Friday 16 December 2011

...Wordless Friday...



....................xoxo................

Thursday 15 December 2011

Two Novartis Phase III studies show twice as many Ph+ CML patients achieve deeper levels of response with Tasigna® compared to Glivec® - MarketWatch

Two Novartis Phase III studies show twice as many Ph+ CML patients achieve deeper levels of response with Tasigna® compared to Glivec® - MarketWatch


*just copy & paste

p/s : Good news to patient of CML..but comfirm to used or still on trial??
Hopely there can find cure of this sickness (^_^) pray for it.

Be a "Blogger"...for what?

ikut tajuk kat atas tue..boleh wat ramai terasa kot..kalu ada yang membaca ler..hahaha
cuma intipati blog aku kebanyakannya tentang apa yang aku terlintas nak tulis...tak der konsep pun..not as pro blogger ler...tapi aku mengikuti blogger2 yang hebat...cemburu dengan gaya & kehebatan mereka berkarya mcm2 pesen..tersendiri & unik....malah sangat menarik jugak...

Aku asalnya mengikut2 sajer,,,malah masa pun byk free kekadang tue...my boss pun sangat aktif berblogger..tapi dia ada konsep ler....lebih ilmiah dalam bidang tugas..sangat respek ler (*ayat bukan membodek yek bos tp realiti)

Start aku berblog nie...fikir jugak tema & konsep nak buat tapi aku bukan pemikir agung yang boleh membina idea sendiri..banyak gak 'copy' & 'paste' yang ori pun datang dari cerita & pengalam yang dialami sendiri...lain2 maaf ler teman2...sumer pakcik Google yg bagi,tak pong dari teman2 FB....hahaha..

Yang pastinya aku selesa untuk meluahkan apa yang aku fikir..'Free as a birds'..hahaha....maklum ler aku nie bukan ramai teman or kawan di alam realiti nie...huhuhu sedih jugak tapi keadaan aku tidak mengizinkan...kalu ikutkan aku nie memang suka bercakap,so kontrol jer lah....samapai2 lepas geram kat 'my partner' hihihii sian gak ader masa kena sound gak suruh diam...sob,sob...padan muka aku...


moralnya; nasib aku tak ramai kawan..cos bercakap byk nie lebih banyak mendatangkan keburukan..(nanti wat byk dosa kering jer)

Kat ruangan ini,aku hentam jer ayat aku nak guna..dulu ada gak terfikir untuk guna bahasa Melayu standard gitu..tapi tak mampu lor..hahaha...baik guna bhs & tulisan pasor jer..lagi mudah tak pusing memikir...bukan org dok bacer & kaji pun....*prasan ler org dok singgah kan...

Entah ler....tapi yang pasti aku aktif menulis kat sini semasa duka melanda...abis pakcik,makcik Google aku search untuk tahu penyakit tu...



......................

.....
..
.

macam2 tanggapan orang kat blogger
tapi
ader aku kesah
cos
macam ler
deme kesah blog keme kan
hahaha

.
.
.
.

apa pun nawaitu..
Jangan kacau orang itu ajer...nak jadi busy body kearah kebaikan x per
tapi asalkan
jangan sampai memusnahkan orang udah ler, itu tak bagusss yek.
.....
..
.




Monday 12 December 2011

Amazon.com online, for 1st time user..

Finding books or other that doesn't have in our country...so make your life easy by using Amazon.com

for 1st time,not so sure about it's safety or it secure..if we give our credit card info..but there using secure code to access...so tawakkal our cards is in good condition...

go through here okay
 & choose any fav stuff your desire....$$$$$$$
make sure change our password regularly to protect it from been "hijacked" okay..

hope my book will arrived save to me by 22 disember 2011 or 5 Jan 2012...


"Making Babies".....a books that i really want to have





Friday 9 December 2011

Mengamit kenangan

al-fatihah buat arwah to (tok Beah)...semoga rohmu ditempatkan dikalnagan orang2 yang beriman.

gambar nie diambil semula...tahun asal ??masa kawen Abang.

Entah mengapa di saat ini aku begitu merinduinya...sesungguhnya aku memang sangat rapat dengan arwah..
.......rasanya arwah pergi masa saya di semester kedua universiti (1996)..~15tahun sudah...(jika tidak silap)

Gadget Maniac...


........................(^_^)................

Google this info..nak compare this 2 powerful brand...
worst & Better?
iPhone 4s vs Samsung Galaxy note?

lot of user comment taht Samsung series much better than iPhone series...
so "tepuk dada tanya poket.." hehehe

before we buy this kind of gadget it's better we survey 1st..so xder menyesal nanti..
cos i bought Blackberry using Celcom plan also but....so-so jer feel tue..(x puas ati lor huh)
(p/s: my sis in law baru jer brought Samsung Galaxy note using celcom plan....)

