankan kerana ia dibaca oleh khatib. Khatib tidak berkhutbah tetapi membaca khutbah.

Kalau nak dengar khutbah yang boleh menghilangkan ngantuk pelajar UPM patut pergi solat Jumaat di masjid MARDI. Memang power! Lepas solat boleh minum cendul Power di depan masjid tu.

Permata Agro said...

Brp byk mana pun sebab musabab...kita tak boleh memberikannya di Padang masyar kan Pak Ngah...
alasan untuk meringan2 kan hukum Allah.....zaman yg banyak dengan alasan...

....NOTA HATI....