Showing posts with label Tentang Aku. Show all posts
Showing posts with label Tentang Aku. Show all posts

Thursday, 27 March 2014

Panggilan & rengetan si Zahra

Salam sayang..kemarin 26/3/14 mlm khamis jam 4pg ibu tersedar dari lena kerna ibu terdengar suara syg memanggil anak kita zahra...masyaAllah..rindu & tersentap hati ibu..ibu hadiahkn bacaan al fatiha utk syg moga berbhgia disana & menunggu kami nntinya...
Semalamnya pulak...sayu hati ibu bila tak semena2 zahra merengek & memanggil ayah bila ternampak foto romantis kita 2 tahun lepas pada wall hp ibu...pilu bagai di cucuk sembilu...tp ibu tahan airmata..kerna mak ada disebelah kerna tlg buatkn susu zahra jika tersedar dimlmnya..ibu doc tdk bg bgn jika masuk ubat......
Puas ibu pujuk..syukur dia minat tgk cite upin ipin..byk pengajaran animasi org kita tue sayang..moga zuriat kita jd anak2 yg soleh &solehah nnti..aaminn.
Ibu rindu pada sayang...tp ibu kena tabah & ibu patutnya lebih cintakn Allah & rasul dr menyintai manusia..astagfirullah..mohon diampuni dosa2ku...aku cuma terlalu merindui arwah suamiku....

Monday, 3 March 2014

Pemergiaan Tersayang

14hb.Feb.2014(jumaat/3.45pm): @ ICU Hospital Ampang...
.......................................
s3moga arwah tenang di sana & ditempatkn dikalangan org2 yg soleh n beriman.
......
Sayang akan sentiasa dirindui..moga jodoh kita berpanjangan sehingga ke jannah..
.....
Da cuba kuat untuk anak2 kita.....ku redhai namun sakit kehilangan n kerinduan amat amat memeritkn...oh tuhan hanya padaMu tempat aku mengadu.moga dikuatkn hati n jasad ini bg meneruskn kehidupan tanpamu disisi...

Wednesday, 8 January 2014

Penghujung Tahun 2013 & Pemula Tahun 2014 yang penuh cabaran & dugaan...

Kronologi sadis..

2009 & 2010 - Bersatu setelahh penuh ranjau dan duri,kami diuji lagi selepas 6 bulan bersatu...
2011 - 2013 - Syukur alhamdulillah..kehidupan kami diserikan dengan kelahiran cahayamata pengikat kasih
                       pada tanggal 4/8/2012..
Penghujung 2013 ketika negara tengah sibuk dengan bencana banjir kami pula sibuk berulang alik ke hospital...2/11/2013 bermula detik perubahan besar bagi kami...

Pembuka tirai 2014 sangat malap bagi aku..sambutan hari kelahiran pun tiada bermakna....suami masih terlantar di katil wad hospital...mengharap sinar dan cahaya penyembuh dariNya..aamiin.

Monday, 30 July 2012

Sad mode..

10 Ramadhan 1433H.. Got a sad news....tak dapat nak gambarkan betapa kecewanya saya, Tuhan mahu mengujiku dibulan penuh barakhoh ini..menjadikan aku insan yang terpilih,syukur... Jangan lah diletakkan perasaan dendam dihati ini hendaknya...janganlah diletakkan label negatif keatas insan tersebut,biar pun dia berlaku zamin keatasmu... ........................................redhalah,hadapi dengan tabah.

Friday, 6 January 2012

Wordless Friday..

"BSP : 4.9 / 5.1 / 4.9 & 6.2 "

send......

received email from Doc.:"Bags terrain dungeon..jagaan makanan..ulang BSP sehari sebelum jumapa saya.Tkasih"

reply : "Thanks Doc.I will."

Friday, 9 December 2011

Mengamit kenangan

al-fatihah buat arwah to (tok Beah)...semoga rohmu ditempatkan dikalnagan orang2 yang beriman.

gambar nie diambil semula...tahun asal ??masa kawen Abang.

