Thursday 24 December 2009

PeristiWa Besar di hujung Tahun 2009...

Al-Kisah..aku memang dah lama tak memperbaharui blogku ini..cuma buka sesakali blog family yang diaktifkan oleh Sis ku yang aktif...syabas kerana Angah maintain wat blog family kita tue...(achik jus bagi komen yek)....

 
Tanggal 15hb Nov 2009,
secara rasmi aku telah tidak bergelar pelajar lagi.

16hb Nov 2009 (Isnin),
Lapor diri ke JPA - bermulalah semula kehidupan ku sebagai kakitangan awam..dan nak menjadi rezeki bakal pengantin..chewah...hasrat nak berkhidmat di Pahang tercapai juga...nak jadi rezeki lagi 2 kekosongan yang ada di Pahang tersebut..AO state Rompin dan Ao Hortikultur Chenor...syukur alhamdulillah..nampaknyer dok dekat dengan bakal husband ler...terus lapor diri ke bos sana en Nordin b Mamat Hortikultur Putrajaya,'big Bos hj Rahman tiada....

17hb Nov 2009 (Selasa)

Lapor diri ke Pejabat Hortikultur Kuantan...K/U En Alang Mad Daud bin Darwan baik sangat..terima kasih boss...

18hb Nov 2009 (Rabu)
Penempatan baru di Akademi Usahawantani,Chenor.....menginap sementara di rumah abang.

Mula bercuti untuk persiapan perkahwinan 3hb Dis 2009...kesian aku cuma ada cuti 4 hari jer..so kena bahagi2 ler...

sehari sebelum hari besar aku gie berinai kat Kuantan Parade...molek sangat cuaca panas...siap beli2 barang2 masak lauk pengantin dan hendak ambil persalinan pengantin kat Julie butik Komleks Teruntum Kuantan....

Malam sabtunya.....Hujan masyaAllah..selebat-lebatnya...terlintas difikiran 'nak banjir ke????' (nada sedih..)
      Esoknyer 5hb Dis 2009 - tarikh keramat bagi aku untuk melucutkan status sebagai orang bujang..........

Pengantin belum sampai??????janji pukul 11.30 pagi........Tok kadi dah tunggu lama gelisah masing-masing, di masjid Kg Tg Medang aku menunggu penuh debaran.....nasib mak andam aku datang..siap bagi tau..dia kena ikut jalan lain untuk ke pekan kerana jalan telah dinaiki air.......Happening????? Rupanya rombongan bakal suami terpaksa berpatah balik dekat dengan jalan Gambang-Kuantan telah tidak dapat dilalui kenderaan kecil...ikut jalan alternatif lain..Dengan ketentuanNya,alhamdulillah, segalanya selamat.Dan syukur juga Tok Kadi masih setia menanti,rupanya saudara mara keluarga mak mertua jugak.

Berakhir Penantian yang mendebarkan.....

Mak n ayah serta semua adik beradik,ipar2...semua ar...bertungkus lumus dalam hujan....akhirnya selepas waktu zohor..rombongan lelaki sampai dan bersembahyang jemaah bersama dan majlis akad di teruskan...dan alhamdulillah..keadaan cuaca semakin baik....walaupun ada kebimbangan para tetamu akan kemungkinan banjir.....

Tapi terima kasih kerana sudi datang dan menunggu....


Doakan kebahagian kami....menempuhi pancaroba mahligai perkahwinan.

Wednesday 7 October 2009

Tahun akhir di UPM & hujung tahun bagi zaman bujangku...

Penghujung tahun 2009 nie, pastinya akan mengamit kenangan yang tidak mungkin dilupakan....insyaallah..
1stnyer..it was my final sem in this UPM..i will miss them all n the environment it self..
2ndnyer...hujumg tahun yang cukup sibuk bagiku dalam penyediaan urusan perkahwinanku...(yang pasti cabaran2 yang datang telah dilalui & bakal mendatang harapnya di permudahkan Ilahi..)
3th...I will coming back to work..after 2 years of studying....truly mencemaskan...cos, where i will posting????harap2 dapat balik Pahang...


Itu sahaja buat kesempatan ini...ada ruang masa kita berjumpa lagi dengan tatapan cerita lain pula yang ingin dikongsi bersama....




Friday 21 August 2009

Bulan Keberkatan...Ramadhan Al Mubarak..

Alhamdulillah..masih dipanjangkan usia olehNya dapat menjalani ibadat di bulan ini...
Terfikir hari ini nak ke rumah Allah berterawih...atau aku kerjakan sahaja sendiri di rumah??

Hiba hati...kalau disamping keluarga,tentu ayah akan megimamkan solat terawih....

Selamat menunaikan ibadah di bulan ini Mak & ayah serta keluarga...moga kalian dirahmati Illahi dan memperolehi keberkatanNya...



Tuesday 11 August 2009

Penularan wabak H1N1..musibah @ bala tuhan?????

Kes demi kes....???

Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan . Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkanpositif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukanpada 15 Mei 2009," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi mengambil langkah berjaga-jaga berhubung penularan wabak maut ini....UPM anaranya telah memdahulukan cuti semesternya mulai 28 Julai sehingga 5 Ogos...lantaran 4 kes H1N1 +ve dikalangan warganya...

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Jumlah kematian akibat influenza A(H1N1) meningkat kepada 38 orang apabila enam lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Dijangkakan berbillion manusia akan maut oleh wabak ini????

Kesedaran???? Apakah langkah-langkah pencegahan???

Kita kini sentiasa diburu ketakutan akan jangkitan wabak ini...ibarat silent killer...simptom2nyer tidak jelas pengidapnya seperti kena demam selsema biasa..Kini adad jer tanda demam hospital kerajaan diserbu..apa taknyer hospital dan klinik swasta tak terima????mengapa???Dah ler Hospital kerajaan kekurangan doktor & pakar..semua dah cabut buat keuntungan sendiri......



Wednesday 5 August 2009

MELAYU..yg LAYU...??

aku bukan nak mengutuk bangsa aku sendiri atau nak mewujudkan anti racist..tetapi realiti yang mendesak kini telah mengaburi bangsaku ini...mana kata2 pahlawan terbilang Hang Tuah.."Takkan Melayu hilang di Dunia"???

Lawak...memang Melayu takkan hilang tapi maruah dan kegemilangan Melay yang tergadai dan layu meyembah bumi....

aku bukan nak pro mana2 parti yang saling berasakan untuk kepentingan diri tanpa menilai akan kepentingan sejagat....

aku jadi meluat dengan paparan berita dari skrin tv oleh syarikat media di negara ini....meloyakan..isu yang tak patut dibesar2kan di perjaja sentiasa..yang patut di perkata hanya dibiar menyepi...

Isu lorong kg pala..apa ke jadah diperbesarkan..pandai2lah kerajaan negeri menangani...50 tahun dulu mereka semuanya pendatang yang dikasihani oleh kepertuan negara dan dibiar menetap tanpa syarat....kini hasilnya mereka ingin berkuasa...

aku boleh jamin 50 tahun dari sekarang kes serupa ini akan berlaku kepada kaum pendatang Kemboja mahupun Indon yang menetap secara haram ataupun dengan belas ehsan kerajaan....mereka tanpa segan2 menuntut hak....lawak..memang Melayu terkenal dengan sikap toleransi...bangsa yang mendatang yang membuat rumah ditanah rakyat pribumi di sebalik semak...(bangsa kemboja di petempatanku..) senang lenang meraih hasil keringat rakyat tempatan....peruntukan yang sepatut untuk rakyat jelata tempatan kini terpaksa diagih kepada bangsa pendatang ini....apa sumbangan mereka kepada negara???semuanya percuma bagi mereka....Mana PIHAK BERKUASA????

Ooooo....dah termakan budi ke??atau meraih anak gadis mereka sebagai bini baru......aku bukan nak mengutuk pegawai kerajaan beruniform ini...banyak telah sumbangan mereka mempertahankan negara setimpal dengan gaji dan elaun yang ditambah tiap tahun....tapi bak setitik nila abis sebaldi susu terpalik kan....kalau seorang terima rasuah..habis sebalai ambiknya...macam itulah...aku pernah saksikan dulu..tapi aku terlalu kecil untuk mengerti dan mengambil tindakkan...aku bukan sesiapa pun...timun dengan durian ibaratkan...itulah sikap bangsaku....

Melayu sama Melayu bertelagah....musuh dikeliling bersorak girang....Merusuh???apa gunanya???bukan dapat meningkatkan ekonomi negara dan bangsa kita pun....apa bangga dengan pertuanan kita jika tidak berani mempertahankan hak sendiri????

jangan nanti Melayu merempat di tanahair sendiri sudah..ibarat bangsa Bosnia...Palestin...
Melayu perlu jadi Melayu Islam yang jitu kerana itulah sandaran kekuatan dari anasir jahat yang ingin lihat kita tumbang dan sengasara di bumi sendiri...

Sedarlah bangsaku....jauhkan sifat hasad dengki sesama kita..yang maju dan berjaya kita doakan lagi dan bantu biar ianya kukuh..yang berjaya menjadi penyokong bangsamu yang masih lemah dibawah..barulah kekuatan terbit..ibarat seikat penyapu lidi...sebatang mudah patah tapi kalau dah banyak kukuh dan kuat.


