Showing posts with label Agro Info. Show all posts
Showing posts with label Agro Info. Show all posts

Tuesday, 29 January 2013

Program - Amalan 5 S @ Pejabat Pertanian Daerah Temerloh (PPDT)

Apa Itu 5S?
Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun
yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja. Sisih (Seiri) Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai. Susun (Seiton) Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang. Sapu (Seiso) Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini. Seragam (Seiketsu) Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka. Sentiasa Amalkan (Shitsuke) Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.

Dipetik daripada : http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/amalan5s.html

Thursday, 8 December 2011

Tips berkebun - Bagaimana memastikan Bunga Cattleya tidak cepat layu?


Umumnya tahu Bunga Cattleya bertahan 2-3 minggu. kalau salah tindakan tidak sampai seminggu sudah layu apa yang mesti dilakukan??
  • Pilih Cattleya berbunga tebal dan seperti mempunya lapisan lilin (waxy). Jenis ini biasanya lebih tahan lama daripada jenis yang tipis.
  • Jangan membeli yang sudah berputik apalagi mekar. Pilih bunga yang seludang. Dengan itu, bunga muncul akan lebih beradaptasi (sesuaikan dengan keadaan)
  • Letakkan di tempat aliran udara bagus. Jika di ruang tertutup, bunga cepat berbunga dan cepat layu.

Tips kebun Bunga - Merangsang Tanaman Orkid agar Berbunga


  • Diberi vitamin dan baja. Orkid harus mendapat vitamin dan baja secara seimbang.Kedua-dua itu diberikan seminggu sekali secara berselang seli. Setengah jam sebelum baja diberikan,orkid harus disiram dahulu. setelah pembajaan tanaman tidak perlu disiram lagi. sebab penyiraman akan menyerapkan baja yang telah diberikan.
  • Beri juga minyak ikan. Minyak ikan harus diberikan supaya tanaman berbunga rimbun. Dosnya satu sudu makan dilarutkan dalam setiap 4 liter air. pemberian perangsang bunga tanpa diimbangi pembajaan dan vitamin dapat mengakibatkan tanaman menjadi kurus.

Thursday, 10 November 2011

Know about Cempedak

......buat homework beb................
Artocarpus champeden Spreng
Varieti-varieti Cempedak





Klon Berat/buah (kg) Ciri-ciri yang biasa digemari;


CH 28
-  2.5kg
- Berbentuk silinder.
- Beraroma sedikit.
- Tekstur halus, isi berwarna kuning dengan sedikit oren.
- Rasa manis dan berair.

CH 30 
- 4.0 kg
- Berbentuk silinder dan agak lebar.
- Aroma sederhana.
- Tekstur halus.
- Isi berwarna kuning oren.
- Rasanya manis.

CH 33
- 2.5 kg
- Berbentuk silinder dan agak lebar.
- Hampir tidak beraroma.
- Tekstur halus dan isinya berwarna oren.
- Rasanya manis.

......................................................................................................to be continue,

Monday, 17 October 2011

Info dari teman - Tentang Khasiat Durian Belanda @ Soursop


                   Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?


Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi

------------------------------
.
.
.
.
.
.
Semoga ianya menjadi berita gembira buat pesakit kanser.

Tuesday, 6 September 2011

Kisah disebalik pokok Rosella...


Baru-baru ini saya ada mendengar cerita akan perihal buah & khasiat Rosella ini....sangat mengkagumkan ciptaan Allah swt ini buat umat manusia.malah merupakan pokok yang diakui dizaman nabi lagi..

Hinggakan dunia Eropah/bangsa bukan Islam bertindak melenyapkan kewujudan pokok ini daripada pengetahuan umat Islam khususnya....

Sebahagian daripada petikan yang memgutarakan kelebihan pokok ini;
Dipetik; http://www.tehmerah.com/khasiat-bunga-rosella/khasiat-bunga-rosella/khasiat-bunga-rosella.html

"UJI FARMAKOLOGI


" WWW hort, khasiat Rosella telah diakui di India, Afrika & Meksiko Uji Farmaloginya Senegal, mereka merekomendasikan bubuk atau Teh Rosella / Calyx Rosella bermanfaat menurunkan tekanan darah. Mekanisme kerjanya (senyawa aktifnya membantu melancarkan peredaran darah dengan mengurangi derajat fiskositas (kekentalan) darah, dengan begitu kerja jantung memompa darahpun semakin ringan dan otomatis tekanan (darah) rendah. Semua itu tak lepas dari peran asam organic polisakarida dan flafonoid yang terkandung di dalamnya.

Bubuk/biji anggur: mengandung antioksida sebagai anti oksidan yang sangat tinggi sehingga cocok untuk pencegahan Osteoporosis dan menunda Menopause.
Tahun 1962, Syaraf Ilmuwan Senegal mengumumkan bahwa Extrak Rosella dan Apel berfungsi sebagai anti pasmodeo. Anthalmetic dan Antibakteri sementara uji praklinis pada unggas menunjukkan bahwa Extrak Sari
Rosella menurunkan tingkat Obsorsi alkohol dalam tubuh, merupakan penyembuh favorit bagi pecandu alkohol dan mengurangi ketergantungan obat-obatan, karena itu di Amerika, Food and Drug dalam Nutrion merekomendasikan Extrak Callyx Rosella sebagai penawar peminum alkohol.



Wednesday, 18 May 2011

Al-Kisah pokok Mulberi..

14hb Feb.2011,
Saya ikur serta pegawai-pegawai Unit Hortikultur membuat pemantauan di kawasan perkhidmatan saya iaitu di Janda Baik.
Rumah Amal Darul AzZahrah adalah merupakan tempat projek kami,dimana peruntukan dari unit Putrajaya telah disalurkan untuk menjalankan amalan perladangan organik.