Thursday 8 December 2011

Tips berkebun - Bagaimana memastikan Bunga Cattleya tidak cepat layu?


Umumnya tahu Bunga Cattleya bertahan 2-3 minggu. kalau salah tindakan tidak sampai seminggu sudah layu apa yang mesti dilakukan??
  • Pilih Cattleya berbunga tebal dan seperti mempunya lapisan lilin (waxy). Jenis ini biasanya lebih tahan lama daripada jenis yang tipis.
  • Jangan membeli yang sudah berputik apalagi mekar. Pilih bunga yang seludang. Dengan itu, bunga muncul akan lebih beradaptasi (sesuaikan dengan keadaan)
  • Letakkan di tempat aliran udara bagus. Jika di ruang tertutup, bunga cepat berbunga dan cepat layu.

Tips kebun Bunga - Merangsang Tanaman Orkid agar Berbunga


  • Diberi vitamin dan baja. Orkid harus mendapat vitamin dan baja secara seimbang.Kedua-dua itu diberikan seminggu sekali secara berselang seli. Setengah jam sebelum baja diberikan,orkid harus disiram dahulu. setelah pembajaan tanaman tidak perlu disiram lagi. sebab penyiraman akan menyerapkan baja yang telah diberikan.
  • Beri juga minyak ikan. Minyak ikan harus diberikan supaya tanaman berbunga rimbun. Dosnya satu sudu makan dilarutkan dalam setiap 4 liter air. pemberian perangsang bunga tanpa diimbangi pembajaan dan vitamin dapat mengakibatkan tanaman menjadi kurus.

Tuesday 6 December 2011

Happy 2nd Anniversary....

05hb Dis.2011....kini sudah genap usia ikatan kami untuk ke 2 tahunnya....

Pelbagai rencah sedih,suka & duka kehidupan berumahtangga telah kami harungi bersama.....
Pahit maung kehidupan diawal usia perkahwinan menjadikan kami lebih saling mengerti....

Ujian & dugaan yang di lalui sehingga kini sudah menjadi sebati dalam rona-rona hidup ini,moga kami tetap tabah & semuanya akan menguatkan serta mendekatkan lagi kami dengan Yang Esa....

Hanya doa dititipkan buatNya agar kami masih teguh bersama dalam ikatan suci ini dan menjalani kehidupan berkeluarga dengan kehadiran zuriat yang soleh/solehah sebagai penyambung generasi serta diredhaiNya. amin.

Friday 2 December 2011

Bersih,CEKAP & Amanah...

....slogan ini memang kerap sekali didengari & menjadi sandaran dalam setiap penjawat awam....

tapi aduhai...
1) Bersih
bukan diambil erti dari segi kebersihan penampilan atau persikitaran tapi maksudnya lebih luas, iaitu menjurus kepada sistem bekerja.Bersih dari bersubahat dalam najis "Korupsi" INTEGRITI perlu ada.

2) CEKAP......
ini tentunya KPI kita dalam tugas..termasuklah pantas melunaskan segala tugas diberikan.jika dalam masa 5-10 minit kita masih belum dapat membereskan seorang pelanggan itu sudah lari daripada sasaran yang di paparkan dalam piagam pelanggan.

Kes dari pengalaman sendiri; 20/10 temujanji doktor disalah sebuah hospital kerajaan & buat sampel darah untuk makmal....temujanji berikutnya dibuat.....1/12 (jam 10)pulak akan datang...
Perlu keluar pagi2 cos tempat jauh dari hospital besar tersebut.....syukur sampai tepat jam 10 pagi....bagi buku temujanji & tunggu......& tunggu...nombor masih belum dipanggil..jam telah beranjak ke jam 11 pagi...& jam 12...huh!! Sabar walaupun dalam hati dah mengomel nie...dapat nombor adalah dalam 4 orang lagi..okeylah...akhirnya giliran aku...masuk2 jer,bukan doktor pakar sebaliknya doktor pelatih..tak mengapalah..mungkin dah expert kan...malangnya tanya soalan yang dah tertulis difail sebelum ini (tak baca ker)..& ada ke tanya ; U kata gugur mana tau mengandung?? xcuse me Doc...i dah 3 bulan of course lah mengandung???poning den....please ar........& yang paling membakar jiwa ialah (result darah tak dapat dikesan),so awat tak cari & maklum awal2....tidak lah saya menunggu tanpa apa2 progress untuk diketahui....masuk dengan sia2...& make others appoinment....3 month after lak, cos katanya 'lab' baru maklum sampel baru dihantar pada 16/11.....hahahaha.

