Monday 6 June 2011

Adat Merisik-Part2


Adat merisik memetrikan hajat dua hati yang telah terpaut,keluarga lelaki bertandang bertanya khabar akan empunya bunga ditaman.

Perbincangan antara dua keluarga dimetri persetujuan untuk lamaran kedua hati.


Perjalanan dari kampung ke destinasi berkumpul ahli keluarga di Taman Pengasih,Indera Mahkota Kuantan iaitu di rumah Kak Ja di mana seluruh gubahan pemberian kepada pihak perempuan telah beliau sediakan.

Anak-anak cilik tersenyum dengan gubahan merisik buat bakal Mak Chu.

Abang sulung diberi tanggungjawab selaku ketua rombongan dan pembuka bicara.

Dimulakan dengan bacaan al-Fatihan dan doa pembuka majlis,abang mengatur susunan kata bagi menanyakan gerangan anak gadis yang bertakhta dihati adik bongsu kami.

Adegan merisik:
Babak yang sangat lawak bila nama bunga di taman orang tidak diketahui berikutan tidak seorang pun antara kami yang teringat hendak bertanyakan adik,adik sendiri pun apa tah lagi,susah benar hendak memulakan cerita,hal ini berlaku pun sebab pihak perempuan sendiri ada bertanya Kak Ja status hubungan mereka.Alang kepalang malu,abang pun mohon maaf akan perkara tersebut,keluarga perempuan tersebut ada 2 anak gadis,sebab itulah ketua keluarga menduga kami..walaupun telah mengetahui pilihan hati anak perempuan mereka itu.

Lagi satu perkara lawak bila sesi nak menyerahkan cincin tanda,jika ikutkan adat sepatutnya cincin belah rotan tapi oleh sebab tiada perbincangan dengan orang tua adik dengan sendiri membelikan cincin bertakhta sebutir batu permata.Sebentuk cincin bertakhta sebutir permata dihias indah dalam kotak comel,Abang menyerahkan kepada bapa pihak perempuan seraya berkata,"ambil isi sahaja,kotaknya bukan..." dengan pantas Kak Ja menidakkan kata Abang yang tidak pasti samada berunsur gurauan atau tidak.

Lagi sekali kepincangan ketidak seianya tercalit bila perbincangan melibatkan tetapan wang hantaran,yang mana Abang harap ianya dinyatakan kemudian jika perbincangan antara pasangan telah sepakat bersama dan pihak perempuan akan memaklumkan nanti. Namun ayahanda dengan sedikit teruja hendak mengetahui keputusan dari mulut pihak perempuan ketika itu juga. Kak Ja sekali lagi meminta agar perkara ini tidak dibuat keputusan secara tergesa-gesa dan dipersetujui semua termasuklah Ayahanda,walaupun beberapa kali menyatakan hasrat mulanya.



Semoga permeterian perjanjian ini akan berjalan seperti yang telah dipersetujui dengan jayanya.itulah harapan kedua keluarga yang bakal bersatu.

Selepas ini tentu banyak pula perancangan dan kerja yang perlu dibuat untuk babak akhir : Majlis Akad  Ijab & Qabul bagi mengesahkan hubungan keduanya,.Amiin.

Foto-foto sepanjang Hari bersejarah ini;




Sesi berkenalan nak tau nama ke?hahaha

No comments:

....NOTA HATI....