Tuesday 4 August 2009

Hai ANAK.....

Sunyinya malam ini telah membuat aku syahdu dan terasa dekat denganNya...
Allah Ya Rahim...aku bersyukur dalam usiaku yang menganjak ke dening senja.,aku masih mempunyai ibu dan bapa...

Benarkah...?? ibubapa boleh membesarkan 10 orang anak dengan baik,tapi 10morang anak belum tentu dapat menjaga baik 2 insan yang menyambut kelahiran mereka!!!!!

Di usia emas..mereka tetap gagah memikirkan anak2 yang telah ada keluarga sendiri..bimbang dan kerisauan sentiasa ada dihati mereka,..malah cucu2 mereka yang disayangi itu tidak pernah terpinggir dari fikiran dan hati mereka...

Tangisan mereka sering tumpah kerana anak2,menantu dan cucu2nya...tangisan gembira...suka dan sedih....

Namun hanya kegembiraan itu yang sering mereka tunjuk...melayan karenah anak2,menantu dan cucu2 dengan tanpa jemu...

tapi jangan bohong......kamu menangis kerana aku..didepanku..maaf aku melukakan hati seorang ibu...yang amat meyayangiku..aku redha dengan kehendakmu...salahkah aku meyayangi insan yang ingin menjagaku???atau atas sebab anak2,menantu2 kamu..anakmu ini menjadi mangsa kerisauan...

Kamu menangis dalam diam kerana menantu sulungmu..aku nampak masa itu...kamu berkecil hati dengan menantu2 mu yang lain aku tahu...tapi hati seorang ibu dan kasihnya kamu kepada mereka menutup kekecewaan itu...

malam ini..aku meyaksikan lagi...nasib kamu telah lena diulit mimpi.kepenatan melayan karenah cucu2...dari pagi tak jemu kamu beleter menasihat dan menegur silap si kecil......lawaknya..yang terasa si ayah dan siibunya..yang tak berani nak menegur si anak...Tok dengan Aki lah yang jahat mulut nampaknya....

Tok dan Aki yang tua masih gagah membuat kerja2 berat...anak2 berdoa agar mereka hidup lama dengan sihat....tapi kamu berharap jangan sampai menyusahkan anak2......masih tetap memikirkan anak2.....mulia sekali hati seorang ibubapa....

Hai anak.....aku jadi takut dengan kehidupan bekeluarga...kamu telah tanamkan kebimbangan itu...tapi berikan doamu dan kerestuanmu untuk aku menghadapinya.....cuma aku berharap dan berdoa agar cukuplah hati kalian dilukai....aku mohon diri ini tidak lagi membuat kalian menangis...restuilah anakmu ini.

Jangan disamakan hidupku nanti sama seperti anak2 kamu yang lain...menantu2 kamu yang lain...yang tega melukakan hati kamu...walaupun tidak kamu ucapkan tapi aku nampak...kerana aku nampak dan aku mendengarnya...

Memang jelas kamu meyayangi semua...malah menantu dan cucu2nya...menjaga setiap keperluan kami hatta membesih kekotaran mereka sekalipun...tiada keluhan dari mu ibu....

ya Allah...sayangilah dan peliharalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka telah menjagaku...berikanlah mereka kebahgiaan selama mereka hidup ini...amin.







Sunday 26 July 2009

New Members..register no.26 Julai 2009 at 3am

Alhamdulillah...seorang lagi puteri lahir melihat duniawi ini...cucunda Haji Musa yang ke 23...





Puteri ke-3 dalam keluarga Mohd Koris, tambah kecoh dengan 2 puteranya yang..kusss semangat..bak kata orang2 tua...spesis Sin Chan ghitu...moralnya..para2 ibu yang tengah sarat berbadan dua jangan ler ketagih tengok siri kartun tersebut....



Puteri ini namanya....Umairah binti Mohd Koris...



Umairah boleh geng ngan Najla ler nanti nie...hehehe



Friday 17 July 2009

Istilah Solat Jumaat...LELAKI MUSLIM??

Ruangan hari ini based on my observation today...ketika aku begitu asyik menghabiskan detik masa ku membaca journal di suatu ruang yang di khaskan kepada pelajar2 untuk melakukan aktiviti mengulangkaji...tempat selesa dan yang penting boleh access internet...
Namun yang tidak sedap mata memandangnyer bukalah tak suka kelibatan pelajar lelaki disudut ini buat tika ini..Diaorang tak aware ke hari ini hari apa n time ini apa yang wajib bagi lelaki muslim...Saudaraku today is JUMAAT...n ri..aku right now is time to pray ler........

...hehehe..aku wat renungan tajam kat beberapa lelaki Muslim yang study depanku dengan pacaran masing2....dengan harapan mereka prihatin n tersedar...kot2 ler terluper hari dek 'best bergesel2an , bercubitan dengan teman istimewa..
But no Respon...diaorang lak wat pandangan menjengkelkan...ini ker umat akhir zaman...
patut malu dengan beberapa student India yang ader kat situ...tatkala bacaan alQuran berkumandang dari masjid...
Yang perempuannyer lak tak langsung nak mengingatkan pasangannya langsung...atau turut terangsang dek dapat dok bergesel2an????

Solat Jumaat merupakan solat yang ditunaikan pada hari jumaat.

Kewajipan menunaikannya adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama muslim. Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah. Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya[2].

Adapun yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkan yang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.
Sabda Nabi SAW;الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض

Maksudnya;“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit[3]

Sabda Nabi SAW lagi;من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً

Maksudnya;“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit[4]







Wednesday 15 July 2009

Serpihan Hati...

Melihat kepada tajuk diatas..temanya seolah-olah sebuah telenovela cinta lagaknya...
tapi itulah realiti kehidupan..ibarat mengemudi perahu ditengah lautan....

Orang cakap usia muda lagi banyak pancarobanya...tapi bagi aku..pancaroba ini datang tidak bertemunya...begitu juga dengan CINTA...
kita mudah untuk menyayangi sesama manusia..lebi2 lagi kepada berlawanan jantina..

ibarat pepatah...cinta maut ler..penuh dengan bunga2 bahasa dan janji2 manis...Lautan api aku renangi,gunung tinggi akan didaki..betapa mabuknya bila perasaan cinta menguasai diri...ibarat kata P Ramlee,ibarat dunia ana yang punyer....saat2 kemaruk dilanda rindu asmara..
Namun,cinta manusia ada penyudahnya..jika hubungan berkekalan hingga ikatan sah syukur..namu bukan juga titik kepada perkekalan ikatan...
Disaat hubungan sedang berkasih-kasihan...anak Adam ini bercinta tentunya diiringi pengapit setia yang setia menghasut untuk melanggar hukum syarak..itu yang ramai karam dilautan dek nafsu yang ditiupkan 'pengiring peribadi ini'...
Dalam gelodak asmarada...cintan-cintun pasangan yang tengah ketagihan pasti menagih lagi...babak romantis pasti berulang..

Itu babak sinetron yang romantik terbabas..jika sebaliknyer..
itu yang kita lihat ramai lah wanita2 Melayu kita duduk di atas jambatan dekat laluan komuter, atas bumbung bangunan..ala-ala lagak 'stunt' tapi ianya bukan untuk tujuan aksi filem...sebaliknya atas bisikan pengiring jugaklah agar menamatkan riwayat yang Allah taala kasi ini dengan jalan yang menyimpang...Nauzubillah..."bunuh diri' jauhkan lah dari terlintas dibenak fikiran....walau berserabut mana perasaaan dan jiwa raga itu...dalam keadaan tak rasional atau dalam keadaan 'mental disorder' mana pun...berbalik lah mengingati Yang Maha Esa...

BAHANA CINTA....

(buat rakan ku yan masih setahun jagung usianya ataupun dah senja jugak...air mata dan tangisan sangat berharga jika ianya gugur sebagai mengingati azab dan menyesali akan dosa2 kita)

Bernama) -- Hakikat satu kajian! Daripada 113 kes bunuh diri yang dilaporkan di Malaysia dalam tempoh Julai-Disember 2007, 82 ialah lelaki dan 41 daripadanya sudah berumah tangga.

(Bernama) -- Statistik yang mencemaskan! Kira-kira 20 peratus daripada mereka yang menghubungi Befrienders Kuala Lumpur ialah mereka yang mahu membunuh diri.Kira-kira 30 peratus pula berumur bawah 30 tahun, kumpulan umur yang dikenal pasti kumpulan berisiko tinggi untuk membunuh diri.60% terdiri daripada wanita manakala selebihnya lelaki. 33% telah berkahwin. Dari segi kaum, 49 peratus kaum Cina, India 32 peratus dan Melayu 15 peratus.Statistik di atas ialah sebahagian daripada analisis yang dibuat terhadap 21,144 yang berhubungan dengan Befrienders Kuala Lumpur pada 2007.


Renung2kan....jangan terlalu terbawa2 dek perasaan,cinta/love,sayang..kerana selayaknya semua istilah tadi adalah sewajibnya hanya kepada ALLAH swt... Dunia hanyalah bersifat sementara...pilihan sewajarnya di alam yang kekal abadi dengan limpahan nikmatNya..insyaallah.