Morale of the story:
Jika org kata Hospital kerajaan lemah...memang sukar dinafikan.....sebab2nya mungkin peruntukan kurang ker?kurang kepakaran?kakitangan dah hampir peringkat nak pencen maka tahap kepantasan sudah lemah?....so fikir2 kan..bukan nak kondem cuma sekadar membantu memperbaiki kelemahan.....


3) Amanah
    sukar nak cari 'term' ni dalam masyarakat kini...semua orang hidup dalam kepentingan masing2. susah pun nak 'describe'...nantii ler.....kepala sudah pusing.

Wednesday 30 November 2011

Punca kepada Sempitnya pintu Rezeki

  1. Lalai beribadah
  2. Lalai dari mengingati Allah
  3. Tidak bertaubat dari dosa
  4. Derhaka kepada ibubapa atau mencacatkan mereka
  5. Tidak mendoakan ibubapa
  6. Tidak berbuat baik malah menganiaya orang yang lemah (termasuk isteri & anak2)
  7. Enggan tunaikan hajat orang lain
  8. Tidak banyak berselawat kepada Nabi s.a.w
  9. Tidak suka berbuat kebajikan
  10. Suka sia-siakan waktu pagi
  11. Enggan menghubungkan @ memutuskan silaturrahim
  12. Bakhil. tidak bersedekah
  13. Tidak membiasakan solat malam
  14. Tidak melazimi solat Dhuha
  15. Tidak bersyukur kepada Allah
  16. Malas berdoa
  17. Malas berusaha @ tidak berusaha sehabis ikhtiar
  18. Hanya bergantung kepada usaha, tidak bertawakkal kepada Allah "Allah meluaskan rezeki & menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.." (Ar-Ra'd:26)

Nikmat Kurniaan Rezeki Ilahi..

Allah swt, telah mengurniakan rezeki yang mencukupi kepada makhluk ciptaanNya dalam pelbagai bentuk;

  1.  Ilmu yang luas & bermanfaat
  2. Hidayah
  3. Iman & Islam
  4. Kefahaman dalam agama
  5. Persekitaran yang baik
  6. dicukupkan keperluan
 .................................................sumber rujukan anis:Feb 2007 m/s 17

...I'm The Winner....

Just open my favorite blog link...http://phattgurll.blogspot.com/2011/11/and-winner-is.html  and surprise....i'm a winner....thanks to the owner for a contest.....your blog sangat mantop..i like to follow her journey...

............announce  on 22 Nov 2011......the same date i went to Auditor courses till 25 Nov 2011.......

sukanyerrr...................jarang sekali berjaya menang nie....hahaha ter'over' kan.



Thanks.

Menghadap Hari Esok....

Nukilan dipetik daripada Majalah Anis Feb.2007,oleh Mohd Zainul Asri b Hj Ramli.......

"Pernahkah terlintas di benak kita bahwa kitalah pelakon yang sedang beraksi di pentas dunia ini?....Kita menangis, ketawa, gembira, berduka, tenang & gelisah sehingga tiba saatnya, kita menjadi kaku tanpa apa-apa aksi. Selagi kita bernafas, kita terus berlari dan merencahi perjalanan dengan segala watak yang kita sendiri menjadi penulis skrip, pengarah, penerbit serta pelakon.....
...Namun yang menentukan kepada segala persembahan itu hanyalah Dia Yang Maha Esa"

Salam Maal Hijrah 1433 H

.................27hb Nov 2011 bersamaan 1 Muharram 1433H.........
menandakan permulaan kita beralih ke Tahun baru

Persoalan yang sering diutarakan jika masuk jer tahun baru,
Azam baru...
Azam lama???

huh!.....

"Semoga hari ini lebih baik daripada semalamnya..."
"Yang semalam dijadikan sempadan & taudalan"




.....Sang Batu yang besar mampu terpecah oleh sang air yang nampak lembut....

Tuesday 22 November 2011

SYABAS HARIMAU MALAYA...SEA GAMES 2011

Sekali Malaysia mencipta Sejarah di bumi Indonesia tapi kini di tanah Palembang.....
Gegar Sang harimau membaham kedua sayap Garuda....



Debaran Penalti..tahniah buat kontigen bola sepak negara....



Syukur kerana mampu bangkit semula setelah dipatahkan oleh Garuda pada saat awalnya.....


.............................................................
....................
.........
walaupun tidak mngutip banyak pingat di Sea games 2011 tapi kita boleh berbangga kerna mampu menjulang 'ibu segala pingat Emas"....

Wednesday 16 November 2011

Present from Kuching...

