Friday, 24 June 2011

Memories Goes by @Tagaytay City,Philippines

Mengimbau kenangan lalu ketika menghadiri  kursus
"Participatory Approaches in Managing Extension Delivery Systems (Phase 2)"
anjuran JICA di DAP Tagaytay City,Filipina
pada tarikh 15hb Oktober - 28hb Oktober 2006.
Kehadiran ke DA-ATI Tagaytay disambut mesra.

Melengkap borang kursus bersama teman dari Indonesi Ibu Femmy dan Pak Paman

Delegation from Indonesia
Delegation from Lao PDR
Delegation from Myanmar
Delegation from Philippine
Delegation from Thailand
Delegation from Timor Leste
Delegation from Vietnam

Delegation from Cambodia
Delegation  from Malaysia,of course one and only "alone ranger"..huhuhu...but it's okay,need to survive independently.

Presentation :


Country Report Presentation

Q&A for group Philippines..

Tugasan
Field visit :

Los Banos National Crop Reserach & Development
PCARRD
All together in PCARRD
Los Banos University,College of Public affair

Castle of Fantasy World

YenBentez Sycip Center for Rural Recontruction
Municipality od Silang,Cavite Province

Cavite State University
Ambik ko ladang Khinzir...(ps:aku gie shopping time nie..camera bagi peserta lain amik)
Meet President of Philippine ....class ghitu..iron lady.

Smile you all
shake hand Malaysia & Philippines

Group photo at Da-ATI 

Ifugao Dancer ethnic in Philippines

Local dance inPhilipphines


Antara gambar-gambar yang dapat dikongsi setakat ini...
To all my dearest friends in that course i wish you all Happy life..been with you all was the best moment.

Tapi pengalaman yang sangat mendebarkan ialah tatkala berhadapan dengan gegaran gempa bumi berskala 6.0 magnitude richter.Takut sangat-sangat...my friend ada yang sembunyi bawah katil dengan timbunan tilam...lawak..aku dah lari KELUAR bangunannya..

Berpuasa di negara yang majoriti penduduk adalah kristian dengan 5% Islam adalah sangat sengsara,nasib ada seludup bekalan makanan...non-HALAL jadi hidangan setiap hari,walaupun telah diberitahu ada peserta Muslim. Namun akhirnya,terpaksalah juga hampir tiap-tiap hari kita minta telur rebus disediakan. Menu saya hari-hari putih dengan telur rebus (+ bekalan sambal hitam yang dibekalkan oleh my staff..thanks Kak Ana).Tapi yang pelik peserta dari Indonesia nie kekadang baham semua,maybe darurat kot katanya.Hentam jer ler labu (bak kata P.Ramlee)..aku sensitif,kalau ikutkan hati pinggan mangkuk,sudu semuanya pun aku tak sanggup guna..

Sebelum menjelang Aidilfitri,aku ada telefon keluarga di Malaysia (kredit sangat mahal dan tempohnya pendek) menanyakan bila tibanya 1 Syawal disana dan mohon ampun dan maaf kat mak & ayah khusunya. Dan nak jadikan cerita 1 Syawal (ikut waktu Malaysia) yang ditunggu oleh seluruh umat Islam pun menjelang,tapi sayang aku tak dapat nak dengar takbir berkumandang dan masa itu jugak aku ada kelas tapi aku mohon seorang pengajar (Paderi) untuk hantar ke Masjid ikut serta peserta Indonesia..Paderi salah bawa,dia bawa kami ke kuil yang rupanya berkubah jugak..last-last,pusing punya pusing jumpalah juga masjidnya..terfikir dihati, umat Islam di sini tak menyambut raya ker??sebabnya tak ada sambutan pun cuma ada kain rentang,itu pun dibeberapa tempat saja.Tiba dimasjid selepas puas berpusing2,Paderi pun bertanyakan penduduk setempat yang Muslim,rupa-rupanya mereka semua sudah bersolat Aidilfitri semalamnya..Nak buat macammana aku teruskan juga niat untuk bersolat Aidilfitri ikut waktu Malaysia.


Sedih bila sambut Aidilfitri sorang-sorang nie & jauh daripada keluarga,syahdu sampai mengalir air mata...tika inilah baru kita merasa perlunya keluarga dan rindunya nak balik Malaysia.



...............................Jauh perjalan,luas pengalaman.
.....................Pengalaman mengajar kita erti berdikari

....NOTA HATI....