Thursday 29 September 2011

Kenangan Lebaran 2011


.................................rindu............................

I love her..^^.Angie Bratt^^.

My favourite Hollywood actress...Angelina Jolie Bratt..
Angelina Jolie took daughters Zahara and Shiloh to get their ears pierced in London, only for Shiloh to drop out after her elder sister cried from the pain of the piercing gun

bukanlah nak mengagungkan artis barat nie apatah lagi gaya hiduupnya..cuma suka dengan sikapnya yang peyayang & so parenthood lor...selain dier memang cantik from my eyes ler...

notes : latest news copy from ;
http://www.contactmusic.com/news/angelina-jolie-takes-daughters-to-get-ears-pierced_1247247

love above picture..so sweet...

Tuesday 27 September 2011

... home blood glucose monitoring ....


......ada masa rajin test ada masa miss...huhuhu
Apa2 pun..makan memamg kena kawal...
Time taking..
1.pre-breakfast
2.2 hour after breakfast
3.pre-lunch
4.2 hour after lunch
5.pre-dinner
6.2 hour after dinner.

no.1 til no.6 byk i langgar...1 hari kekadang 2 kali jer buat....

takat pagi nie tadi 5.6 jer..ok ler kan...tunggu balik nanti...pagi nie breakfast laksa jer & air suam...



..............................sayangi diri...

Tuesday 20 September 2011

CML - @HTAA

Appointment di Govt.Hospital - 19hb Sept.2011.....
Hubby kena brain wash & "bambo" dek doc...huh..sokong 100% with his view & opinion...
Hope hubby think & love his self....(istri pujuk tak makan..harap pandangan drp profesional diterimapakai)

next moth appointment lak....cos this time,the blood result worse...his red blood down...
he need to "STOP SMOKING"..for his good seek...if not the transplant procedur will not going to be done...

start 20hb Sept 2011..hubby quit smoking..hope this till end...i love him..hope we can be together for long times...even though doc said our change to have a baby is to small..cos after kimotherapy he will..........but as long he get well...pray to Allah swt...Dia yang Maha mengetahui & menentukan segalanya.


........................dears hubby i will always be with  & support you..until end of life.

Tuesday 13 September 2011

Kami Yang Menurut Perintah.......

Akur janji dilafaz ikrar & di perakui semasa menerima jawatan selaku Penjawat Awam...
11 September 2003....


Kini setelah 8 tahun 2 hari dalam Jabatan Pertanian,setelah beberapa kali perpindahan ......atas arahan.


Bermula di unit teknikal,Unit Soil di Temerloh




kemudian pada tahun 2006 berpindah pula ke Daerah Lipis,memegang jawatan AO daerah disitu....




Tahun 2008 atas sebab kenaikan pangkat sekali lagi ditukarkan ke Daerah Jerantut...namun pengalamaann kerja disini tidak lama hanya dalam tempoh 6 bulan sahaja...itupun setelah saya terpaksa menundakan kemasukan permohonan kemasukan pembelajaran di UPM kepada semester berikutnya....






so selama 2 tahun saya bertukar status sebagai seorang pelajar Master Comm.Corparate...dengan tajaan dibawah skim 'Hadiah Latihan Persekutuan' (HLP) khas buat penjawat2 awam dibawah JPA..dengan keistimewaan yang amat meyenangkan....Tumpuan kita sepenuh masa hanya kepada kuliah & tugasan daripada pensyarah &aktiviti fakulti...rindu zaman belajar...





Selesai sahaja CE...,bermula kembali ke alam pekerjaan...tanggal 16.11.2009 perlu terus lapor diri kepada pihak JPA & pengurusan jabatan..Alhamdulillah,dipermudahkan Allah swt,saya ditempatkan diunit teknikal di Akademi Usahawan tani dibawah unit Hortikultur Pahang Barat...syukur alhamdulillah (kebetulan dekat dengan bakal suami)...hehehe.Dan alhamdulillah sudah nak hampir 2 tahun saya di unit ini..






Syukur atas pengalaman yang diperolehi...macam2 kerenah & gelagat manusia ditempuhi sepanjang 6 tahun dalam perkhidmatan &; 2 tahun dialam pembelajaran dewasa....huhuhu...


Namun,kehidupan tetap perlu diteruskan walaubagaimana sukar pun...
........................"Don't expect life to be fair".........................
redha & ikhlas menghadapi segalanya..


Biarpun racun & tuba di lemparkan..madu kita sajikan...big SmilE.....