T-shirt Gambo Kuching *bling..bling lagi for me & hubby...(*takut letak gambo bimbang kena hack or di super impose..nauzubillah)..gara2 ader blogger yg amik gambo & kutuk mcm2..nauzubillah tak rela,takuttt sgt. jadi mangsa fitnah blogger yg  xder akal nie or psycho..



So,layannnn gambo trade mark bandar Kuching jer ler......

Crazy ideas from hubby : suruh pakai sedondong balik kampung semasa cuti Hari Raya Haji..kasi jeles itu orang sumer.......cos meke2 yang terpilih ajer dpt this T-shirt...hihihi (sori yek k.long) bergurau ajer..

........................................
.............
....
.
awak ader????

Triffle - "panduan rakan2 blogger"

15hb Nov.2011......Hati girang 'beb' setelah mendapat 'call from my Boss"....thank you sir.

Untuk meraikan mood happy ini...sign form keluar awal & drive to mall with my sister in law....
Jeng..jeng...cari bahan2 untuk buat "triffle Pavlova @ triffle tamperabuk" hahaha..

List barangan nak dibeli:

- swiss roll ( 4 bungkus berbagai jenis)
- Jelly konyoku ( 2 bungkus)
- castard flour ( 1 bungkus)
- fresh milk (2 kotak)
- vanilla esen ( 1 botol)
- tin buahan (peach/campuran/laici - 4 tin)
- wripping cream spray (2 botol)

Bekas kaca lutsinar ( 2 set)

..................................total ~ RM 82.00...................

Acara memasak pula....xoxo

my dearest sister..let's cooking...

- susun kek dlm bekas
- masak jelly (tuangkan dalam acuan bersusun kek)
- masak kastard ( tuang diatas acuan kek+jelly+buahan)
- simpan ditempat sejuk....


...............................taaaraaaaaa......





Akhirnya.....sedappp..."Selamat mencuber..."

Friday 11 November 2011

trying


11.11.2011...............x0x0

it's me yo...



Thursday 10 November 2011

L.O.V.E















Looking forward for my 2nd anniversary...




me,

Special Thanks to Max Foundation...


Bring us Hope..

Care about us...our's memo in wall of Hope.


.........................................Hubby I love You.........................................
Pray for your healthiness

Amazing Opportunity

Grab the offer....

Aku ini Wanita Biasa....





Hayati liriknya yg puitis.....



















Penawar Hati...



Credit to my FB friend..

Note to self....


Get ride of hatred & bitterness,they do you more harm......

Know about Cempedak

......buat homework beb................
Artocarpus champeden Spreng
Varieti-varieti Cempedak





Klon Berat/buah (kg) Ciri-ciri yang biasa digemari;


CH 28
-  2.5kg
- Berbentuk silinder.
- Beraroma sedikit.
- Tekstur halus, isi berwarna kuning dengan sedikit oren.
- Rasa manis dan berair.

CH 30 
- 4.0 kg
- Berbentuk silinder dan agak lebar.
- Aroma sederhana.
- Tekstur halus.
- Isi berwarna kuning oren.
- Rasanya manis.

CH 33
- 2.5 kg
- Berbentuk silinder dan agak lebar.
- Hampir tidak beraroma.
- Tekstur halus dan isinya berwarna oren.
- Rasanya manis.

......................................................................................................to be continue,

Should be...


Post by FB friend

Ke Peri...Haiwan vs Manusia...???


Post from B friend

Cuci Mata...

Cute sangat...


post from my FB friend....hehehe

Wednesday 9 November 2011

Aidil Adha 2011.....Family reunion...

.....Petang berangkat balik Pekan,almaklum suami perlu bereskan urusan kedai sebelum bercuti..
2 hari tue...bukan selalu suami dapat masa santai...
Singgah di johnny's @CC Mall menjamu steamboat dulu...hehehe
& Supermarket untuk barang2 dapur di kampung....sampai2 jer mak & Irah sibuk memasak di dapur...Lebih2 overnya dah tentu mak..aduih lah omak..macam2 nak buat,nasi daganglah, aneka rendang lah.....Larat ker Omak oiiii.....sian lak,sebab nak menghappykan anak,cucu..semuanya sanggup..biar pun badan dah tak larat....
Aku lak terus ler capai senduk belanga buat rendang ala2 chef ghitu..hahahaha
.....'Rendang ayam kampong gempak'...


..............................................................................................................

Solat raya miss tahun nie....'datang bulan' dok umah dengan iparku Irah...
sambil2 'stand-by' juadah2 untuk menjamu tetamu yang bakal berkunjung.
....
..
.

Mak/ayah/adik & abang dok beraya dulu.....pastue sanak saudara meyusul pulak..
syukur alhamdulillah atas kunjungan mereka.


