Wednesday, 11 May 2011

Bertamu Di hati

Salam dihulur tanda persaudaraan..


Melayari dan mengikuti blog sangat memberi kepuasan dihati..
Betullah,membaca itu lebih baik dari banyak bercakap...lebih-lebih lagi bercakap dengan tanpa isi (berfaedah)

اقْرَأْ...Bacalah, dalam AlQuran pun dah dititik beratkan.
makanya tunggu diamalkan saja...

Hendak juga saya menyentuh tentang pertuturan bahasa Melayu...
sewaktu meyaksikan Filem Merong Mahawangsa...sungguh indah susun kata & lentok gaya pertuturan..

Walaupun blog saya sebelum ini cukup mengambil remeh penulisan bahasa kita,penggunaan ringkasan bahasa yang mencacatkan bahasa ibunda sahaja..kini timbul tekad baru untuk memertabatkannya..Bahasa Jiwa Bangsa..

Malah blog ini juga tiada tentu judul dan temanya...ini kerana skop kehidupan manusia bukanlah hanya pada satu titik pandangan yang SATU Nokhtahnya adalah pegangan agama semata-mata..maka minda perlu berkembangan  agar luas dan jauh pandangan dan ilmu pengetahuan yang dapat diceduk.

kekadang terbit juga slot yang membawa kepada bisikan keluh kesah dan kemelut dihati penulis..bukan bermaksud membuka pekung didada atau membawa musibah kepada pembaca yang budiman,hanya sekadar coretan yang ingin dikongsi,tidak perlulah diambil endah sebegitu serius,penulis juga ada hati dan perasaan,ruangan sepi ini sahaja mampu memberi kakuatan tika kemelut melanda jiwa.

Tika jiwa bertamu dari hasil ilham yang berligar dibenak fikiran menjadi bait-bait kata yang mampu memadamkan resah..jika dulu pena umpama mata pedang kini dengan peredaran zaman ruangan maya ini mampu mencetus revolusi manusiawi samada ke kancah buruk mahupun kebaikan.Hanya jiwa manusia yang tulus dan murni serta mendapat Petunjuk Ilahi mampu menokah arus gelombang mengganas.


sekian buat tatapan buat ketika ini.

Pepatah Cina:
Betapa bodoh pun seseorang, dia jadi cerdik bila menyalahkan orang;
betapa bijak pun seseorang, dia jadi bodoh dan degil untuk mengakui kesilapannya.

No comments:

....NOTA HATI....