Ikhlas & Jujur dalam Perkhidmatan...jangan habuan & balasan jadi ukuran...

Kenduri Jemput Menantu - Penutup Tirai

Nak kongsi majlis sambutan penutup tirai bagi ahli keluarga kami...adik bongsu kami dah ada keluarga sendiri sekarang....



..............................selamat berbahagia..........................



Wattamat....

Jika ada salah & silap harap di maafi...tah biler plok wat kenduri mkn2 lagi...(payoh dah..mmmmm)


Tuesday 6 September 2011

Kisah disebalik pokok Rosella...


Baru-baru ini saya ada mendengar cerita akan perihal buah & khasiat Rosella ini....sangat mengkagumkan ciptaan Allah swt ini buat umat manusia.malah merupakan pokok yang diakui dizaman nabi lagi..

Hinggakan dunia Eropah/bangsa bukan Islam bertindak melenyapkan kewujudan pokok ini daripada pengetahuan umat Islam khususnya....

Sebahagian daripada petikan yang memgutarakan kelebihan pokok ini;
Dipetik; http://www.tehmerah.com/khasiat-bunga-rosella/khasiat-bunga-rosella/khasiat-bunga-rosella.html

"UJI FARMAKOLOGI


" WWW hort, khasiat Rosella telah diakui di India, Afrika & Meksiko Uji Farmaloginya Senegal, mereka merekomendasikan bubuk atau Teh Rosella / Calyx Rosella bermanfaat menurunkan tekanan darah. Mekanisme kerjanya (senyawa aktifnya membantu melancarkan peredaran darah dengan mengurangi derajat fiskositas (kekentalan) darah, dengan begitu kerja jantung memompa darahpun semakin ringan dan otomatis tekanan (darah) rendah. Semua itu tak lepas dari peran asam organic polisakarida dan flafonoid yang terkandung di dalamnya.

Bubuk/biji anggur: mengandung antioksida sebagai anti oksidan yang sangat tinggi sehingga cocok untuk pencegahan Osteoporosis dan menunda Menopause.
Tahun 1962, Syaraf Ilmuwan Senegal mengumumkan bahwa Extrak Rosella dan Apel berfungsi sebagai anti pasmodeo. Anthalmetic dan Antibakteri sementara uji praklinis pada unggas menunjukkan bahwa Extrak Sari
Rosella menurunkan tingkat Obsorsi alkohol dalam tubuh, merupakan penyembuh favorit bagi pecandu alkohol dan mengurangi ketergantungan obat-obatan, karena itu di Amerika, Food and Drug dalam Nutrion merekomendasikan Extrak Callyx Rosella sebagai penawar peminum alkohol.



Yang Terbuku di Hati...

Jangan ada dendam & iri di Hati.....

Jika perasaan tidak puashati tersimpan lama & terbuku disanubari..lama kelamaan akan terlahar keluar & meletus...walaupun dari gaya telah tersirat oleh pembacaan orang.....

Siana yang kamu nak marahkan atau sakit hati...

Mereka Mak & Ayah kamu...orang tua kamu juga...jika anak mereka kamu kahwini bermakna kamu perlu menghormati & menjaga mereka...lebih2 lagi anak2 Lelaki...tanggungjawab kamu tue..jangan dok fikir keluarga sendiri & takut ke bini jer....Bersepah orang takut bini,tapi jangan plok Mak & Ayah kamu pinggir kan....

Susah hati mereka kamu tak nampak ker....jika ikut usia..bila2 malaikat maut datang memanggil..masa itu nanti baru kamu terpana dan tersedar akan kehilangan mereka akan tuntutan  tanggungjawab & keperluan mereka....aduishhh...

Usah sampai berkira-kira dengan orang tua sendiri...@pun  keluarga...Harta dunia boleh dicari..Kebahgiaan???Ikatan kekeluargaan??

Jika diri ini petah berkata & menasihati orang lain..ada atau tidak kita memandang ke dalam diri sendiri...tanya diri sendiri pulak????
Egois kah aku...Berlagak tak aku?..Manis @ tidak muka ini di rumah mak&ayah mertua ku????Bagaimana layan aku..tanya soalan ini??Jangan sampai airmata mak&ayah mengalir mengenangkan anak menantu yang langsung tidak akan sedar bahawa mereka juga kan tua....."Ingatlah perbuatan hari ini mungkin tempias kepada kita semula".....