(coretan ini ditulis..gara2 hatiku sebak dan terganggu dek esakan dan tangisan kenalan baruku; orangnya cantik ; masih mentah usianya...dituruti hati kerana mencintai seseorang yang bernama lelaki....), Mengapa dik???mana harga dirimu??, bukan niat akak nak mencampuri..tapi hati akak tersentuh..yealah kalu dah meraung dekat telinga..akak bukan berhati sebal...nak bertanya tidak mungkinlah..tak mau dilebalkan Busy body & akak bukan jenis yang camtue..cuma akak pesan dengan nada gusar.. 'hati-hati' tatkala adik melangkah keluar untuk memujuk kekasih hati...Tabahkan hati,berfikiran rasional ye dik...moga tiada musibah menimpamu...adik masih muda dan panjang lagi langkah di atas muka bumi ini..)


Agenda Yahudi..

Oleh kerana kesibukan aku di semester akhir ini, ruangan ku ini agak menyepi...
so malam ni oleh kerana aku agak tertekan dengan lambakan nota dan maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan kertas kerja yang dituntut oleh kursus yang aku ambik serta sedikit gangguan emosi dari rakan sebilik mematikan mood ku...

Aku ingin berkongsi maklumat ini untuk renungan kalian...so fikir-fikirkan lah...


SIAPA KUASAI LEBUHRAYA MAKLUMAT (UM 11/98) Oleh: Fudzail


Dalam kebanyakan negara-negara Asia mengalami kegawatan ekonomi, ada gelombang lain yang sedang membawa fenomena baru dan mengejutkan kepada pasaran saham di Amerika Syarikat. Dalam bulan April sahaja pelaburan ke dalam syarikat berasaskan enjin carian Internet meningkat 15 peratus ke hampir USD6.9 bilion.
Minat pelabur terhadap syarikat-syarikat seperti Yahoo!, Lycos, Excite dan Infoseek adalah diluar dugaan. Setiap kali mereka mengumumkan pemasaran baru atau jalinan perkongsian, mereka yang berada di Wall Street sama bersemangat.
Yahoo! terutamanya merupakan enjin carian (search engine) dan direktori Internet yang terbesar. Sejak Yahoo! melapurkan keuntungan diakhir Januari 1997, pelabur dan penganalisis terus menunjukkan minat yang tinggi. Walaupun mengalami kerugian dalam suku tahun lalu, para pelabur kelihatan terus berminat dengan prospek jangka panjang.
Syarikat direktori Internet sebegini tidak mempunyai kos penyelenggaraan yang tinggi. Kos infrastruktur seperti server, khidmat emel percuma, pengkalan data dan khidmat berita adalah rendah dengan margin keuntungan minima sebanyak 25 peratus. Model bisnes yang lebih kepada komputer dari manusia ini akan terus menguntungkan bila harga perkakasan turun bersama masa.
Yahoo! mencatat pertumbuhan trafik ke tapak webnya dari purata 115 juta hits sehari dalam bulan Jun. Sebelum ini ianya mencatat 95 juta hits sehari dalam bulan Mac. Pengguna yang mendaftar dengan Yahoo! sama meningkat ke 18 juta dari 12 juta dalam jangkamasa yang sama. Harga sahamnya juga terus mencatat kenaikan mendadak.
Sepuluh tapak web yang paling popular awal Julai ini menurut NetRatings, sebuah syarikat penyelidikan pengguna web adalah Yahoo!, AOL, Microsoft, MSN, GeoCities, Netscape, Excite, Tripod, Infoosek dan Disney. Menunjukkan tapak web direktori Internet terus menguasai senarai.
Dalam dunia Internet, direktori Internet atau enjin carian seperti Yahoo!, Excite, Netscape, Lycos dan Infoseek menjadi laluan pertama dalam melayari maklumat dunia siber. Melalui enjin carian ini maklumat yang dikehendaki boleh diperolehi secara rambang. Bermakna tidak perlu menghabiskan masa mencari kerana dengan menggunakan satu perkataan kekunci, enjin carian akan mendapatkan segala tapak web berkaitan dari komputer server dan memaparkannya di skrin pengguna.
Selain itu syarikat direktori juga memberi utiliti asas kepada aktiviti perdagangan elektronik sama ada berbentuk pengiklanan atau transaksi. Mereka akan berkembang lebih pesat bersama perdagangan elektronik yang sama berkembang begitu cepat.
Dalam minat pelabur yang semakin tinggi itu, berita pembelian ekuiti sebuah lagi syarikat direktori Internet, Infoseek oleh Walt Disney turut menarik perhatian dikalangan penganalisis. Ianya bukan yang pertama dan terakhir keranan minat yang ditunjukkan oleh syarikat-syarikat mega media untuk menguasai syarikat enjin carian membuka ruang baru dalam monopoli maklumat dan sumber pendapatan. Sesuatu yang menggambarkan hala utama Internet dalam waktu terdekat.
Ini adalah kerana enjin carian melalui direktori boleh menentu pilihan kepada pengguna untuk melayari tapak-tapak web dan dengan ini sekiranya ianya dikuasai, maka tuan punya boleh menapis dan menentukan tapak web atau maklumat mana untuk di ketengahkan. Bermakna kuasa dalam menentukan hala, isi dan corak maklumat pada pengguna Internet sedunia.
Perkembangan ini turut membuktikan kuasa maklumat terutama tiada yang lebih berkuasa dari mereka yang memanipulasikan maklumat. Media sebagai perantara maklumat, sama ada dalam bentuk cetak, elektronik mahupun Internet sudah terbukti dapat mempengaruhi banyak perkara dalam kehidupan manusia sedunia. Media massa membentuk imej dunia kepada kita dalam mempengaruhi arah pemikiran dari imej-imej yang disampaikan. Dengan peralihan dunia ke arah lebuhraya maklumat sebagai medium baru kehidupan, enjin carian merupakan sumber paling strategik untuk menguasai arah aliran maklumat. Seterusnya mempengaruhi khalayak Internet.
Bila semakin ramai pengguna Internet dan semakin banyak pergantungan pada lebuhraya maklumat sama ada untuk perdagangan, pendidikan, penyiaran, penyelidikan atau apa saja, enjin carian boleh menjadi alat terbaik dalam terus menguasai dan mempengaruhi masyarakat dunia seluruhnya diabad mendatang.
Fenomena begini dimana syarikat mega media tradisional melebarkan bisnes ke dunia Internet memang tidak mengejutkan. Jika dilihat dari kenaikan transaksi urusan dagang elektronik dan pengiklanan, syarikat media besar tidak lagi melihat Internet sesuatu yang diluar jangkauan kuasa mereka. Begitupun ianya lebih dari urusan untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Penguasaan media itu sendiri membawa penguasan dalam banyak bidang lain dalam kehidupan. Tidak dapat tidak, kita mesti melihat perkembangan ini dengan lebih berhati-hati terutama dengan wawasan kita untuk menguasai dunia siber melalui MSC.
Pengguna Internet yang sudah pula terbiasa dengan segala bentuk imej-imej dari Barat, terutama Hollywood semakin sukar juga untuk membezakan atara situasi bercorak fiksyen dan realiti sebenarnya. Seperti program hiburan atau berita TV, secara bawah sedar pemikiran kita melalui lebuhraya maklumat juga di manipulasi oleh dalang-dalang media. Pengawalan dalam membentuk pemikiran melalui media adalah hampir monolithic. Media seluruhnya dikawal oleh segelintir manusia yang menguasai televisyen, radio, akhbar, majalah, buku, filem dan kini Internet, bukan sekadar bergerak dalam satu suara, malah saling memperkukuhkan antara satu sama lain.
Disebalik beraneka paparan dalam medium berlainan, tiada pilihan untuk sumber fakta atau idea yang lebih baik bagi pengguna untuk mendapatkan maklumat alternatif. Kalau ada pun ianya sukar dan memerlukan masa, harga atau ruang yang lebih untuk mendapatkannya. Seperti kos penerbitan drama tempatan berbanding yang berbentuk sindiket antarabangsa.
Dengan itu pengguna dihidangkan dan dikuasai secara halus pandangan sehala terhadap dunia, walau pelbagai slogan seolah-olah melambangkan persamaan ras, moral, kemajmukan budaya dan masyarakat kosmopolitan. Istilah-istilah baru seperti globalisasi, liberalisasi dan dunia tanpa sempadan adalah dicipta oleh empunya media ini untuk mencapai matlamat mereka. Tekanan yang datang bersama istilah-istilah ini sudah membentuk aliran baru dalam pelbagai bidang dan dunia terpaksa mengubah cara hidup kearah matlamat yang dibentuk menjadi arus sejagat.
Dengan dunia seluruhnya mengarah kepada deregulasi dalam industri telekomunikasi misalnya, lebih banyak menghasilkan lebih banyak penggabungan dan tidak persaingan antara syarikat media.
Secara tidak langsung sama ada kita menonton TV, secara satelit atau kabel atau stesen tempatan, menonton filem sama ada di panggung atau rumah, mendengar radio atau muzik dari CD, membaca buku atau majalah atau akhbar, melayari pelbagai tapak web menggunakan enjin carian, adalah semakin pasti isi kandungannya dihasilkan, diedarkan dan dipunyai oleh salah satu syarikat-syarikat mega media ini.
Pembelian ekuiti Infoseek oleh Walt Disney selain pembelian Snap oleh NBC, misalnya turut menggambarkan trend yang menakutkan sewaktu kita menganjak ke arah lebuhraya maklumat sebagai nadi kehidupan.
Walt Disney yang memiliki jenama-jenama besar dalam media penyiaran seperti ABC, ABC News, ESPN (serta banyak lagi anak syarikat) dan tidak termasuk Disney sendiri, mengukuhkan penguasaannya dalam menyebarkan maklumat, hiburan dan berita melalui pembelian Infoseek.
Malah Yahoo! sebagai syarikat direktori bebas turut terkena kesan dari langkah Disney membeli Infoseek. Malah dijangkakan pendapatan Yahoo! kan berkurangan dan tidak dapat bersaing bila syarikat mega media terus menguasai maklumat. Dan boleh dijangkakan yang Yahoo! akan sama menjadi sebahagian dari fenomena ini.
Kesan lebih besar lagi ialah pada para pengguna Internet dan kebebasan bermaklumat dalam Internet. Syarikat mega media ini dikuasai oleh orang-orang tertentu yang sama ada kebetulan atau tidak adalah golongan Yahudi. Dengan itu kita sebagai penganut agama Islam juga kian di himpit oleh cengkaman mereka. Terutama buat generasi baru.
Walt Disney dipimpin oleh Michael Eisner, seorang Yahudi. Malah kesemua syarikat dibawah naungan Disney diterajui oleh Yahudi dan mereka menguasai begitu banyak stesen TV dan radio, syarikat pengeluar filem dan drama TV, taman tema Disney, produk konsumer seperti buku-buku, patung permainan dan pakaian tidak termasuk bidang telekomunikasi.
Sebuah lagi syarikat megamedia, Time Warner juga dikuasai oleh Yahudi sepenuhnya. Rangkaian HBO yang juga popular di Malaysia adalah salah satu anak syarikatnya. Selain Warner Music yang menjadi syarikat rekod terbesar dunia, Warner Brothers Studio aktif mengeluarkan filem-filem cereka dan penerbit majalah-majalah berpengaruh seperti Time, Sports Illustrated, People dan Fortune.
Senarai syarikat megamedia besar yang lain seperti CBS, Viacom, News Corporation, Sony Pictures Entertainment (memiliki Columbia dan TriStar Pictures), New World Entertainment, MCA dan Universal Pictures adalah semuanya sama ada dimiliki atau dikuasai pengurusannya oleh Yahudi. Malah syarikat media kecil tetapi berpengaruh seperti DreamWorks SKG (antara pemiliknya Steven Spielberg) dikuasai sepenuhnya oleh Yahudi.
Dengan penguasaan baru syarikat-syarikat mega media ini ke dalam Internet, maka dunia seluruhnya akan berada dalam cengkaman segolongan manusia sahaja dan mereka, sama ada kebetulan atau tidak berbangsa Yahudi. Menjurus pada kesinambungan konspirasi Zeonis.
Mungkin pada satu hari terdekat, bila kita melayari Internet dan mencari sesuatu dengan menggunakan perkataan kekunci "Islam" atau "Muslim", tapak web yang disenaraikan oleh enjin carian mungkin akan membawa kita kepada tapak-tapak web 'berselimut' Islam dengan fakta-fakta yang menggelirukan. Mungkin juga bila kita mahu tahu perkembangan berita dunia Islam, enjin carian ini akan membawa kita ke tapak-tapak web berita yang juga dikuasai oleh Yahudi sahaja. Selama ini pun kita mendapat berita melalui mereka dan pemberitaan melalui kaca mata mereka telah berhasil memanipulasikan maklumat secara bawah sedar.
Dengan peningkatan jumlah tapak web dan pengguna Internet begitu tinggi dari hari ke hari, tiada siapa mampu untuk menilai sama ada tapak-tapak web itu tulen dan boleh dipercayai kesahihan maklumat yang dipaparkan. Ini berbahaya kerana pergantungan pada maklumat Internet dan kekurangan ilmu boleh menyebabkan ramai yang tidak menyedari kepesongan maklumat sebagai sumber ilmu.
Bukan tiada tapak web Islam yang benar-benar tulin, tetapi bila enjin carian dan direktori Internet dimiliki oleh mereka yang anti-Islam, apa saja boleh berlaku kerana kuasa untuk memberi maklumat ditangan mereka. Apalagi keupayaan mereka untuk mempengaruhi manusia sejagat dalam media lain telah terbukti berkesan.
Bukan sekadar direktori Internet, malah content atau kandungan Internet sendiri mempunyai wajah, kerangka dan warna gagasan Yahudi dalam melebarkan penguasaan mereka terhadap dunia seluruhnya. Kita mesti sama 'berperang' di dunia siber dalam menentukan hala tuju maklumat yang mesti bebas dari naungan mereka.
Apakah perkara ini tidak dapat dikesan oleh orang-orang Islam terutama mereka yang mampu untuk menguasai dan memiliki syarikat-syarikat direktori Internet? Apakah usaha kita dalam tidak terus menjadi mangsa kepada penguasaan Yahudi bersama medium terkini ini? Apakah kita terus dibaham oleh ngauman Yahudi untuk generasi mendatang? Yang pasti sudah ada mazhab baru dalam Internet. Lantas kita boleh bertanya, siapakah yang bakal atau sedang menguasai lebuhraya maklumat?

