Tuesday 30 June 2009

>>>Generasi Baru 2>>>>>>.

Alhamdulillah...syukur kehadrat Ilahi..
nak jadikan cerita aku yang sepatutnya balik hari Ahad lepas,telah membatalkan perancangan tersebut - ini kerana hajat keluarga kakak ipar nak memberikan daging kerbau aqiqah keesokannya..tapi pagi tersebut kakak ipar aku dah mengadu sakit2 walaupun katanya takder tanda2 nak bersalin...so dia n abang just bersiap untuk appoinment di klinik...sampai diklinik rupa2nya sah2 dia nak bersalin maka bergegas pulak ke Hospital Temerloh...aku dan mak ayah masa itu ada dirumah bergegas ler pulak gi hospital......begitulah ceritanya,

maka sempat ker menyambut kehadiran ahli keluarga baru pada 30hb Jun 2009 dalam pukul ~11am di Hospital Temerloh.


inilah cucu Hj Musa yang ke-22..anak abang yang ke-5..
baby girl,syukur ader ler sepasang,
belum ader nama lagi nie (berat ~3kg)


Tunggu kakak ipar sorang lagi ler pulak..katanya bulan 7 nie...

Thursday 25 June 2009

Masih Dalam bulan Rejab..

Syukur alhamdulillah hari ini bersamaan 2 Rejab 1430h..bermakna sudah nak masuk 2 hari kami cuba sempurnakan ibadat sunat ini...


Hari ini saya ada google tentang berpuasa sunat rejab & temui artikel oleh Arief Dani (Thu, 04 Aug 2005 10:02:42 -0700);

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda : "Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keridhaan yang besar dari ALLAH

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan disisi ALLAH .Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka jahanam.Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah SAW: "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as : "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Berkata Jibril as: "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:"Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?" Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan siksa ke atas mereka."Sabda Rasulullah SAW lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam saja di bulan Rajab niscaya mereka tidak akan disiksa dalam kubur." Tsauban bertanya: "Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari siksa kubur?" Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan.Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka."
KELEBIHAN BULAN RAJAB

Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rajab:

1.Hendaklah kamu memuliakan bulan Rajab, niscaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2.Bulan Rajab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3.Kemuliaan Rajab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4.Puasa sehari dalam bulan Rajab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5.Puasa 3 hari pada bulan Rajab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6.Puasa 7 hari pada bulan Rajab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7.Puasa 16 hari pada bulan Rajab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam
syurga.
8.Kelebihan bulan Rajab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran keatas semua kalam 9.Puasa sehari dalam bulan Rajab seumpama puasa empat puluh tahun dan iberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rajab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rajab, wajib bagi yang ber puasa diampunkan dosa-dosanya yang lalu.,Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.,Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11.Puasa pada awal Rajab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12.Siapa bersedekah dalam bulan Rajab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu derjat, dihapus seribu kejahatan "Dan barang siapa berpuasa pada tgl 27 Rajab/ Isra Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.""Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rajab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH "Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tgl 1, 2, dan 3 Rajab, maka ALLAH akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia, dan siksa akhirat.""Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, permintaannya akan dikabulkan." "Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga." "Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."Wa min Allah at-tawfiq bi hurmat al-Fatihah
wassalam, arief hamdani

Wednesday 24 June 2009

Juadah Satu Rejab 1430H

Alhamdulillah...Allah swt masih memberikan saya kesihatan dan keupayaan untuk beribadah puasa sunat hari ini..syukur.

Teringin sangat nak makan kuih tradisional.."Tepung bungkus"

teringat zaman kecil2, masa arwah Tok masih ada (al Fatihah),,mak masih sihat & tok rajin tolong mak buat kuih..kami adik beradik puas makan....

so kini giliran aku pulak belajar membuatnya & berbakti kepada mereka pulak...

Bahagia rasanye kalau dapat mencurahkan jasa kepada mereka...kalau dah berkahwin & berkeluarga sendiri tentu sibuk dengan urusan keluarga kita pulak..so mereka???

Aku kira tak ralat lah...alhamdulillah (bukan nak berlagak), cuma lepas belajar aku bekerja kilang & syukur setelah 4 tahun aku memperolehi pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan aku (walaupun kerja gomen serta bergaji kecil) aku sangat2 bersyukur...dapat jugak aku membantu mereka lebih kurang...cos dulu2 kami susah..
kini walaupun tak mewah dapat hidup dengan selesa dan tak mengharapkan belas ikhsan atau mengharapkan orang dah kira baik....

So sempena Puasa sunat Satu Rejab 1430H ni...aku nak tunjukkan resepi juadah untuk kami berbuka nanti...(lihat gambar...memang wat air liur cair punya..ooop batal posa nanti)

Caranya...korang nak tau....