Moral of the story
Moga aku tetap ikhlas & tidak menjadi anak
yang perlu berkira2 dalam berbakti kepada Mak&ayah.


....................Muhasabah diri.....................

Salam Syawal 1432H - Warna Warni Kehidupan

...Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi & tidak menyinggah keruangan ini..

Banyak perkara berlaku sepanjang Ramadhan & menyambut Syawal yang tiba baru ini....

Pertamanya..
di hujung Ramadhan mak mertua sakit dan dimasukkan ke wad disebabkan denggi..mood nak beraya kami adik beradik memang totally zero..persiapan yang dibuat serupa tak ada aje...tapi alhamdulillah,mak dibenarkan keluar sehari sebelum raya,walaupun masih benar2 pulih...

Keduanyer..
Walaupun turn raya kali ini,sepatutnya dirumah mertua, dan dengan keadaan mak yang tak sihat sememangnya kami perlu bersamanya..namun hati kecil kami tidak sampai hati bila memikirkan mak & ayah di Pekan tiada adik beradik yang akan tiba awal dipagi raya..so kami buat keputusan malam raya kami tiba untuk meraikan Aidul Fitri bersama..syukur keluarga mertua ramai ahli keluarga & keluarga menantu yang tinggal berhampiran.

Ketiga..
Syukur sangat tahun ini kami dapat menunaikan solat Aidilfitri & kunjung mengunjung selepas solat...jika tahun lepas tak berpeluang kerana suami sakit...tapi oleh kerana kemaruk makan makanan berpulut suami jatuh sakit pulak...seharian selepas balik beraya pada pagi tu berbaring di bilik...(risau sangat)..


Keempat..
Syukur kehadratNya,suami beransur sembuh...dan kami berangkat pulang pada petang raya pertama bila keluarga adik beradik lain telah tiba..tidak ler mak&ayah terasa sangat...sempat ler mengagih duit raya (mana yang sampai dulu la) & memasak menu pagi (spagetti) buat santapan dipagi raya...seperti biasa mak dengan menu nasi dagangnya & ketupat (pakej) dalam sakit2 lutut masih lagi betah melayan keinginan orang lain...almaklum, sambal kacang i yang buat..ehemmm licin beb..


Kelima;
Malam Hari Raya ke-2,bermalam dirumah mertua...sambil2 berborak2 dengan ahli keluarga...
Rumah mertua seperti biasa kaum kerabat memang ramai yang datang,nak pulak mak masih sakit...jadi kunjungan lebih kepada menziarah ghitu...


Keenam
Keluarga mertua 'planning' berhari raya ke KL...kami ikut juga sebab mak beriaya benar mengajak jadi tak sampai hati...tujuaan asal sebab hendak menghantar adik ipar balik yang sudah habis cuti & perlu bekerja keesokkan harinya...kami berhenti berehat diGenting sempah & bila 'plan' berubah kami minta dikecualikan..disebabkan hubby 'plan' nak beraya kerumah customer dia...(vision masa depan katakan hehehe)..so, mereka continue ke KL dan kami pulang semula kerumah.....

Ketujuh..
Hari yang sangat padat dengan aktiviti kunjung mengunjung & makan...aduiss...senak perut..i follow ajer my hubby...tapi 2nd  last rumah dikunjung buat spoil my mood ler....apa taknyer layan tak layan jer kiter nie..sedangkan org tua tue sedara rapat hubby..alkisahnye dier nak jodohkan cucu dia dengan hubby..hihihi.itu ler pasal tak mesra alam dengan kita ni...Lastvisit  rumah Tok 4..sebab muka dah muncung sedepa..hubby jer turun,koi turun last cos nak bersalaman ngan wife Tok 4..huhuhu..teruk ler koi nie...pas nie cau ci cau ke Pekan pulak...yoyo..langgas toi kome..

Kelapan..
Di Pekan...sibuk dengan persiapan akad nikah adik tuk 3hb nie nanti...tapi yang kasihan my big sister lah thanks Kak Ja..bertungkus lumus menyiapkan hiasan hantaran...angah membantu pastue hilang menidurkan sekenik..huhuhu. ipar2 ku tah mana bergosipnyer..hihii...aku tiba pada malam tue selepas balik beraya dirumah pelanggan hubby singgah di Tunas Manja mencari barang2 masak tuk pagi esoknya..bimbang nak jamu orang berangkat dengan apa kann...so kami borong ler meehoon dan bahan2 tuk perencahnya.
Samper jer aku sibuk lak memasak nasi..cos hubby lapar,aku pun..hihi mana boleh jadi makan kuih jer sepanjang hari...sambil2 mengemas & membasuh pinggan mangkuk kotor & tolong adik berinai...