Entah mengapa di saat ini aku begitu merinduinya...sesungguhnya aku memang sangat rapat dengan arwah..
.......rasanya arwah pergi masa saya di semester kedua universiti (1996)..~15tahun sudah...(jika tidak silap)

Tuesday, 6 December 2011

Happy 2nd Anniversary....

05hb Dis.2011....kini sudah genap usia ikatan kami untuk ke 2 tahunnya....

Pelbagai rencah sedih,suka & duka kehidupan berumahtangga telah kami harungi bersama.....
Pahit maung kehidupan diawal usia perkahwinan menjadikan kami lebih saling mengerti....

Ujian & dugaan yang di lalui sehingga kini sudah menjadi sebati dalam rona-rona hidup ini,moga kami tetap tabah & semuanya akan menguatkan serta mendekatkan lagi kami dengan Yang Esa....

Hanya doa dititipkan buatNya agar kami masih teguh bersama dalam ikatan suci ini dan menjalani kehidupan berkeluarga dengan kehadiran zuriat yang soleh/solehah sebagai penyambung generasi serta diredhaiNya. amin.

Wednesday, 30 November 2011

...I'm The Winner....

Just open my favorite blog link...http://phattgurll.blogspot.com/2011/11/and-winner-is.html  and surprise....i'm a winner....thanks to the owner for a contest.....your blog sangat mantop..i like to follow her journey...

............announce  on 22 Nov 2011......the same date i went to Auditor courses till 25 Nov 2011.......

sukanyerrr...................jarang sekali berjaya menang nie....hahaha ter'over' kan.



Thanks.

Thursday, 10 November 2011

Aku ini Wanita Biasa....





Hayati liriknya yg puitis.....



















Tuesday, 11 October 2011

Warkah yang usang..

Untuk tatapan & imbasan kemudian harinya...

Aku sangat teruja dengan 'news' ini..hinggakan telah mentitipkan nukilan tentangnya dihalaman draf blog ini..namun Dia Yang menentukan takdir sesuatu itu...aku pasrah,..warkah itu telah tersurat tidak mampu di 'publish' kan untuk berkongsi kegembiraan....

Tanggal 30hb Oktober dalam usiamu menjangkau 4 minggu,..buat kali ke-3nya aku menangisi pemergian/kehilangan mu...Walaupun aku cuba menguatkan hati..baru kini aku mampu menghadapi kenyataan itu walaupun sudah sering berlaku ke atas diri ini...namun perasaannya tetap sama....kesedihan yang sangat menekan jiwa keibuanku....

Istifar wahai insan yang kedil....Astagfirullahalazim....Jangan biarkan diri & hatimu dipermainkan oleh bisikan iblis laknatullah....Kesedihan & tangisanmu sehingga bengkak mata mahupun keluar air mata darah sekalipun tidak mampu mengubah sesuatu kejadianNya....Dirimu diuji untuk mengenal erti kesabaran & melampisi kejahatan silam kamu...Taubatlah wahai insan yang hina.....


-----------------------------------

--------------

-
-
-
-
-

Semoga Masih Beroleh Nur HidayahNya & Ditetapkan Iman.

Monday, 10 October 2011

Jelajah Terengganu Darul Iman

Syukur...diberi kelapangan masa & kelebihan rezeki...dapat kami suami isteri menyaksikan panorama keindahan alam ciptaan Ilahi di negeri darul Iman ini....

Seronok sangat dapat berdua-duaan dengan orang tercinta...(walaupun dihati terdetik,lagi meriah jika ada keriuhan anak2 kecil...isshhh..sabar...insyaallah,Allah swt akan makbulkan doa kita..amin)

So..lihat ajer panorama indah ini yek..


Pasar Payang...hehehe dapat sehelai baju lik lak,lik lak nie..

Thanks hubby, your support & love is my strength in dealing unhappy moment in life...

Tuesday, 27 September 2011

... home blood glucose monitoring ....


