Wednesday, 1 June 2011

ADAT MERISIK...

Aku terpanggil hendak membincangkan 'entry' ini kerna dalam sedikit masa lagi ahli keluarga kami yang bongsu sudah ada tanda hendak menamatkan alam bujangannya. Makanya perlu kiranya diperjelaskan dan didalami adat resam budaya kita ini. Mana yang elok kita ikuti dan yang baik terhalang oleh hukum syarak kita elakkan. Jangan sampai pepatah lama ini masih diamalkan " kerna adat,biar mati anak,jangan mati adat"

Mengikut Adat Resam Masyarakat Melayu,(rujukan sumber) ; http://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htm

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.


Harapan keluarga adik akan dapat menjadi ketua rumahtangga,ingat mak dan ayah.











No comments:

....NOTA HATI....