Tuesday 30 June 2009

>>>Generasi Baru 2>>>>>>.

Alhamdulillah...syukur kehadrat Ilahi..
nak jadikan cerita aku yang sepatutnya balik hari Ahad lepas,telah membatalkan perancangan tersebut - ini kerana hajat keluarga kakak ipar nak memberikan daging kerbau aqiqah keesokannya..tapi pagi tersebut kakak ipar aku dah mengadu sakit2 walaupun katanya takder tanda2 nak bersalin...so dia n abang just bersiap untuk appoinment di klinik...sampai diklinik rupa2nya sah2 dia nak bersalin maka bergegas pulak ke Hospital Temerloh...aku dan mak ayah masa itu ada dirumah bergegas ler pulak gi hospital......begitulah ceritanya,

maka sempat ker menyambut kehadiran ahli keluarga baru pada 30hb Jun 2009 dalam pukul ~11am di Hospital Temerloh.


inilah cucu Hj Musa yang ke-22..anak abang yang ke-5..
baby girl,syukur ader ler sepasang,
belum ader nama lagi nie (berat ~3kg)


Tunggu kakak ipar sorang lagi ler pulak..katanya bulan 7 nie...

Thursday 25 June 2009

Masih Dalam bulan Rejab..

Syukur alhamdulillah hari ini bersamaan 2 Rejab 1430h..bermakna sudah nak masuk 2 hari kami cuba sempurnakan ibadat sunat ini...


Hari ini saya ada google tentang berpuasa sunat rejab & temui artikel oleh Arief Dani (Thu, 04 Aug 2005 10:02:42 -0700);

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda : "Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keridhaan yang besar dari ALLAH

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan disisi ALLAH .Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka jahanam.Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah SAW: "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as : "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Berkata Jibril as: "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:"Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?" Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan siksa ke atas mereka."Sabda Rasulullah SAW lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam saja di bulan Rajab niscaya mereka tidak akan disiksa dalam kubur." Tsauban bertanya: "Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari siksa kubur?" Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan.Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka."
KELEBIHAN BULAN RAJAB

Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rajab:

1.Hendaklah kamu memuliakan bulan Rajab, niscaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2.Bulan Rajab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3.Kemuliaan Rajab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4.Puasa sehari dalam bulan Rajab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5.Puasa 3 hari pada bulan Rajab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6.Puasa 7 hari pada bulan Rajab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7.Puasa 16 hari pada bulan Rajab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam
syurga.
8.Kelebihan bulan Rajab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran keatas semua kalam 9.Puasa sehari dalam bulan Rajab seumpama puasa empat puluh tahun dan iberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rajab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rajab, wajib bagi yang ber puasa diampunkan dosa-dosanya yang lalu.,Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.,Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11.Puasa pada awal Rajab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12.Siapa bersedekah dalam bulan Rajab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu derjat, dihapus seribu kejahatan "Dan barang siapa berpuasa pada tgl 27 Rajab/ Isra Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.""Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rajab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH "Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tgl 1, 2, dan 3 Rajab, maka ALLAH akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia, dan siksa akhirat.""Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, permintaannya akan dikabulkan." "Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga." "Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."Wa min Allah at-tawfiq bi hurmat al-Fatihah
wassalam, arief hamdani

Wednesday 24 June 2009

Juadah Satu Rejab 1430H

Alhamdulillah...Allah swt masih memberikan saya kesihatan dan keupayaan untuk beribadah puasa sunat hari ini..syukur.

Teringin sangat nak makan kuih tradisional.."Tepung bungkus"

teringat zaman kecil2, masa arwah Tok masih ada (al Fatihah),,mak masih sihat & tok rajin tolong mak buat kuih..kami adik beradik puas makan....

so kini giliran aku pulak belajar membuatnya & berbakti kepada mereka pulak...

Bahagia rasanye kalau dapat mencurahkan jasa kepada mereka...kalau dah berkahwin & berkeluarga sendiri tentu sibuk dengan urusan keluarga kita pulak..so mereka???