Tengahari adik & aku berangkat balik pulang ke rumah mertua pulak,
 almaklum dah ada 2 keluarga nie kan.
..........
....
..
.
Singgah rumah wek,cos mak/ayah/adik beradik hubby semua dok ziarah situ..

6-7/11/2011....."Ad Hoc plan"...Buat keputusan di Hentian Genting Sempah...ke Janda Baik....stay disana & esoknya bermandi manda...syok beb..airnya dingin sekali...
@Janda Baik...Tenang Resorts..




Terperangkap dibilik...'tragedi karak'


Peristiwa yang sangat mengemparkan..mak & anak2 gadisnya terperangkap di bilik....puas lah incharge resort membuka pintu bilik....timbul ler ura2...tragedi karak,dimana lewat malam mereka keluar beli ubat gigi hingga ke bandar Bentong ikut laluan jalan karak lama....*suspen.....

............
.....
..
.

Bergerak ke Genting Highland.........lagi satu peristiwa lucu...
sanggup tawaf barisan 1 1/2 jam untuk naik gondola/kabel...huh


Berbaris panjang....tetap ceria
Al-kisah..mak& ayah punya ler panik naik godola nie,zikir tak henti & puas berpujuk untuk naik semasa pulang cos tiket beli 2 arah punyer..hahaha..


kabus tebal & cuaca buruk...


'Iron MoM'...


Friday 4 November 2011

Selamat Menyambut Aidil Adha 1432H...

Alhamdulillah..Ahad nie bersamaan 10 Zulhijjah 1432 H..kita sekali lagi umat Islam meraikan Hari Raya..iaitu Aidil Adha....

Seronok kan buat sahabat2 yang berada di Tanah suci Mekah, menunaikan ibadah Haji...harap berpeluang kesana..amin.

Alhamdulillah,hubby bercuti..(tutup kedai),...'planning' nak ber Cuti-cuti Malaysia..tapi kasian pulak kat mak&ayah kat Pekan...mmmmm..

...............................................kemudian lah kan..baik kita bersalam2an dengan ibubapa lagi afdal.



Tuesday 25 October 2011

......Lumrah Hidup......

....................nasib oo nasib......................

  ............huh!...ini lah lumrah kehidupan....
keluh kesah sentiasa tidak pernah lekang dek mulut....melekat di hati..menujah di mindah..memberontak di riak wajah...............

Hubungan dari ikatan suci perkahwinan menjadi racun berbisa...
Tiada lagi ucapan manis & gurauan manja menyemarakkan kehangat CINTA dua hati................???

Ke mana perginya lahar CINTA yang membara dulu.........
Ke mana menyepinya siulan & nyayian puitis dulu..............

Ahhh....manisnya alam percintaan yang di layari selama bertahun lamanya.....
Ngapa kah manisnya hanya beberapa bulan cuma setelah ikatan ini........???

Ahhh.......di manakah silapnya????
"Habis madu,sepah dibuang????" benarkah...??
....atau mainan fikiran atau hasutan jahat syaitan laknatullah semata-mata?????

...............Jangan pernah terjerumus ke dalam kancah hasutan itu,istighfar............


Astaghfirullahal azim..............
apa kan daya aku manusia biasa yang cukup lemah...tidak pernah lari dari kesilapan & kesalahan......
.............jatuh bila diuji..tumbang bila ditimpa musibah..........kalah sebelum berjuang...........

Rintihan..tangisan....kekesalan.....tuduhan....cemuhan............sering meracau dibenak kotak fikiran & sanubari.
....tidak sedikit pun hendak bertenang & bertafakur,munasabah diri & bermunajat kepadaNya.....


Kehidupan ada pasang surutnya.....
mendewasakan kita..dr sikap kebudak2an...
"Ibarat roda yang berpusing,ada masa di atas & ada masa dibawah"...


...Hanya keImanan seseorang yang membezakan setiap insan di di muka bumi ini...


.................DariNya kita datang, KepadaNya jua kita kembali..................

Tuesday 18 October 2011

"Father Forgets" by W.Livingston Larned

Translate to Malay language:



"Dengarlah, Anankku! Aku mengatakan hal ini ketika kamu terbaring tidur. Di pipimu ada bekas cakaran kecil dan di dahimu yang lebar terdapat rambut kerintingmu yang basah.

Secara diam-diam aku memasuki bilikmu. Beberapa ketika sebelum itu, sewaktu aku membaca suratkhabar di bilik bacaan, tiba-tiba aku didatangi oleh rasa kesal yang amat sangat. Dengan perasaan bersalah itu, aku mendekati katilmu.