Kesembilan..
Hari akad nikah adik,rupa2nyer mak ayah tak jemput orang berkumpul dirumah,jadinya kami anak beranak jer lah..depa bertolak dari rumah masing2..ada pulak?ngapa yek??tapi ayah aku nie berfikiran kedepan sikit..adalah sebab musabab yang difikirkannya tue...so masak pagi tetap masak...2 versi meehoon goreng by kakak ipar aku & i lor...hubby ckp yg i masak sedap( kembang idung nie)..tak hangit & tak banyak kicap.
Bersiap2..gosok baju mak&ayah..adik nak kena touch up lagi hihihi cam mak andam ler plok aku nie...sebelum bertolak..kecoh plok pasal nak bawa hantaran..aduis lor..ikut jer lah,dah kita nak anak dara orang kan..jangan lepas nie adik aku jadi macam abang2 dier udah ler...kena kontrol nak bini..huh



Kesepuluh..
balik semula kePekan....tapi aku & hubby lepas singgah rumah Kak Ja minta izin mak & ayah nak beraya rumah saudara hubby di Kuantan..so depa semua lepak plok rumah Angah & Kak Long...so off we go....petangnyer kami makan2 kat Restoren Ana Ikan Bakar..hihihi..malam baru sampai...tiba jer kak ipar dah sound dia kena masak..hihihi adat ler bukan rumah orang lain kan...tak dapat ler nak jadi tetamu VIP okey...depa siap sembelih ayam kampung lagi buat menu masakan petang tue...(gelak dalam hati)...

Kesebelas..
Esoknya upacara persandingan adik kami berangkat tengahari..kami anak beranak jer berangkat dari rumah,saudara mara semua turun dari rumah masaing2 & berkumpul di Masjid berhampiran keluarga pengantin perempuan...Meriah siot..anak perempuan sulung orang ler katankan..abang de aku jadi jurukamera kali nie..almaklum kamera dier dah pakai lens canggih tue..kamera aku lak bateri abis..nasib lor...Tapi yang bestnyer anak saudara aku yang sorang nie,buat hal ler plok...marah nak mak dier kuar ler peel buruk dier...masyaallah..perangai apa ler budak sorang nie...Abang aku sampai tak makan ler sebab bini tak makan..nasib anak yang lain buar derk jer kat budak degil sorang tue..
Lantok deme ler...berbaris semua...ikut susunan hantaran okey...hihi


So kita layan ler majlis adik yang meriah dan kira grand juga ler...(nampak gaya kena jaga air muka gak pihak lelaki yek)..kira patut ler dier minta budget kawen tinggi yoyo...hihihi...

Semoga adik & pasangan berbahagia,adik jadi ketua keluarga yang mantap okey..."Selamat pengantin Baru"...

Kedua belas plok...
Dah selesai...berangkat balik ler...abang sorang dah balik awal anak mengamuk,abang sorang lagi nak bershoping,abang yang paling tua langsung tak pergi balik KL terus sebelum kami berangkat ..kakak sulong &abang ipar datang dengan kereta anak/menantu (deme langsung x balik menolong)..Angah & abang ipar dah nak balik umah sendiri..hah sumbat belaka hantaran dalam kereta koi yek....terpaksa ler koi mengadjust aturan hantaran/baki jadi padat & muat2 agar dapat mak&ayah naik sama...(mailto:hubby@#%&**??!) Maaf yek...

So,bersiap balik plok.....suami dah menunjukkan tanda2 tak sihat..sah malamnya demam..risau sangat..badan panas macam terbakar.......sebelum balik ayah pesan belikan barangan buat kenduri adik kat Pekan plok nanti..yoyoyo...

Moral of the story:

Mak&ayah (mak/ayah mertua - mak/ayah kita sendiri) kena dihormati & dijaga hatinya..
Perpaduan keluarga terletak pada ketua keluarga (yang memimpin),
Jika tak pandai aturan; nampak gayanya berpecah belah,
Hidup kena realistik,jangan pandai menasihat tapi diri sendiri tak keruan,
Jauhkan sifat iri hati & hasad dengki antara keluarga...
Jangan fikir keperluan/kehendak diri sendiri aja,

................to be continue



....NOTA HATI....