Aku kira tak ralat lah...alhamdulillah (bukan nak berlagak), cuma lepas belajar aku bekerja kilang & syukur setelah 4 tahun aku memperolehi pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan aku (walaupun kerja gomen serta bergaji kecil) aku sangat2 bersyukur...dapat jugak aku membantu mereka lebih kurang...cos dulu2 kami susah..
kini walaupun tak mewah dapat hidup dengan selesa dan tak mengharapkan belas ikhsan atau mengharapkan orang dah kira baik....

So sempena Puasa sunat Satu Rejab 1430H ni...aku nak tunjukkan resepi juadah untuk kami berbuka nanti...(lihat gambar...memang wat air liur cair punya..ooop batal posa nanti)

Caranya...korang nak tau....


  1. 1st bahan2 dia.
    2 biji kelapa (1 tua & 1 antaranya )
    kukur kelapa tua untuk santan
    sebiji lagi tue untuk intinya.
    1 beg plastik tepung pulut
    1 beg plastik tepung beras
    air untuk rebus dengan kelapa parut untuk inti
    gula melaka 3 biji
    gula merah
    gula pasir
    daun pisang yang telah dilayurkan
Cara menyediakan bahan a (inti)
  1. rebus kelapa parut dengan air sekejap.
  2. masukkan gula melaka,gula merah n gula pasir
  3. kacau sampai ianya kering.
cara menyediakan bahan b (lumpur)
  1. masukkan santan,bancuh tepung pulut terlebih dahulu dengan santan sebelum dididihkan agar tidak berketul2.masukkan garam secukup rasa
  2. jangan gunakan api kuat,dan sentiasa kacau adunan sehingga pekat.
cara menyediakan bahan c (isi)
  1. ambil tepung beras dan bancuh dengan air dan bentuk sperti doh.
Akhirnya penyediaan kesemua bahan...masukkan inti kedalam isi (bahan c), salutkan dengan bahan b (lumpur) diatas daun pisang dan bentukkan seperti kapal (macam lah)..Dan apa lagi kukuskan sehingga masak.....
Untuk menu nasi hari ini berlaukan gulai tempoyok...yumm...
tambah dengan ulam terung bakar

Syukur kepadaMu Ya Allah swt atas nikmat makan untuk hari ini..amin.

Tuesday 23 June 2009

Want 2 Try this..

I found new recipe (dalam papa&mama magazine)......
so simple & look so delicious you know..hehehe

KENTANG BAKAR
BAHAN2
2 biji kentang bersaiz besar
100 gm daging cincang
1 sudu makan pes tomato
20 gm bawang merah
20 gm bawang putih
Sedikit oregano
Sedikit campuran jagung & lobak
40 ml minyak zaitun

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah & putih hingga kekuningan
2. Masukkan daging cincang & pes tomato . gaul rata
3. Tambahkan sedikit air dan sedikit garam
4. Masukkan campuran jagung & lobak serta sedikit oregano
5. Bakar kentang yang telah dicuci bersih dalam ketuhar 180 C sehingga empuk
6. Kelar kentang & masukkan sos daging bolognaise, siap di hidang .

Mutiara kata :

Kita patut berterima kasih kepada orang yang berkata buruk kat kita, lagi baik bagi hadiah tau..cos telah bagi pahala dia kat kita & ambil dosa2 kita...ini dari petikan ustaz Fadzilah Kamsah..

dan lagi satu;

tak faedah kita menulis bukan2 dalam blog nie serupa ler seperti mengata dibelakang & aniaya orang...so adalah lebih baik kita bagi info yang berfaedah buat semua agar ianya boleh jadi ilmu yang bermanfaat..amin...

semoga Allah swt memberkati ilmu2 yang diperolehi.

Tuesday 16 June 2009

Kerana Sebiji Durian

Kisah benar...hari ini aku terima sms salah seorang anak buahku masa bekerja dulu..

Cerita yang amat sadis dan trajis....aku terpana sebentar mendengarnya dan tidak mempercayainya..Perkabaran peristiwa ini berlaku di Padang Piol...

Bagaimana seorang Pak Aji yang duduk di kawasan kampong yang hidup penuh rukun damai boleh tergamak melakukan kekejaman gara2 nafsu amarah...

kerana sebiji durian kanak2 berusia 5@6 tahun yang sedang nakal..tau2 jer lah budak2...yang masih berhingusan (gelaran ini barulah tepat..kalau dah gatal nak berkawin bukanlah berhingus namanya)...telah menjadi mangsa kemarahan Pak Aji nie...yakni tuan punya buah n poko durian tersebut..(kes amik n makan curi lah nie).

Oleh kerana tak pueh ati menengok adiknya yang masih kecik jadi mangsa maki hamun Pak Aji nie, si abang bertindak nak membela..namun lain pulak nasibnya..Pak Aji jadi hilang sabar dek bisikan syaitan dah menyelubungi diri bertindak menghayunkan parang membelah perut si abang..

kebetulan ayah budak2 tersebut pulak datang..turut menerima nasib yang sama seperti si anak..lehernya pula menjadi mngsa kedua parang Pak Aji yang telah hilang akal tue...

Kasihan sungguh nasib menimpa kelurga tersebut...nasiblah kanak2 tersebut yang dikhaborkan berpenyakit jantung tak mati terkejut...TRAUMA..

Nasib Pak Aji tersebut?????kita tengok jer surat khabar hari esoknyer...aku nie dapat cover story terkini....polis mungkin baru terima laporan...canggih sungguh teknologi sekarang..dari jauh pun dah tahu keadaan beritanya..

Mungkin kerana kemodenan n kecanggihan teknologi masa kini, manusia pun telah menjadi terlalu sempit pemikiran walaupun bergelar cendiakawan mahupun berstatuskan alim ulamak seperti Pak Aji tersebut...

Nafsu mampu menutup kecerdikan akal fikiran yang waras.....Nilai murni seorang insan menjadi benteng yang terlalu rapuh...sehingga tidak mampu bertahan akan godaan duniawi...



Berpegang teguhlah dengan IMAN...
Binalah peribadi mulia, Jaga SOLAT...

Mangga..varieti ??



Besarkan....tengok jer scale tue,
nie buah mangga yang ditanam abang di kawasan perumahannya.

Berbudi kepada tanah..inilah hasilnya..

Jangan dok wat domba jer..tak elok...hati jadi busuk..

so,cara ini elok dipraktikkan...

Bersihkan diri dengan berpeluhkan keringat.

badan jadi segar dan minda pun sama....betoi-betoi2
nie wat anda terliurnya..eeemmm..manis tau.

Monday 15 June 2009

Tuhan menguji umatnya : "Manusia Bertopeng Jin"

Alhamdulillah,dengan usia ku yang dah "MATANG' nie Allah swt masih memberikan
sinar kesedaran dan kesabaran bagiku yang agak 'kebluran' nie...
Mungkin sifat semulajadiku ini disalah ertikan,
hanya tuhan yang Maha mengetahui segalanya...

Mengerti dan sedar akan sikap dan sifat manusia yang bertopeng2 ini...
aku cuma boleh bermohon kepadaNya agar aku tidak menjadi amnusia yang memakan daging saudaranya sendiri (saudara seislam ;tidak mengira sedarah sedaging)..
Aku takut....tanpa aku sedarinya ya Tuhan....

Biarlah aku tidak mempunya teman,..dari aku mungkin bisa membuat onar dan melempar kata nista dibelakangnya...nauzubillah, Manusia yang berubah topeng Jin didepan manisnya,tetapi dibelakang temannya, mengerunkan...

Aku bukan insan sempurna,..kerana itu aku perlu sejukkan hatiku yang jugak tak tentu baran ini dengan beristifar...walaupun aku bukan lah solehah sangat..namun aku masih boleh BERFIKIR dengan waras dan dengan HATI...

Blog mungkin menjadi medan melepaskan perasaan yang berhati busuk dengan kata2 nista yang bukanlah penawar jiwa sebaliknya...hanya menunjukkan peribadi buruk seseorang itu sahaja...
Adakah kita mahu satu dunia tahu keaiban peribadi kita???? walaupun dengan menggunakan nama samaran bak kata pepatah sesiapa makan cili akan terasa pedihnya... dan mungkin ada yang boleh mengagaknyer...

Hiasilah diri dengan peribadi yang baik dan mulia...itulah cahaya penyeri diri,

Aku bukanlah ustazah atau orang yang solehah atau mahu mencari kesalahan orang lain ataupun mahu menunding kesalahan kepada orang lain...
Aku cuma mohon kita sesama insan tegur menegur dengan cara yang berhikmah agar bisa menjadi pedoman hidup....

Kekadang kita manusia mudah terlalai dan mudah luper..
Malah terlalu cepat berdendam....terlalu sukar untuk memberi kata kemaafan.


Di kesempatan ini, aku mengingatkan diriku jugak agar lebih berhati2 dalam pergaulan, tidak semua teman yang didampingi mudah menerima 'peel' kita dan ikhlas untuk bersahabat..
makanya, biarkan ; lepaskan seperti luncai dan labunya...

Hiasi Peribadi dengan Iman...

SesungguhNya,
Allah swt Maha Mengetahui & Memberi pembalasanNya Dunia/Akhirat..
















Saturday 6 June 2009

<<<<< Generasi Baru >>>>>

Aku agak malas kebelakangan nie..