Dalam diri aku berkecamuk fikiran: aku bertindak kasar terhadapmu,Anakku. Aku membentakmu sewaktu kamu memakai pakaian untuk pergi ke sekolah kerana kamu hanya mencuci muka sahaja. Aku mnghukum kamu kerana tidak membersihkan kasutmu. Aku marah-marah sewaktu kamu menyelerakkan barang-barangmu di atas lantai.

Pada waktu sarapan aku juga menemui kesalahanmu. Kamu selerakkan barang-barang. Kamu tumpahkan makananmu. Kamu letakkan dagumu di meja. Keju yang kamu sapukan pada roti terlalu tebal. Dan sewaktu kamu pergi bermain dan aku mahu pergi bekerja menaiki keretapi, kamu berpusing melambai-lambaikan tangan dan berteriak,"Selamat jalan Ayah!" Dahiku berkerut,lalu menjawab,"Pusingkan bahu kamu!".

Pada waktu petang berulang lagi perkara seperti itu. Sewaktu aku sampai di jalan, aku melihat kamu sedang bermain guli sambil berlutut. Sarung kakimu berlubang-lubang. Aku memarahimu di hadapan teman-temanmu dan menyuruhmu berjalan pulang di hadapan aku.

Sarung kaki itu mahak - dan sekiranya kamu membelinya dengan wangmu sendiri,kamu tentu akan lebih berhati-hati! Anakku, ingatlah bahawa kata-kata ini adalah daripada seorang ayah!

Ingatlah kamu, waktu aku membaca di bilik bacaan, kamu datang dengan ketakutan dan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan? Waktu itu aku sibuk membaca, kamu ragu-ragu berada di pintu. "Apa yang kamu mahu?" sergah aku.

Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari ke arahku dan merangkul kuat-kuat lalu mencium aku. Tangan mungilmu merengkuh dengan kelembutan yang diberikan Tuhan dalam dirimu, bahkan tidak boleh diacuhkan oleh seseorang yang sama sekali tidak memberi perhatian. Dan kemudian kamu pergi, naik ke tingkat atas.

Tidak lama selepas itu, Anakku, suratkhabar yang aku baca terjatuh dan tiba-tiba aku berasa cemas sekali. Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari-cari kesalahan, memaksa -  inilah hadiah aku kepadamu sebagai anak lelaki. Itu bukan kerana aku tidak menyayangimu; melainkan aku sangat mengharapkan masa mudamu. Aku mengukur dirimu dengan ukuran yang berlaku pada masaku.

Dan demikian, banyak yang baik dan lembut serta benar dalam perwatakanmu. Hatimu yang kecil ternayata mencakupi luas sekali, seluas cakerawala. Ini ternyata ketika kamu spontan bergegas berlari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Malam ini, hanya kamu yang aku fikirkan, Anakku. aku telah berada dikatilmu dalam kegelapan dan aku berlutut di situ, malu pada diriku sendiri!

Ini memang suatu penyesalan yang lemah: aku tahu kamu tidak akan mengerti ini semua sekiranya aku katakan kepadamu. Tetapi esok aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang ayah! Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita dan tertawa jika kamu tertawa. Lidahku akan kutahan, kalau ada kata-kata yang kurang sabar. Aku akan terus mengucapkannya seakan-akan ianya adalah suatu kebiasaan : Beliau masih kanak-kanak, Anak Kecil!"

Aku Khuatir sekiranya telah memperlakukanmu sebagai seorang dewasa. Namun ketika aku memandangmu sekarang, anakku, tidur meringkuk dan kelihatan letih di sebalik selimutmu, aku menyedari bahawa kamu masih kanak-kanak. kelmarin kamu masih digendong oleh ibumu, kepalamu di bahunya. Aku telah menuntut terlalu banyak,terlalu banyak........

Moralnya:
* Daripada mencerca orang, lebih baik kita cuba memahami mereka. Cuba kita bayangkan kenapa mereka begitu. Itu lebih banyak menberi manfaat dan lebih menarik daripada membuat kritikan; sikap itu menimbulkan simpati, toleransi dan kebaikan. " Mengetahui semuanya akan memanfaatkan semuanya"


 "Jangan mengkritik, menghukum atau merungut"

How to win Friends & Influence People by Dale Carnegie

Buku yang terlaris di Dunia..di tulis oleh Dale Carnegie dalam tahun 1936, telah diterjemahkan oleh berbagai bahasa di seluruh dunia..
           termasuk dalam tulisan Bahasa Melayu oleh Yusof Hj.Wanjor yang diterbitkan oleh 'Thinker's Library Sdn.Bhd' pada tahun 1997 bagi cetakan pertama & 1998 cetakan kedua.