  1. 1st bahan2 dia.
    2 biji kelapa (1 tua & 1 antaranya )
    kukur kelapa tua untuk santan
    sebiji lagi tue untuk intinya.
    1 beg plastik tepung pulut
    1 beg plastik tepung beras
    air untuk rebus dengan kelapa parut untuk inti
    gula melaka 3 biji
    gula merah
    gula pasir
    daun pisang yang telah dilayurkan
Cara menyediakan bahan a (inti)
  1. rebus kelapa parut dengan air sekejap.
  2. masukkan gula melaka,gula merah n gula pasir
  3. kacau sampai ianya kering.
cara menyediakan bahan b (lumpur)
  1. masukkan santan,bancuh tepung pulut terlebih dahulu dengan santan sebelum dididihkan agar tidak berketul2.masukkan garam secukup rasa
  2. jangan gunakan api kuat,dan sentiasa kacau adunan sehingga pekat.
cara menyediakan bahan c (isi)
  1. ambil tepung beras dan bancuh dengan air dan bentuk sperti doh.
Akhirnya penyediaan kesemua bahan...masukkan inti kedalam isi (bahan c), salutkan dengan bahan b (lumpur) diatas daun pisang dan bentukkan seperti kapal (macam lah)..Dan apa lagi kukuskan sehingga masak.....
Untuk menu nasi hari ini berlaukan gulai tempoyok...yumm...
tambah dengan ulam terung bakar

Syukur kepadaMu Ya Allah swt atas nikmat makan untuk hari ini..amin.

Tuesday 23 June 2009

Want 2 Try this..

I found new recipe (dalam papa&mama magazine)......
so simple & look so delicious you know..hehehe

KENTANG BAKAR
BAHAN2
2 biji kentang bersaiz besar
100 gm daging cincang
1 sudu makan pes tomato
20 gm bawang merah
20 gm bawang putih
Sedikit oregano
Sedikit campuran jagung & lobak
40 ml minyak zaitun

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah & putih hingga kekuningan
2. Masukkan daging cincang & pes tomato . gaul rata
3. Tambahkan sedikit air dan sedikit garam
4. Masukkan campuran jagung & lobak serta sedikit oregano
5. Bakar kentang yang telah dicuci bersih dalam ketuhar 180 C sehingga empuk
6. Kelar kentang & masukkan sos daging bolognaise, siap di hidang .

Mutiara kata :

Kita patut berterima kasih kepada orang yang berkata buruk kat kita, lagi baik bagi hadiah tau..cos telah bagi pahala dia kat kita & ambil dosa2 kita...ini dari petikan ustaz Fadzilah Kamsah..

dan lagi satu;

tak faedah kita menulis bukan2 dalam blog nie serupa ler seperti mengata dibelakang & aniaya orang...so adalah lebih baik kita bagi info yang berfaedah buat semua agar ianya boleh jadi ilmu yang bermanfaat..amin...

semoga Allah swt memberkati ilmu2 yang diperolehi.

Tuesday 16 June 2009

Kerana Sebiji Durian

Kisah benar...hari ini aku terima sms salah seorang anak buahku masa bekerja dulu..

Cerita yang amat sadis dan trajis....aku terpana sebentar mendengarnya dan tidak mempercayainya..Perkabaran peristiwa ini berlaku di Padang Piol...

Bagaimana seorang Pak Aji yang duduk di kawasan kampong yang hidup penuh rukun damai boleh tergamak melakukan kekejaman gara2 nafsu amarah...

kerana sebiji durian kanak2 berusia 5@6 tahun yang sedang nakal..tau2 jer lah budak2...yang masih berhingusan (gelaran ini barulah tepat..kalau dah gatal nak berkawin bukanlah berhingus namanya)...telah menjadi mangsa kemarahan Pak Aji nie...yakni tuan punya buah n poko durian tersebut..(kes amik n makan curi lah nie).

Oleh kerana tak pueh ati menengok adiknya yang masih kecik jadi mangsa maki hamun Pak Aji nie, si abang bertindak nak membela..namun lain pulak nasibnya..Pak Aji jadi hilang sabar dek bisikan syaitan dah menyelubungi diri bertindak menghayunkan parang membelah perut si abang..

kebetulan ayah budak2 tersebut pulak datang..turut menerima nasib yang sama seperti si anak..lehernya pula menjadi mngsa kedua parang Pak Aji yang telah hilang akal tue...

Kasihan sungguh nasib menimpa kelurga tersebut...nasiblah kanak2 tersebut yang dikhaborkan berpenyakit jantung tak mati terkejut...TRAUMA..