Mood nak menulis entah hanyut kemana..nie pun digagahkan jugak mencari idea + isi masa aku yang sekarang teramatlah bosannyer...

Nak diceritakan..keluarga aku nie alhamdulillah,bilang tahun ader jer ahli baru....so tahun nie 2 kakak ipar aku pun menambah bilangan keluarga kami...

tengok gambor nie...
meriah tue....(dalam gambo Jihah tiada)
hitung2 lah kalu tahun nie + 2 org lagi...heheheehe








Rezeki Allah taala.


Sunday 24 May 2009

Mood bercuti....


Alkisah (1)


Planning nak belajar masak ler kononnyer....

Dalam sakit2 I teringin nak cube wat kuih tradisional...kuih suji...nasib mak bantu,

terima kasih mak.

resepinyer..kalau2 nak mencube dan juga untuk ingatan diriku gak..


1 kg tepung suji (boleh didapati di kedai India). kena goreng dulu nie.

1 biji kelapa untuk santan gula (ikut sesedap rasa ler)daun pandan (kisar untuk pati dier + dalam santan)

5 biji telur ...mula2nyer, santan dimasak bersama gula,


kemudian masuk telur yang telah dipukul hingga kembang. akhirnye baru masuk tepung suji setelah campuran santan dah masak.Kacau sampai pekat.Lihat ler hasilnyer...sedap tau....kalau nak tau kuih nie merupakan manisan yang terkenal bagi penduduk bandar diraja pekan.


Alkisah (2)

projek berikutnyer datang ilham dalam mimpi...hehehe..nak tau apa???Kek Batik...

so apa lagi I calling my sister for resepi ler...

Rumit gak kaedah sis I nie.

5 biji telur1 bungkus biskut merrie

1/4 air

3/4 mentega

2/4 susu pekat

1/4 serbuk koko

so after 2 day nyer,,,selepas balik dari kenduri saudara (pengantin perempuan,rupa2nyer I punyer kawan sekolah dulu2)...

teringat akan projek 2 hari lepas, kebetulan singgah supermarket untuk beli pampers Jihah, so I beli lah bahan2 untuk membuat kek batik...


Dalam kekecohan mencari sukatan 1/4, 3/4...hehhee..

abang + kakak ipar serta anak2nyer sampai...kakak ipar tergelak bile tahu aku nak wat kuih batik sampai bersukat2an ghitu...

Dier pun bagi tip paling mudah...tak payah pening2.nak tau...


untuk 1 bungkus biskut merrie, 1/2 susu pekat . Biskut di pecah2kan.nak sedap guna butter.masakkan susu dan butter, serbuk koko dan telur yang telah dipukul.Akhirnya masukkan biskut. Padam api, masukkan bancuhan yang dimasak kedalam acuan dan tekan sehingga padat dan sejukkan dan peti sejuk.













Lihat ler hasilnyer...sehingga menjilat jari..Iman paling suka, suka tengok anak2 buah makan dengan seleranya....

Thursday 14 May 2009

Wedding cup cake..


yum,yumm....nampak best jer cup cake tue..


menyelerakan....comel & sedap.
Kawin anak jiran..ni kat Perak umah pengantin pompuan...



Aduis..Sakitnya Pinggang...


Salam semua..



Dah lama aku tak ber'blogging' nie...almaklum line digi aku nie hampeh..iklan jer gah..makhluk kuning (maskot) masuk gua,hutan rimba pon boleh access..bohong semata2 jer...

Nie aku bengang tahap gaban tau...siap sound boyfren maki servis diaorang.hahaha..last2 bf aku lak kena sound...'awat dier pandai2 mengadu bagi pihak penama...cian lak..Tabiat pemarah aku nie memang susah nak control....sepatutnyer ..'al sabru minal iman'..kan


Melalut lak aku...sebenarnya time nie aku sedang bercuti semester di kampong...

tapi idak ler bersenang-senang...aku bukan orang senang nak dok goyang kaki kan...

dah nasib, aku nie tak lari dari sakit....moga2,sakit aku mampu meringankan beban dosa di dunia nie....yea lah,manusia mana bisa lari dari berbuat dosa...



Alkisahnyer..sakit aku nie,menyentap pada bahagian pinggang ...dah lama..cuma bile usia dah capai gear 3++ nie..(hehhehe cam kuasa kete lak...) baru ler kesakitan yang amat hebat dirasai...



Masa aku muda belia dulu aku nie cam biasa kena wat keje umah tolong mak aku...makanya dipendekkan cite.. aku tetiba masa aku angkat bakul kain yang erat (belum ader mesin basuh-rosak seingat aku ler) berkeletuk bunyi tulang belakang aku..sakitnyer masa tue..sampai terhempas bakul kain tue..aku cuber bertahan ler..alhamdulillah okay pas tue..



Tapi kisah lama tue,rupernya permulaan jer bagi sakit pinggang aku nie...tak tahan menanggung sakit...aku pergi berurut dengan tukang urut ,hebat orang tua nie..banyak rahsia dier tahu.....cam suis auto jer..sakit pinggang dah tak terasa..2 tahun berlalu..sampai ler sekarang nie..baru sakit semula...nak pergi berurut ngan orang tue dulu tapi tak sure dier ada lagi ker tak..dengar2 cite husband dier dah meninggal....



Senaman yang di rekomen oleh tukang urut tu adalah:


1. Duduk lunjurkan kaki, lepas itu capai tapak kaki dengan jari kalau x sampai buat lah setakat yang boleh, kalau selalu buat sure boleh..tp jangan di paksa bagi boleh kang sakit lain pulak.


2. Duduk, temukan tapak kaki, lepas itu tekan kedua-dua lutut dengan tapak tangan, tekan sehingga peha rapat ke lantai, kalau xboleh tekan lah perlahan-lahan, jika selalu di buat pasti boleh.


3. Duduk, lunjur kaki kanan, tumit kaki kiri sentuh pd alat sulit, tangan kanan cuba sentuh hujung ibu jari kaki kanan, tangan kiri sentuh lutut kiri apa bila selesai lunjurkan kaki kiri pula dan buat seperti di atas cuma berbeza posisi sahaja.


4. Berdiri, rapat kaki, tunduk tangan cuba mencecah lantai




Beberapa penyebab sakit pinggang (info dalam web):-



1..Keseleo otot (muscle strain)/ otot yang tertarik. Otot yang tertarik/teregang termasuk tendon dan ligamen atau sendi yang meradang dapat menyebabkan sakit pinggang



2..Osteoartritis. Adalah proses penuaan sendi biasanya pada usia di atas 60 tahun. Terjadi kerusakan tulang rawan yang melapisi permukaan dalam sendi ruas tulang belakang



3..Sciatica. Nyeri karena terjepitnya saraf atau meradang, dirasakan dibagian pinggang, dapat menjalar ke bokong/bagian belakang tungkai



4..Osteoporosis. Sekitar satu dari tiga wanita usia lebih dari 50 tahun merasakan sakit pinggang karena ada ruas tulang belakang yang keropos(osteoporosis) dengan fraktur-fraktur kecil di ruas tulang belakang, atau rapuh tergencet (compression fracture)



5..Fibromyalgia. Sakit pinggang karena kekakuan otot dan tendon



6..Ginjal. Sakit pinggang juga dapat disebabkan gangguan dari organ dalam, misalnya ginjal, antara lain pada penyakit infeksi baik akut maupun kronis,batu ginjal, bendungan pada ginjal dan sebagainya. Melalui pemeriksaan urinrutin di laboratorium biasanya diperoleh informasi penting tentang gangguan ginjal




Sakit pinggang sering berlaku kepada mereka yang pernah mengalami kecederaan di bahagian pinggang. Kadangkala ia disebabkan oleh postur badan yang tidak betul dan mengangkat berat sambil berbongkok. Sakit ini akan terasa lengoh di bahagian pinggang dan sakitnya terbawa ke arah pinggul dan kaki.



Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.



endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.


Takut ler..

Thursday 16 April 2009

Apa Hak kita ...



Ketahuilah apa yang patut anda tahu...sebagai seorang PENGGUNA.




Contoh, tengok buah nie nampok segar...


Tapi apa sekiranya setelah kita beli dan balik umah..buah nie semuanya busuk didalam..????

Kalau ini yang anda dapat, apa yang akan anda lakukan??
Takkan setakat nak maki hamun jer kan....


?????????????
Apa dia Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

Sebuah badan bebas diwujudkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 untuk mendengar tuntutan pengguna terhadap pembekal barangan atau perkhidmatan.

Objektif Tribunal,

Menyediakan saluran alternatif selain daripada Mahkamah bagi pengguna menuntut gantirugi secara mudah, murah dan cepat.

Bidang Kuasa Tribunal

Membicarakan tuntutan-tuntutan pengguna yang jumlahnya tidak melebihi RM10,000.

Siapa yang boleh membuat tuntutan

Mana-mana pengguna boleh membuat tuntutan di Tribunal ini. Di bawah Akta berkenaan, pengguna ditakrifkan sebagai seorang yang memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan bagi maksud kegunaan atau penggunaan diri, rumahtangga atau isi rumah.

Had masa membuat tuntutan

Akta telah memperuntukkan segala tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh masalah berbangkit.