"Bagaimana Hendak Mendapatkan Kawan & Mempengaruhi Seseorang"

.
.
.
.
.
Prinsip-prinsip yang diketengahkan dalam penyelidikan & pengkajian penulis :

1) "Jangan Menjolok sarang tebuan,Jika Anda Ingin Mengambil Madunya"
.
2) Kemampuan untuk membangkitkan semangat orang lain & cara mengembangkan sesuatu yang terbaik pada diri seseorang adalah melalui PENGHARGAAN & DORONGAN"
.
3) "Kalau ada sesuatu yang dinamakan Rahsia Kejayaan, itu tidak lain adalah KEMAMPUAN untuk mengetahui sudut pandangan orang lain & melihat perkara-perkara baik  itu dari sudut pandangan orang tersebut ataupun dari anda sendiri"


8 PERKARA YANG DAPAT ANDA MANFAATKAN DARIPADA BUKU INI :
.
.
1. Membebaskan pemikiran anda daripada masalah mental, membentuk cara pemikiran yang baru, memperolehi sudut pandangan yang baru dan menemui cita-cita baru.

2. Menjalin persahabatan dengan cepat dan mudah.

3. Meningkatkan popularitian anda

4. Mempengaruhi seseorang agar mengikut arah pemikiran anda.

5. Mempertingkatkan pengaruh, prestij, dan kebolehan anda dalam melaksanakan sesuatu.

6. Melayani sesuatu aduan dengan baik, mengelakkan perbalahan, memelihara supaya perhubungan kemanusiaan anda berjalan dengan lancar dan menyenangkan.

7. Menjadi seorang pemidato yang baik, seorang pembicara yang menyenangkan.

8. Menaikkan semangat di kalangan rakan anda.


........................................
Ilmu adalah untuk dikongsi.
.
Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)





Monday 17 October 2011

Info dari teman - Tentang Khasiat Durian Belanda @ Soursop


                   Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?


Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi

------------------------------
.
.
.
.
.
.
Semoga ianya menjadi berita gembira buat pesakit kanser.

Erti sebuah Penghargaan?

PENGHARGAAN???
Adakah dengan ucapan penghargaan yang formal disambut dengan tepukan gemuruh ribuan penonton atau sekadar kata-kata manis dari keikhlasan hati yang jadi kayu pengukur???
Atau mungkin jua penghargaan yang lebih menjurus kepada penganugerahan dan pujian manusiawi...
Dunia ini hanyalah bersifat sementara...kerja tidak mungkin menjadi ibadah yang dapat menyumbang pahala jika dambakan puji-pujian yang bersifat 'RIAK'.....

.........................
.
.
.
.
.
.
.
Renung-renungkan.

Resepi yang diCeduk...

Hati sangat meronta-ronta untuk mencuba resepi-resepi menarik yang aku ceduk dari rakan blogger & kawan2 di Facebook...tapi kekangan masa & 'mood' membantutkan segalanya..

Resepi kawan2;
1- 'unbaked oreo chess cake'
2- 'chocholate oreo jelly'
3- 'cheesecake'


...........................................................................bila nak mencuba nie,

Resepi pertama (1) ;

Bahan2
(Based)
2 paket oreo (asingkan inti)
50 g butter (pastikan halal) - dicairkan

Caranya
* Hancurkan 1 1/2 paket oreo (kisar), gaulkan sehingga sebati dengan butter yang telah dicairkan
* Ratakan dalam dulang, sejukkan selama 30 minit.

Bahan2
(Filling)
500 g 'philadelphia cream cheese'
3/4 cawan gula kastor
2 sudu teh gelatin (tumbuhan punyer-lagi halal)- dilarut dalam 1/4 cawan air panas kacau dengan garfu.
1 cawan 'sour cream-lightly whipped'

Caranya
* Pukul cream cheese bersama gula kastor sehingga lembut gebu
* Masukkan campuran gelatin,jus lemon,'sour cream & serpihan oreo
* Masukkan 'filling' kedalam bekas yang telah siap tadi dan sejukkan dalam peti sejuk (1 jam)

Pinjam Gambo yek : Mrs Razika Khairil Fo.
Noted : sangat2 menyelerakan; terima kasih atas resepi 'owner picture' diatas...

Resepi ke2 ;
.
.
.
.
.
.
.
. continue..............

Thursday 13 October 2011

....Unexpected News..........

"Dugaan tidak berbau"...jika dapat dihidu mampu kah ditepis atau dihalang??kita hanya mampu bertindak menutup deria bau dan minggir sahaja...tidak mungkin bisa untuk menghalang kehadirannya..semuanya telah termaktub di azali Allah swt.........

