Macam-macam berlaku di awal tahun ini...nak cerita pun buat hati sedih jer...
Namun,harapnya masih ada sinar kebahagian menanti,insyaAllah.
Sedih bila..
kerukunan keluarga bergolak,
adik beradik buat hal masing-masing..
ibu bapa dipinggirkan,
saudara mara yang tua tidak hormati..
yang tua beramuk,yang muda sama naik..
Yang muda tak hormat yang tua,yang tua tak kasih pd yang muda....
kepincangan dimana-mana..
Khianat & fitnah menjadi lumrah manusia,
yang pengecut berselindung,
yang berani menabik dada..
yang rasa menang menabik dada,yang kalah ditindas..
MasyaAllah...
Tahun ini,mungkin betul bagai dikata & diwar-wat..akan berlaku malapetaka yang hebat..
yang akan menguji umat nabi Muhammad saw.
Maulidur Rasul baru sahaja dirai,tapi bukan diinsafi dengan hati...
..............moga hati ini tidak tersesat Ya,Allah,kau pimpin lah kami kejalan orang2 yang Kau redhai.
Showing posts with label Tragedi. Show all posts
Showing posts with label Tragedi. Show all posts
Monday, 13 February 2012
Thursday, 16 June 2011
Bila Manusia berhati IBLIS dan berperangai kejam lebih dari BINATANG.
Tika hati ini sayu akan dambaan naluri menjadi seorang ibu....berita pada awal bulan Jun 2011 ini melahirkan keinsafan dihati,
betapa rendahnya nilai diri seorang makhluk bernama Manusia ini..
sedangkan Allah swt telah menciptakan kita sebaik-baik kejadian untuk diamanahkanNya menjadi khalifah dibumi ini..
MasyaAllah....semoga pintu taubat mu masih terbuka buat kami yang lalai & alpa ini...
KUALA LUMPUR,June 5,2011 – Sepasukan anggota polis yang menjalankan siasatan mengenai satu kes pembunuhan kelu seketika apabila dilanda perasaan pilu sebaik melihat mayat seorang bayi lelaki yang ditemui dalam keadaan kepala pecah hingga menampakkan otaknya semalam.
Pembunuhan kejam itu berlaku apabila pelakunya dikatakan hendak mencampak bayi tersebut dari tempat tinggi terus ke dalam tong sampah yang berada di bawah.
Tetapi malang, balingannya tidak cukup kuat lalu tersasar sejauh tiga meter menyebabkan mangsa terhempas di atas jalan.
Bagaimanapun, polis masih belum dapat memastikan sama ada bayi itu masih hidup atau sudah mati ketika dicampak pelaku durjana tersebut.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 12 tengah malam.
Katanya, mayat bayi itu ditemui dibungkus dengan beg plastik di tempat letak kereta pangsapuri tersebut oleh seorang lelaki yang baru pulang dari tempat kerjanya.
“Pemeriksaan awal mendapati bayi yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu mengalami kecederaan parah di kepala.
“Kita percaya ia berlaku selepas pelakunya dikatakan hendak mencampak bayi tersebut dari tempat tinggi ke dalam tong sampah di bawah namun ia terjatuh di kawasan letak kereta kira-kira tiga meter dari tong berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tuesday, 24 March 2009
Pemergian Orang Tersayang...
23 Mac 2009, 6.05am (Isnin), bersamaan 26 Rabiul awal 1430H.
....Aku mendapat berita sedih daripada Din. "Aki telah meninggal", begitulah message yang ku terima sebaik azan subuh berkumandang. Walaupun ku tahu sudah seminggu lebih Aki menderita sakit akibat kemalangan jalanraya, akibat dilanggar pemandu cuai ketika Aki mahu pergi ke surau dengan motosikalnya. Memang tak sepatut aku menyalahkan pemandu tersebut atas sebab pemergiannya.
Aku sedar sememangnya..ajal maut adalah ketentuanNya. Tak guna menangisi pemergiannya...seafdalnya aku iringilah pemergiannya dengan bacaan ayat-ayat suci alQuran dan doa buatnya. Tentu ketika ini Din & keluarganya lebih terasa berbanding aku yang bukanlah apa-apa hubungan dengan Aki, cuma sempat bermesra tika aku berkunjung sekali sekala, itu pun semasa Hari Raya tahun lepas.......
"Keadaan Aki dh begi2 kritikal so utk sedar semla cukuptipis...cmnerpn dia tahu Din amat sygkn Da n kalu ada pn pkara utk dkesalkan x sempat lihat kita kahwin sebgi pengesahan Da jd sebhgian keluarga ini...mmg sedih cos mmg hajat Aki,nenek n tokwok beria utk tengok Din kawin sblm mereka menutup mata..Din cube utk bertenang skrang wlupn dlm hati tiada siapa pn tahu cos rasanya xde siapa pn xnak sempurnakan hajat org yg dsyg n hormati."
'message' yg sangat menyentuh hatiku...pada malam tersebut sebelum aki menghembuskan nafas,saat kau menjaganya...
Harapnya usah dikesali apa yang berlaku....kita tidak mampu melawan takdirNya......ketahuilah Beliau Maha Mengetahui & Maha Penyayang,tentu ada rahmat disebaliknya...Doakan yang terbaik untuk itu.
Al-fatihah & bacaan surah Yaasin ku sedekahkan buat allahyarhum Aki....semoga roh Aki ditempatkan dikalangan hambaNya yang soleh.Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)