Nasib Pak Aji tersebut?????kita tengok jer surat khabar hari esoknyer...aku nie dapat cover story terkini....polis mungkin baru terima laporan...canggih sungguh teknologi sekarang..dari jauh pun dah tahu keadaan beritanya..

Mungkin kerana kemodenan n kecanggihan teknologi masa kini, manusia pun telah menjadi terlalu sempit pemikiran walaupun bergelar cendiakawan mahupun berstatuskan alim ulamak seperti Pak Aji tersebut...

Nafsu mampu menutup kecerdikan akal fikiran yang waras.....Nilai murni seorang insan menjadi benteng yang terlalu rapuh...sehingga tidak mampu bertahan akan godaan duniawi...



Berpegang teguhlah dengan IMAN...
Binalah peribadi mulia, Jaga SOLAT...

Mangga..varieti ??



Besarkan....tengok jer scale tue,
nie buah mangga yang ditanam abang di kawasan perumahannya.

Berbudi kepada tanah..inilah hasilnya..

Jangan dok wat domba jer..tak elok...hati jadi busuk..

so,cara ini elok dipraktikkan...

Bersihkan diri dengan berpeluhkan keringat.

badan jadi segar dan minda pun sama....betoi-betoi2
nie wat anda terliurnya..eeemmm..manis tau.

Monday 15 June 2009

Tuhan menguji umatnya : "Manusia Bertopeng Jin"

Alhamdulillah,dengan usia ku yang dah "MATANG' nie Allah swt masih memberikan
sinar kesedaran dan kesabaran bagiku yang agak 'kebluran' nie...
Mungkin sifat semulajadiku ini disalah ertikan,
hanya tuhan yang Maha mengetahui segalanya...

Mengerti dan sedar akan sikap dan sifat manusia yang bertopeng2 ini...
aku cuma boleh bermohon kepadaNya agar aku tidak menjadi amnusia yang memakan daging saudaranya sendiri (saudara seislam ;tidak mengira sedarah sedaging)..
Aku takut....tanpa aku sedarinya ya Tuhan....

Biarlah aku tidak mempunya teman,..dari aku mungkin bisa membuat onar dan melempar kata nista dibelakangnya...nauzubillah, Manusia yang berubah topeng Jin didepan manisnya,tetapi dibelakang temannya, mengerunkan...

Aku bukan insan sempurna,..kerana itu aku perlu sejukkan hatiku yang jugak tak tentu baran ini dengan beristifar...walaupun aku bukan lah solehah sangat..namun aku masih boleh BERFIKIR dengan waras dan dengan HATI...

Blog mungkin menjadi medan melepaskan perasaan yang berhati busuk dengan kata2 nista yang bukanlah penawar jiwa sebaliknya...hanya menunjukkan peribadi buruk seseorang itu sahaja...
Adakah kita mahu satu dunia tahu keaiban peribadi kita???? walaupun dengan menggunakan nama samaran bak kata pepatah sesiapa makan cili akan terasa pedihnya... dan mungkin ada yang boleh mengagaknyer...

Hiasilah diri dengan peribadi yang baik dan mulia...itulah cahaya penyeri diri,

Aku bukanlah ustazah atau orang yang solehah atau mahu mencari kesalahan orang lain ataupun mahu menunding kesalahan kepada orang lain...
Aku cuma mohon kita sesama insan tegur menegur dengan cara yang berhikmah agar bisa menjadi pedoman hidup....

Kekadang kita manusia mudah terlalai dan mudah luper..
Malah terlalu cepat berdendam....terlalu sukar untuk memberi kata kemaafan.


Di kesempatan ini, aku mengingatkan diriku jugak agar lebih berhati2 dalam pergaulan, tidak semua teman yang didampingi mudah menerima 'peel' kita dan ikhlas untuk bersahabat..
makanya, biarkan ; lepaskan seperti luncai dan labunya...

Hiasi Peribadi dengan Iman...

SesungguhNya,
Allah swt Maha Mengetahui & Memberi pembalasanNya Dunia/Akhirat..
















Saturday 6 June 2009

<<<<< Generasi Baru >>>>>

Aku agak malas kebelakangan nie..


Mood nak menulis entah hanyut kemana..nie pun digagahkan jugak mencari idea + isi masa aku yang sekarang teramatlah bosannyer...

Nak diceritakan..keluarga aku nie alhamdulillah,bilang tahun ader jer ahli baru....so tahun nie 2 kakak ipar aku pun menambah bilangan keluarga kami...

tengok gambor nie...
meriah tue....(dalam gambo Jihah tiada)
hitung2 lah kalu tahun nie + 2 org lagi...heheheehe








Rezeki Allah taala.


....NOTA HATI....