Perkara yang hendak diceritakan ini, bukanlah mengenai kawasan projek ataupun kecenderungan peserta kami itu..sebaliknya disebalik keseriusan tersebut tercalit peristiwa lucu dan memalukan yang tidak mungkin saya lupakan.

Sepanjang saya membuat pemantauan disini,saya boleh tidak perasan akan satu tanaman tersebut..seakan-akan pokok nunga raya pada anggapan awal saya..Kebetulan saya bertanyakan peserta di hadapan ketua Timbalan Pengarah Hortikultur,lantas di tegurnya kerana selaku seorang pegawai pertanian boleh membuat kesilapan bodoh,iaitu tidak mengenal spesis pokok...

Alang kepalang malu,dan saya akui kelemahan diri yang tidak mengenali  spesis tanaman itu...
kerana itu, saya telah meminta daripada peserta untuk mendapatkan keratan pokok tersebut untuk ditanam.

Keratan tersebut saya tanam di perkarangan rumah mertuaku. Alhamdulillah,ianya tumbuh subur dan telah mula mengeluarkan hasil pertama (17hb Mei 2011).Cuma oleh kerana ibu mertua belum mengenal rupa buah mulberi itu,kewujudannya hanya dibiar begitu sahaja dipokok,sehinggalah pada malam hari wesak baru ini, saya menunjukkan rupa buah tersebut melalui paparan BB saya.
Nama Tempatan   : Mulberi

Nama Saintifik      : Morus L.
Nama Lain            : Kertau, mulberi,toot(parsi),shahtoot,
Famili                   : Moraceae
Lokasi dijumpai    : Tumbuhan di Melur.com
Asal                     : Amerika utara


Keterangan:

Mulberi merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak kegunaanya.Ia merupakan sejenis pokok kecil dengan ketinggian antara 1 hingg 6 meter.Tergolong dalam genus Morus , terdapat pelbagai jenis mulberi antaranya mulberi hitam (morus nigra), mulberi putih (morus alba), mulberi merah (morus rubra) dan pelbagai jenis lagi.Buahnya yang masih muda agak bergetah dan elakkan dari dimakan kerana walaupun tidak kuat, ia masih mempunyai ciri halusigenik(seperti buah-buah mudah yang lain contohnya buah mangga).Buah yang masak tidak lagi bergetah dan tidak lagi mengandungi ciri halusigenik.

Mulberi boleh membiak melalui dua cara pembiakan utama iaitu biji benih dan keratan batang.Walaupun kaedah keratan batang lebih mudah menghasilkan anak benih berbanding biji benih, anak pokok yang dihasilkan dengan biji benih lebih sihat dan cantik bentuknya berbanding dangan pembiakan melalui keratan batang.

kegunaan:
Buah mulberi yang manis dan isinya yang lembut berair apabila masak sangat sesuai dipelbagaikan ke dalam masakan seperti pai, tat, kek dan juga dijadikan jus. Ia juga boleh dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis dan lazat itu.Mulberi hitam mempunyai rasa dan bau yang paling kuat sekali menyebabkan ia digunakan secara komersial untuk menghasilkan perisa dan pewarna berasaskan mulberi.

Daun mulberi, terutamanya mulberi putih, yang juga dikenali sebagai daun kertau merupakan sumber makanan utama kepada ulat sutera dalam industri pembuatan sutera.

Daun mulberi yang tua boleh dijadikan teh dan berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi.Selain itu ia juga mampu mengurangkan sakit-sakit otot terutamanya pada lutut

Dalam tempoh yang sangat singkat tanaman ini telah mengeluarkan hasil iaitu dari bulan Feb. -Mei (4 bulan).
Walaupun terdapat banyak maklumat yang diperolehi melalui internet,kami belum lagi mencuba merasanya,mungkin peringkat bebuah kelak setelah terdapat banyak sekali keistimewaan pokok renek ini.


Wednesday, 16 March 2011

Markisa (Passiflora edulis)

















Gambar : Pusat Pengembangan Teknologi Pertanian Bukit Goh, Kuantan




Antara rujukan yang boleh dilayari..

  1. http://id.wikipedia.org/wiki/Markisa
  2. http://www.sinartani.com/mimbarpenyuluh/perbanyakan-tanaman-markisa-1236654214.htm

Slide SMO Nangka

Untuk pembelajaran bersama..

1. Powerpoint SMO Nangka

Monday, 1 March 2010

Aktiviti WarGa kerja Hortikultur pahang Barat...

En Wan ngan BIM nyer

pameran di AUT..Hjh Norhayati dengan palomh cacingnya.






Disebekah pegawai Hort.Pahang Barat (Hjh Norhayati, En Nasa & en lan di lapangan
(bawah)penerangan Hjh Norhayati tentang vermicompost..







palong disiram bagi lembap






















tunjukajar en Wan membuat BIM






dibawah Hjh Norhayati tengah dok mencari cacing













































Tuesday, 16 June 2009

Mangga..varieti ??



Besarkan....tengok jer scale tue,
nie buah mangga yang ditanam abang di kawasan perumahannya.

Berbudi kepada tanah..inilah hasilnya..

Jangan dok wat domba jer..tak elok...hati jadi busuk..

so,cara ini elok dipraktikkan...

Bersihkan diri dengan berpeluhkan keringat.

badan jadi segar dan minda pun sama....betoi-betoi2
nie wat anda terliurnya..eeemmm..manis tau.

....NOTA HATI....