......ada masa rajin test ada masa miss...huhuhu
Apa2 pun..makan memamg kena kawal...
Time taking..
1.pre-breakfast
2.2 hour after breakfast
3.pre-lunch
4.2 hour after lunch
5.pre-dinner
6.2 hour after dinner.

no.1 til no.6 byk i langgar...1 hari kekadang 2 kali jer buat....

takat pagi nie tadi 5.6 jer..ok ler kan...tunggu balik nanti...pagi nie breakfast laksa jer & air suam...



..............................sayangi diri...

Tuesday, 13 September 2011

Kami Yang Menurut Perintah.......

Akur janji dilafaz ikrar & di perakui semasa menerima jawatan selaku Penjawat Awam...
11 September 2003....


Kini setelah 8 tahun 2 hari dalam Jabatan Pertanian,setelah beberapa kali perpindahan ......atas arahan.


Bermula di unit teknikal,Unit Soil di Temerloh




kemudian pada tahun 2006 berpindah pula ke Daerah Lipis,memegang jawatan AO daerah disitu....




Tahun 2008 atas sebab kenaikan pangkat sekali lagi ditukarkan ke Daerah Jerantut...namun pengalamaann kerja disini tidak lama hanya dalam tempoh 6 bulan sahaja...itupun setelah saya terpaksa menundakan kemasukan permohonan kemasukan pembelajaran di UPM kepada semester berikutnya....






so selama 2 tahun saya bertukar status sebagai seorang pelajar Master Comm.Corparate...dengan tajaan dibawah skim 'Hadiah Latihan Persekutuan' (HLP) khas buat penjawat2 awam dibawah JPA..dengan keistimewaan yang amat meyenangkan....Tumpuan kita sepenuh masa hanya kepada kuliah & tugasan daripada pensyarah &aktiviti fakulti...rindu zaman belajar...





Selesai sahaja CE...,bermula kembali ke alam pekerjaan...tanggal 16.11.2009 perlu terus lapor diri kepada pihak JPA & pengurusan jabatan..Alhamdulillah,dipermudahkan Allah swt,saya ditempatkan diunit teknikal di Akademi Usahawan tani dibawah unit Hortikultur Pahang Barat...syukur alhamdulillah (kebetulan dekat dengan bakal suami)...hehehe.Dan alhamdulillah sudah nak hampir 2 tahun saya di unit ini..






Syukur atas pengalaman yang diperolehi...macam2 kerenah & gelagat manusia ditempuhi sepanjang 6 tahun dalam perkhidmatan &; 2 tahun dialam pembelajaran dewasa....huhuhu...


Namun,kehidupan tetap perlu diteruskan walaubagaimana sukar pun...
........................"Don't expect life to be fair".........................
redha & ikhlas menghadapi segalanya..


Biarpun racun & tuba di lemparkan..madu kita sajikan...big SmilE.....


Ikhlas & Jujur dalam Perkhidmatan...jangan habuan & balasan jadi ukuran...

Tuesday, 6 September 2011

Yang Terbuku di Hati...

Jangan ada dendam & iri di Hati.....

Jika perasaan tidak puashati tersimpan lama & terbuku disanubari..lama kelamaan akan terlahar keluar & meletus...walaupun dari gaya telah tersirat oleh pembacaan orang.....

Siana yang kamu nak marahkan atau sakit hati...

Mereka Mak & Ayah kamu...orang tua kamu juga...jika anak mereka kamu kahwini bermakna kamu perlu menghormati & menjaga mereka...lebih2 lagi anak2 Lelaki...tanggungjawab kamu tue..jangan dok fikir keluarga sendiri & takut ke bini jer....Bersepah orang takut bini,tapi jangan plok Mak & Ayah kamu pinggir kan....

Susah hati mereka kamu tak nampak ker....jika ikut usia..bila2 malaikat maut datang memanggil..masa itu nanti baru kamu terpana dan tersedar akan kehilangan mereka akan tuntutan  tanggungjawab & keperluan mereka....aduishhh...

Usah sampai berkira-kira dengan orang tua sendiri...@pun  keluarga...Harta dunia boleh dicari..Kebahgiaan???Ikatan kekeluargaan??