Jenis-jenis Tuntutan yang boleh difailkan

Antaranya adalah seperti berikut :

  • Perlakuan mengelirukan berhubung dengan barang/perkhidmatan yang dibekalkan iaitu mengenai sifat,proses pengilangan serta ciri-ciri kesesuaian sesuatu barangan/perkhidmatan.
  • Representasi palsu/mengelirukan berhubung dengan barang/perkhidmatan yang dibekalkan.
  • Harga barang yang dibekalkan tidak selamat atau tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.
  • Barangan yang tidak diterima dalam masa yang dijanjikan walaupun pembayaran telah dibuat,

Peraturan Pemfailan

Pihak yang menuntut (PYM) perlu mengisi Borang 1 dalam 3 salinan, RM5.00 sebagai Fi pemfailan.

Selepas Borang 1 difailkan,PYM perlu menyerahkan sendiri satu salinan Borang 1 kepada pihak pembekal barangan atau perkhidmatan.

Pembekal boleh memfailkan pembelaan dalam Borang 2 (3 salinan) dan membayar RM5.00 Fi dalam masa 14 hari selepas Borang 1 diserah kepadanya.


Peraturan Pendengaran

Tribunal ini akan mengeluarkan notis pendengaran (Borang 4) yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran tuntutan kepada PYM dan penjual/pembekal sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pendengaran.

Semasa pendengaran, PYM dan pembekal tidak oleh diwakili peguam.

Kedua-dua pihak berkenaan berhak mengemukakan apa jua dokumen, rekod atau benda bagi menyokong tuntutan masing-masing.

Selesai proses pendengaran, Tribunal akan membuat perintah dan mengeluarkan Award.

Award ini hendaklah dipatuhi dalam tempoh 14 hari dari tarikh Award tersebut dikeluarkan.



Dalam apa jua kes tuntutan yang berasas, Tribunal akan mengeluarkan perintahnya samada memberi pampasan,mengganti atau membaiki semula barangan/perkhidmatan yang diperolehi.

Analisis SWOT

Satu lagi model yang diilhamkan oleh sarjana barat, Albert Humphred pada tahun 1960an & 1970an di Universiti Stanford, di mana data di ambil daripada 'Fortune 500 companies'

SWOT nie ader 4 tetingkap iaitu ;

1. 'S' (strengths)/kekuatan
2. 'W' (weaknesses)/kelemahan
3. 'O' (opportunities)/peluang
4. 'T' (threats)/ancaman



Tingkap Kekuatan nie untuk merupakan sumbangan dalaman yang memberi nilai tambah atau yang memberi minat saingan antara yang lain

Tingkap kelemahan merupakan masa untuk meneliti keadaan realiti, iaitu lebih realistik, memberi fokus kepada jurang keupayaan yang tidak membahayakan.

Tingkap peluang meninjau kepada analisa luaran yang menjadi faktor penarik yang memberi positif pasaran

Tingkap Ancaman juga merupakan analisa yang ditinjau daripada sudut luar yang mana mungkin memberi kesan diluar jangkaan seperti 'downsizing''price war'



'Six Thinking Hats' or 'de Bono Hats'


Konsep atau model topi ini idea si Edward de Bono...
apa motif dia wat simbol topi nie, Allahuaklam ler...
tapi konsep dier nie lebih kepada "The Meeting Focus"
maksudnyer semua orang yang terlibat ader peranan masing-2 ler.so takder ler yang just jadi passenger jer..
kalu ikutkan konsep nie..
maksudnya lebih kurang camnie:
"is a great process for managing meetings, you will get an equal voice for all participants and concensus on the action"
Dalam model topi nie, permulaan bagi proses meeting bermula dengan topi warna biru (Focus & control) iaitu perlu kepada tujuan meting, penerangan proses dan jangka masa...
kedua pula topi warna putih (objektif, fakta dan figures), topi ni milik aku ler masa wat projek charity itu ari...maknanyer person yang bertanggungjawab cari information and gathering data.Dan juga kena kaji trend, info yang kekurangan dan lain2 cadangan.
Ketiga pula milik topi merah (Emotion) iaitu lebih kepada menjaga perasaan dan respon.
Keempat tapi warna Hitam (negatif & merbahaya) iaitu memantau kemungkinan risiko, gangguan, kesan dan lain2 aktiviti yang berkemungkinan menghalang projek.
Kelimanya adalah milik topi kuning ( pertimbangan yg positif ) meitikberat hal berhubung faedah, peluang dan ganjaran. seterusnya adalah topi hijau iaitu bersifat kreatif & mencetuskan idea bagi perspektif baru, pertumbuhan/perkembangan, penstrukturan yang membina dan kebocoran yang mungkin memberi kesan kepada sumber maklumat.
kesudahannya adalah berbalik kepada topi biru iaitu fokus dan kawalan, iaitu bertindak selaku penutup dimana perlu mewujudkan kesimpulan projek/program, tindakan daripadanya dan keputusan yang telah dibuat..kejayaan sesebuah projek adalah berdasarkan fokus mesyuarat yang efektif dengan tanggungjawab bersama yang komited dan bersungguh mencapai matlamat program/projek.
"We Care"

Monday 13 April 2009

We Care & We share - Story of Titanic

Every night in my dreams,

I see you. I feel you.

That is how I know you go on.

Far across the distanceAnd spaces between us

You have come to show you go on.

Near, far, wherever you are

I believe that the heart does go on

Once more you open the door

And you're here in my heart

And my heart will go on and on

Love can touch us one time

And last for a lifetimeAnd never go 'til we're one

Love was when I loved you

One true time I hold to

In my life we'll always go on

Near, far, wherever you areI believe that the heart does go on

Once more you open the door

And you're here in my heart

And my heart will go on and on



You're here, there's nothing I fear,

And I know that my heart will go on

We'll stay forever this way

You are safe in my heart

And my heart will go on and on.



Jack: You must promise me...that...you won't give up. No matter what happens. Promise me now Rose.Rose: I promise.Jack: And never let go that promise.Rose: I'd never let go, Jack. I'll never let go...

Monday 6 April 2009

Demam oh demam...

Maaf yek, ini bukan ler Demam AF7..tak berbaloi demam dek sebabkan hiburan lagho tue...

Isu ini lagi serius...Bukan ler jugaknya Demam Final Exam..wakaupun pecah otak koi nie struggle ngan notes2..itu ujian kecil ajer sebenarnya..saje2 wat gempak...insyaalah kalu dah usaha leh pas nye...tawakkal jer n redha pas tue....so jawab dengan tenang 14,15,16 & 17 April nanti yek.

Berbalik kes tadi...ini tentang isu "Global Warming / Pemanasan Global"


Rujuk petikan ini...

Senator Puan GK Loga Chitra minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah jangka pendek dan panjang untuk menangani isu pemanasan global dan perubahan iklim di Malaysia

Jawapan

Tuan Yang Dipertua, Terlebih dahulu izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan lisan yang dikemukakan Senator Dato’ Wong Siong Wee pada 13 Disember 2007 dan Senator Che Puan Sri Kelana D’raja Datin (DR) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya pada 17 Disember 2007 kerana ketiga-tiga soalan berkenaan hampir sama iaitu langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam menangani masalah pemanasan global dan perubahan iklim.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun pada masa sekarang
tiada satu dasar khusus diwujudkan untuk menangani isu perubahan iklim yang
membawa kepada pemanasan global (global warming), namun terdapat pelbagai dasar lain yang juga secara tidak langsung mempunyai kaitan di dalam menangani isu perubahan ikilim. Sebagai contoh,

1. Dasar Kepelbagaian
Bahan Api Kelima (Fifth Fuel Diversification Policy) (dengan izin) iaitu dasar
yang bertujuan untuk mengurangkan penggantungan kepada minyak dan arang batu dan

2. Dasar Perhutanan Negara di mana hutan diuruskan secara
lestari untuk menyerap gas-gas karbon dioksida. Bagi menangani isu trend perubahan iklim yang membawa kepada pemanasan global, Kerajaan telah memulakan langkah awal dengan menjalankan inventori gas-gas rumah hijau dalam tahun 2000 (iaitu gas-gas yang bertanggungjawab ke atas pemanasan global) untuk mengenal pasti punca-punca utama yang melepaskan gas-gas rumah hijau di negara ini. Dengan adanya inventori tersebut, Kementerian yakin strategi dan program yang efektif dapat dirangka bagi menangani isu perubahan iklim di Negara ini. Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah membuat persediaan dan menggariskan tindakan bagi menangani perubahan iklim dan impaknya melalui dua pendekatan iaitu :-
1) Pendekatan Mitigasi Pendekatan mitigasi adalah langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan metana.
2) Pendekatan Adaptasi Pendekatan adaptasi ialah langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan kesan perubahan iklim kepada manusia dan alam sekitar. Melalui pendekatan mitigasi, selain Kementerian ini, langkah-langkah turut diambil oleh agensi Kerajaan yang lain memandangkan isu perubahan iklim merupakan isu merentas sektor. Langkah-langkah mitigasi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke 9 dan juga dalam program-program yang berkaitan adalah seperti berikut:- i. meningkatkan bekalan dan penggunaan bahan api alternatif seperti tenaga yang boleh diperbaharu (RE- renewable energy) (dengan izin);
3) sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini akan menyumbang 350 Megawatt daripada jumlah kesemua bekalan tenaga pada tahun 2010; iii. projek RE yang menggunakan sisa pepejal akan digalakkan;
4) menggalakkan kecekapan penggunaan tenaga (energy efficiency) di sektor perindustrian, bangunan-bangunan dan juga sektor pengangkutan;
5) membekalkan sejumlah 55,000 unit rumah dengan tenaga elektrik menggunakan teknologi seperti sistem hibrid suria dan hidromikro;
6) Kemudahan Clean Development Mechanism (CDM) (dengan izin) di bawah Protokol Kyoto akan digunakan untuk memberi sokongan kepada pelaksanaan Program Pembangunan Jana kuasa Kecil Tenaga Boleh Diperbaharu atau SREP (Small Renewable Energy Programme) (dengan izin); dan
7) melindungi kawasan hutan melalui pengurusan hutan secara lestari bagi memastikan kawasan hutan ini terus kekal menjadi penyerap atau sink kepada gas rumah hijau iaitu karbon dioksida;