...................................................

Sebagai makhluk ciptaanNya kita hanya mampu berdoa memohon dipermudahkanNya segala urusan.

.........................

Aku tak dapat menerima kesilapan teknikal pihak hospital kerajaan,namun Hubby menegur peel ku itu....katanya"mereka" lebih arif & telah menghubungi kita maka tentu ada 'solution'nya.usah sering menyalahkan orang lain.

aku terdiam (memang ada benarnya)

Jika perlu menanggung segala kos ubatnya selepas ini,kita ikhtiar sahaja pintu rezekiNya sentiasa terbuka luas.....RM8000/bulan bagi sekotak ubat!!!!!

No more approval for 'GIPAP' or 'MAIPAP',
 anyhow Thanks so much choosing us in this programme..
we really appreciated.
even though we really hope they continue our application
Thanks Max Foundation.

My hubby said he wish could end his depending on "Glivec"...hoping for other alternative 'transplan operation'...
eventhough it's to risky,he still want to proceed...

.........Aku Terpana Hiba.......
Ya Allah, aku mohon kepadaMu, semoga kesihatan suamiku kembali pulih....
SesungguhNya Engkau Maha Pengasih & Penyayang.

even our hope is to deeply on having a childs,
....this procedure will end our hope surely....
still wish &pray for it.
amiin
...
but i really hope he can be as normal as usual.



--------------------




Wednesday 12 October 2011

My new Gadget for Camera...Yeah.



At last..tercapai hajat hendak memiliki lense baru...tapi tak syok my hubby ambil jenis Tamron tele-zoom lepas termakan cakap dealer Nikon di Times square..so yg terbelinya hehehe...(1)lense Tamron 70-300mm with macro,(2) Flash, (3)charger battery AA ,..dlm RM1000/- lebih...jika beli Nikkor 18-200mm or others length..tersangat lah mahal...dealer siap cakap body DX3100 tidak sesuai..beli lense berbagai pun rugi lor...

What ever..skill need to improve...watch my moved..hahaha;



.........................Love You.........................
love my camera

..........Apa Kejadahnya ini.............

http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Banjir_Lumpur_Jejas_Penduduk.html

Hak rakyat....apa cer nie???
Ada yang BERANI????


............................Malaysia News..................

No Smoking...

Alhamdulillah sehingga ke hari ini,22 hari bebas asap rokok....
bermula 21hb September 2011, Hubby telah membulatkan tekad untuk berhenti ......
..........Semoga kesihatannya kembali pulih......

Tuesday 11 October 2011

Warkah yang usang..

Untuk tatapan & imbasan kemudian harinya...

Aku sangat teruja dengan 'news' ini..hinggakan telah mentitipkan nukilan tentangnya dihalaman draf blog ini..namun Dia Yang menentukan takdir sesuatu itu...aku pasrah,..warkah itu telah tersurat tidak mampu di 'publish' kan untuk berkongsi kegembiraan....

Tanggal 30hb Oktober dalam usiamu menjangkau 4 minggu,..buat kali ke-3nya aku menangisi pemergian/kehilangan mu...Walaupun aku cuba menguatkan hati..baru kini aku mampu menghadapi kenyataan itu walaupun sudah sering berlaku ke atas diri ini...namun perasaannya tetap sama....kesedihan yang sangat menekan jiwa keibuanku....

Istifar wahai insan yang kedil....Astagfirullahalazim....Jangan biarkan diri & hatimu dipermainkan oleh bisikan iblis laknatullah....Kesedihan & tangisanmu sehingga bengkak mata mahupun keluar air mata darah sekalipun tidak mampu mengubah sesuatu kejadianNya....Dirimu diuji untuk mengenal erti kesabaran & melampisi kejahatan silam kamu...Taubatlah wahai insan yang hina.....


-----------------------------------

--------------

-
-
-
-
-

Semoga Masih Beroleh Nur HidayahNya & Ditetapkan Iman.

Monday 10 October 2011

Jelajah Terengganu Darul Iman

Syukur...diberi kelapangan masa & kelebihan rezeki...dapat kami suami isteri menyaksikan panorama keindahan alam ciptaan Ilahi di negeri darul Iman ini....

Seronok sangat dapat berdua-duaan dengan orang tercinta...(walaupun dihati terdetik,lagi meriah jika ada keriuhan anak2 kecil...isshhh..sabar...insyaallah,Allah swt akan makbulkan doa kita..amin)

So..lihat ajer panorama indah ini yek..


Pasar Payang...hehehe dapat sehelai baju lik lak,lik lak nie..

Thanks hubby, your support & love is my strength in dealing unhappy moment in life...

....NOTA HATI....