Jika diri ini petah berkata & menasihati orang lain..ada atau tidak kita memandang ke dalam diri sendiri...tanya diri sendiri pulak????
Egois kah aku...Berlagak tak aku?..Manis @ tidak muka ini di rumah mak&ayah mertua ku????Bagaimana layan aku..tanya soalan ini??Jangan sampai airmata mak&ayah mengalir mengenangkan anak menantu yang langsung tidak akan sedar bahawa mereka juga kan tua....."Ingatlah perbuatan hari ini mungkin tempias kepada kita semula".....

Moral of the story
Moga aku tetap ikhlas & tidak menjadi anak
yang perlu berkira2 dalam berbakti kepada Mak&ayah.


....................Muhasabah diri.....................

Wednesday, 24 August 2011

Impian setiap Isteri

telah setahun berlalu 1st keguguran kandungan 3 bulan...
alami 2nd keguguran usia 4 minggu pada baru2 ini sangat menekan jiwa



........................................................luahan hati kecilku.

Memori 1 tahun 8 buln,2 minggu dan 5 hari yang Lalu

Tanggal 5 Disember 2009 / 18 Zulhijjah 1430H ; Detik menjadi Raja sehari...

Liku2 alam perkahwin selepas 2 bulan berkahwin sangat memberi tekanan sehingga mengelapkan hati ini...

24 Ramadhan 1432H - Penghujung Puasa.

Alkisah dibulan puasa ini...
Mak mertua masuk wad pemerhatian gara-gara demam (suhu badan panas 38 darjah)...tapi sekarang nie memang ramai yang demam-demam...musim dia agaknya.

Saya pula dilanda dilema & kemurungan....masih belum tiba waktu & masa nyer..belum rezeki,Allah swt masih masih mahu menguji hati ini...semoga aku tabah.

Hari bersejarah buat adik aku pun dah hampir tiba...detik-detik tuk bergelar 'Raja Sehari'..
Dalam kecoh2 menyiapkan persiapan raya dan perkahwinan...Duit,duit..menjadi isu pokok...

Sudah rezeki anak2 lelaki keluarga ku..semuanya dimanjakan..bukan lah bermaksud nak iri tetapi sedikit terasa dihati...walaubagaimanapun,aku redha & tidak sedetik pun terlintas di kota fikiran ini untuk membuat perkiraan @ perhitungan..Jasa2 mereka sangat besar & tidak mungkin terbalas..hanya Allah swt sahaja dapat membalasnya.

Tuah anak lelaki....
hendak juga rasanya meluahkan keterbukuan dihati sekadar rentetan naskah ruangan ini..
jika ikut peranan & hak..anak lelaki lebih besar tanggungjawabnya kepada mak & ayah...tapi nampaknya zaman kini mak ayah lebih harapkan anak perempuan mereka..mungkin gara-gara anak lelaki cenderung lebihkan keluarga sendiri (isteri & anak @ keluarga mertua)...
Dilema anak perempuan makin berat jika dapat si suami yang kurang mesra alam @ kurang bertimbang rasa @ sensitif terlajak...semua sedia maklum,akur isteri hanya kepada suami...

Dilema anak perempuan....
Jika dulu,anak gadis seboleh mungkin hendak segera dijodohkan dan dibereskan persiapan mereka...tapi kini...jodoh anak perempuan jangan harap dapat dipetik orang semudahnya..hendak pula yang boleh dijadikan tempat bergantung harap...persiapan pun kena buat sendiri daripada A to Z.ada yang menolong tapinya 'si bakal raja sehari' macam lipas kudung ler nak menguruskan perkahwinan sendiri...

lagi dilema...
Duit..duit...sudah pasti kena pakai duit sendiri lah, sebab kita yang nak berkahwin..lebih-lebih lagi jika bakal suami bukan pilihan keluarga ni..tradisi orang Pahang ni yang jika difikir sangat menekan anak perempuan bila semua wang hantaran satu sen tidak diterima mereka..Sudahlah segala perbelanjaan persiapan kahwin dari dui poket sendiri...dari duit hantaran hingga ler ke duit salam kokot semua hak milik keluarga perempuan...Jika anaknya jenis sengkek lepas kahwin puas ler berhempas pulas nak cover perbelanjaan sendiri pulak....
Namun,anak perempuan Pahang nie,sudah tabiatnya tidak suka nak berkira2 dengan mak ayah...apalah sangat wang ringgit jika dibandingkan pengorbanan mereka...