Langkah-langkah adaptasi yang dijalankan khusus untuk mengurangkan kesan perubahan iklim kepada manusia dan alam sekitar pula meliputi perkara-perkara berikut:-

i. menjalankan kajian Coastal Vulnerability Index (CVI) (dengan izin) yang
boleh menjadi asas ketika mengambil langkah-langkah bagi menangani kesan
kenaikan paras air laut kepada kawasan pesisiran pantai;

ii. menjalankan program mengukuhkan pesisiran pantai termasuk menanam pokok-pokok bakau sebagai usaha menangani kesan kenaikan paras air laut dan pukulan ombak;

iii. melaksanakan program kawalan banjir seperti Projek Stormwater Management And Road Tunnel (SMART);

iv. menjalankan kajian mengenal pasti kaitan di antara kesan perubahan iklim dengan kejadian penyakit yang dibawa oleh vektor; dan

v. membangunkan pengurusan zon pesisiran pantai bersepadu (Integrated Coastal Zone Management) Di samping usaha-usaha spesifik tersebut, Kementerian juga sering mengadakan kempen kesedaran awam sama ada secara sendirian ataupun bekerjasama dengan pelbagai badan bukan kerajaan bagi menyedarkan orang awam dan juga para pelajar tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau. Sebagai contohnya, NRE telah menganjurkan satu Persidangan Serantau mengenai Perubahan Iklim pada 29 dan 30 Oktober 2007 yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu perubahan iklim. Seramai 700 orang telah dijemput hadir termasuk Ahli-ahli yang Berhormat dan Kerajaan-Kerajaan Negeri.




Saturday 4 April 2009

Manisnya bile....


3 april 2009 (Jumaat), Di Rumah Darul Izzah - penyerahan sumbangan program amal.


Sukar nak digambar dengan kata-kata akan perasaan ini...setelah berpenat lelah menganjurkan program amal "Jom Cuci Kereta" akhirnya hasilnya terbalas jua...


Kami teramat bersyukur...terima kasih semua.


Hasil penyerahan ini adalah diluar jangkaan kami.......RM3288.00 secara sah masuk kedalam tabung pembelian bas rumah anak yatim Darul' Izzah....


Di harapkan sumbangan kami yang tidak seberapa ini mampu mengembirakan insan2 yang mmemerlukan..


semoga kalian membesar menjadi insan yang berguna untuk agama,bangsa dan negara....


Ketahuilah...betapa manisnya perasaan berbuat kebajikan ini......

PM Malaysia ke-6


Salam,




3 April 2009, menyaksikan peristiwa bersejarah penyerahan kuasa mantan PM Pak Lah kepada Dato Sri Najib Tun Razak.
ketahuilah..Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 adalah anak jati Pahang..

Bangga jadi anak Pahang...



Walaupun dilanda dengan spekulasi oleh pelbagai skandal negatif, Dato sri tetap teguh....

Harap dapat memakmurkan rakyat jelata dan negara dibawah landasan syariat Islam....


Dengan harapan menggunung ,"Jangan pinggirkan rakyat di negeri sendiri yang telah lama terpinggir dek kerakusan pendatang (bangsa kemboja/indon)"
Tahniah,
Dari
Anak jati Pekan,Pahang




Tuesday 31 March 2009

Stress???

Stress...is part of our psychological react toward emotion...
Arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrgh.....what contribute to this situation of emotion.????

"sendiri mau ingat la..."

Involved many factors...sometime/almost la.. we can't think rationale...

Stress....stress...




Thursday 26 March 2009

Crisis Group Presentation

Alhamdulillah... my group done well in our presentation, after change our topic from milk school prgram contaminated to avian flu (bird flu) crisis in Malaysia. But nak jadikan cerita aderlah some student yang rase teramat bagus give critic that our topic was not a crisis...(sebelum2 nie dia lantang complaint others like group en Idris) cos she was a 1st presenter Dr banyak give comment, she not satisfied la....so mula la hentam orang lain. Last2 dia malu sendiri cos my group well defence & Dr back-up ,thanks Doc...

I thinks she the one that not understand the meaning of "crisis"...please ar...
even though thanks for asking, cos can improve my/our skill in answering...





Tuesday 24 March 2009

Study Mode.....

Huhuhuu.......Study beb..
Need to be prepare for my final exam for this semester...hope i still can maintain gred 4.0.
Must struggle for this time...4 subject 'tu',hard & very tough lah...Motivate yourself & think positively...Assignment just left 2 subject that not finish yet....back up from my group...where are you guy's....teams work,sometime easier but other time hard to cooperate...psychology methods kena pakai nie.....warrrrrrrrrrrr.stress la.

Pemergian Orang Tersayang...

23 Mac 2009, 6.05am (Isnin), bersamaan 26 Rabiul awal 1430H.
....Aku mendapat berita sedih daripada Din. "Aki telah meninggal", begitulah message yang ku terima sebaik azan subuh berkumandang. Walaupun ku tahu sudah seminggu lebih Aki menderita sakit akibat kemalangan jalanraya, akibat dilanggar pemandu cuai ketika Aki mahu pergi ke surau dengan motosikalnya. Memang tak sepatut aku menyalahkan pemandu tersebut atas sebab pemergiannya.
Aku sedar sememangnya..ajal maut adalah ketentuanNya. Tak guna menangisi pemergiannya...seafdalnya aku iringilah pemergiannya dengan bacaan ayat-ayat suci alQuran dan doa buatnya. Tentu ketika ini Din & keluarganya lebih terasa berbanding aku yang bukanlah apa-apa hubungan dengan Aki, cuma sempat bermesra tika aku berkunjung sekali sekala, itu pun semasa Hari Raya tahun lepas.......
"Keadaan Aki dh begi2 kritikal so utk sedar semla cukuptipis...cmnerpn dia tahu Din amat sygkn Da n kalu ada pn pkara utk dkesalkan x sempat lihat kita kahwin sebgi pengesahan Da jd sebhgian keluarga ini...mmg sedih cos mmg hajat Aki,nenek n tokwok beria utk tengok Din kawin sblm mereka menutup mata..Din cube utk bertenang skrang wlupn dlm hati tiada siapa pn tahu cos rasanya xde siapa pn xnak sempurnakan hajat org yg dsyg n hormati."
'message' yg sangat menyentuh hatiku...pada malam tersebut sebelum aki menghembuskan nafas,saat kau menjaganya...

Harapnya usah dikesali apa yang berlaku....kita tidak mampu melawan takdirNya......ketahuilah Beliau Maha Mengetahui & Maha Penyayang,tentu ada rahmat disebaliknya...Doakan yang terbaik untuk itu.

Al-fatihah & bacaan surah Yaasin ku sedekahkan buat allahyarhum Aki....semoga roh Aki ditempatkan dikalangan hambaNya yang soleh.Amin...

Wednesday 18 March 2009

We Care & We Share.


Congratulation teams...after all the trouble and tired day we face,our program successful done, thanks to all supporter,especially to Youth & Sport Office at Puchong, En Zaini, student Sek.Men. Sultan Alam Shah, Darul Izzah orphan's.Prof.Dr Musa thanks to come...All media coverage who publish our event, give some positive influence to us and all. Shown we care and we share our quality life with others who needed.

Saturday 28 February 2009

Jom Cuci Kereta Amal"

Salam sejahtera...

"Show We Care & We Share"
Sokongan anda mampu mengubah kesukaran dan keperitan orang lain...

Datanglah beramai-ramai...

Strenghts of SEC

  • Advocates a partcipatory approach
  • It is need-based & demand-driven
  • Uses strategic planning & integrated system approach
  • Uonsiders the human & behavioral dimension
  • Has a problem-solving orientation
  • Employs a cost-effective multimedia approach
  • provides specific etension support materials & training
  • Has built-in process documentation & evaluation procedures
  • Applicable to many extension & social mobilization programs
************************************************************agricultural development

Sunday 22 February 2009

Sandiwara Duniawi...

Aku resah dan kecewa...
Bukan hidupku sahaja yang perlu digusarkan..
aku perlu hidup untuk orang lain...
orang2 yang aku sayang dan ambil berat..
kerana orang2 ini juga sayang dan ambil berat pasalku...

....................................Realiti hidup ini......................................

Rencah pelbagai rasa....
tawar,pedas,masam mahupun manis....


aku akan perjelaskan lagi nanti.

...................................................................continue,

....NOTA HATI....