Namun yang menjadi isu bila,berlakunya pilih kasih, perbezaan kasih sayang antara anak perempuan & anak lelaki....

Jika,anak2 lelaki ni jenis yang sedar tanggungjawab tidaklah menjadi isu besar..tapi sebaliknya..anak2 lelaki yang bersifat bagi muka dekat bini...dapat pulak anak-anak menantu perempuan yang 'Queen control'..lagi ler tenat..


..................................keluhan anak perempuan.

Tuesday, 9 August 2011

Mengimbau kenangan..

Love this part....http://syurgakeluarga.blogspot.com/2009/12/finally-wedding-day-part-1.html

Perkabaran duka..

Salam semua,

Jika sebelum ini entry penulis berkisar kepada liku hidup suami yang perlu menjalani pembedahan 'Bone marrow' dan ianya sangat memberi impak emosi kepada penulis walaupun tidak dipamerkan agar hubby tetap kuat semangatnya...
Dalam tempoh aku menemaninya aku sedang berbadan dua...syukur padaNya..namun berita yang diterima sebelum suami masuk wad sangat melukakan hati & memberi tamparan yang sangat hebat...ku pujuk diri ini agar lebih kental untuk menghadapi ujian dariNya,..setiap segala yang terjadi tentu ada hikmahnya...

beberapa hari selepas itu,aku cuba rujuk kepada poklinik kerajaan,dan petunjuk menunjukkan telah negatif.namun aku tetap mahukan keshahihan..lantas hari berikutnya kami sekali merujuk ke Hospital Pakar Swasta untuk pemeriksaan...ujian makmal menunjukkan 'weak positive' dengan kandungan gula yang tinggi 8.6. setelah diimbas doktor mengesahkan kandungan saya berusia 1bulan lebih telah gugur sendirinya...melalui tanda-tanda keluarnya gumpalan darah seperti haid...doktor tidak menyarankan D&C kerana kandungan masih baru dan akan keluar sepenuhnya kemudiannya...berkecai & luluh hati ini tiada siapa yang tahu....syukur suami sangat memahami...Belum rezeki kami untuk menimang cahayamata...ketentuanNya hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Aku diberi taklimat agar mengawal kandungan gula dalam darah agar tidak membahayakan diri & janin jika berlaku kehamilan lagi..


Alat diatas dibeli setelah mendapat penjelasan pihak hospital (RM180 tidak termasuk strip dan jarum tambahan)

Monday, 11 July 2011

Bila hati sakit..

Bila aku teringatkan buat diri ini tergelak akan kebodohan dan kecetekan akal berfikir pabila nafsu amarah berMaharaja'.
Yang baiknya semasa marah,hendak mengawalnya pakat rajin gi BERSIH....bukan bersih yang satu tue tapi nie bersih membersih rumah....hahahaaa...

........................................................................................nokhtah.

Lagi pelik dihati ini bila kekasih lama bebal sangat mengganggu gugat kerukunan rumahtangga orang lain.Apa kes hendak berhubung dengan bekas kekasih jika ikatan sudah tidak kesampaian dan masing-masing sudah ada haluan sendiri..lelaki & perempuan bukan muhrim tidak betah untuk menjadi sahabat kerana akan hanya mengundang musibah.....

..........................................................................................nokhtah

Sangat susah nak kawal adalah perasaan,perempuan kalau hormon estrogen dah berubah...mood dia usah ler nak ditegur,gunung berapi berlavar ler akan meletus.....Perempuan duhai perempuan....

....NOTA HATI....