Thursday 16 April 2009

Apa Hak kita ...



Ketahuilah apa yang patut anda tahu...sebagai seorang PENGGUNA.




Contoh, tengok buah nie nampok segar...


Tapi apa sekiranya setelah kita beli dan balik umah..buah nie semuanya busuk didalam..????

Kalau ini yang anda dapat, apa yang akan anda lakukan??
Takkan setakat nak maki hamun jer kan....


?????????????
Apa dia Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

Sebuah badan bebas diwujudkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 untuk mendengar tuntutan pengguna terhadap pembekal barangan atau perkhidmatan.

Objektif Tribunal,

Menyediakan saluran alternatif selain daripada Mahkamah bagi pengguna menuntut gantirugi secara mudah, murah dan cepat.

Bidang Kuasa Tribunal

Membicarakan tuntutan-tuntutan pengguna yang jumlahnya tidak melebihi RM10,000.

Siapa yang boleh membuat tuntutan

Mana-mana pengguna boleh membuat tuntutan di Tribunal ini. Di bawah Akta berkenaan, pengguna ditakrifkan sebagai seorang yang memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan bagi maksud kegunaan atau penggunaan diri, rumahtangga atau isi rumah.

Had masa membuat tuntutan

Akta telah memperuntukkan segala tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh masalah berbangkit.

Jenis-jenis Tuntutan yang boleh difailkan

Antaranya adalah seperti berikut :

  • Perlakuan mengelirukan berhubung dengan barang/perkhidmatan yang dibekalkan iaitu mengenai sifat,proses pengilangan serta ciri-ciri kesesuaian sesuatu barangan/perkhidmatan.
  • Representasi palsu/mengelirukan berhubung dengan barang/perkhidmatan yang dibekalkan.
  • Harga barang yang dibekalkan tidak selamat atau tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.
  • Barangan yang tidak diterima dalam masa yang dijanjikan walaupun pembayaran telah dibuat,

Peraturan Pemfailan

Pihak yang menuntut (PYM) perlu mengisi Borang 1 dalam 3 salinan, RM5.00 sebagai Fi pemfailan.

Selepas Borang 1 difailkan,PYM perlu menyerahkan sendiri satu salinan Borang 1 kepada pihak pembekal barangan atau perkhidmatan.

Pembekal boleh memfailkan pembelaan dalam Borang 2 (3 salinan) dan membayar RM5.00 Fi dalam masa 14 hari selepas Borang 1 diserah kepadanya.


Peraturan Pendengaran

Tribunal ini akan mengeluarkan notis pendengaran (Borang 4) yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran tuntutan kepada PYM dan penjual/pembekal sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pendengaran.

Semasa pendengaran, PYM dan pembekal tidak oleh diwakili peguam.

Kedua-dua pihak berkenaan berhak mengemukakan apa jua dokumen, rekod atau benda bagi menyokong tuntutan masing-masing.

Selesai proses pendengaran, Tribunal akan membuat perintah dan mengeluarkan Award.

Award ini hendaklah dipatuhi dalam tempoh 14 hari dari tarikh Award tersebut dikeluarkan.



Dalam apa jua kes tuntutan yang berasas, Tribunal akan mengeluarkan perintahnya samada memberi pampasan,mengganti atau membaiki semula barangan/perkhidmatan yang diperolehi.

Analisis SWOT

Satu lagi model yang diilhamkan oleh sarjana barat, Albert Humphred pada tahun 1960an & 1970an di Universiti Stanford, di mana data di ambil daripada 'Fortune 500 companies'

SWOT nie ader 4 tetingkap iaitu ;

1. 'S' (strengths)/kekuatan
2. 'W' (weaknesses)/kelemahan
3. 'O' (opportunities)/peluang
4. 'T' (threats)/ancaman



Tingkap Kekuatan nie untuk merupakan sumbangan dalaman yang memberi nilai tambah atau yang memberi minat saingan antara yang lain

Tingkap kelemahan merupakan masa untuk meneliti keadaan realiti, iaitu lebih realistik, memberi fokus kepada jurang keupayaan yang tidak membahayakan.

Tingkap peluang meninjau kepada analisa luaran yang menjadi faktor penarik yang memberi positif pasaran

Tingkap Ancaman juga merupakan analisa yang ditinjau daripada sudut luar yang mana mungkin memberi kesan diluar jangkaan seperti 'downsizing''price war'



'Six Thinking Hats' or 'de Bono Hats'


Konsep atau model topi ini idea si Edward de Bono...
apa motif dia wat simbol topi nie, Allahuaklam ler...
tapi konsep dier nie lebih kepada "The Meeting Focus"
maksudnyer semua orang yang terlibat ader peranan masing-2 ler.so takder ler yang just jadi passenger jer..
kalu ikutkan konsep nie..
maksudnya lebih kurang camnie:
"is a great process for managing meetings, you will get an equal voice for all participants and concensus on the action"
Dalam model topi nie, permulaan bagi proses meeting bermula dengan topi warna biru (Focus & control) iaitu perlu kepada tujuan meting, penerangan proses dan jangka masa...
kedua pula topi warna putih (objektif, fakta dan figures), topi ni milik aku ler masa wat projek charity itu ari...maknanyer person yang bertanggungjawab cari information and gathering data.Dan juga kena kaji trend, info yang kekurangan dan lain2 cadangan.
Ketiga pula milik topi merah (Emotion) iaitu lebih kepada menjaga perasaan dan respon.
Keempat tapi warna Hitam (negatif & merbahaya) iaitu memantau kemungkinan risiko, gangguan, kesan dan lain2 aktiviti yang berkemungkinan menghalang projek.
Kelimanya adalah milik topi kuning ( pertimbangan yg positif ) meitikberat hal berhubung faedah, peluang dan ganjaran. seterusnya adalah topi hijau iaitu bersifat kreatif & mencetuskan idea bagi perspektif baru, pertumbuhan/perkembangan, penstrukturan yang membina dan kebocoran yang mungkin memberi kesan kepada sumber maklumat.
kesudahannya adalah berbalik kepada topi biru iaitu fokus dan kawalan, iaitu bertindak selaku penutup dimana perlu mewujudkan kesimpulan projek/program, tindakan daripadanya dan keputusan yang telah dibuat..kejayaan sesebuah projek adalah berdasarkan fokus mesyuarat yang efektif dengan tanggungjawab bersama yang komited dan bersungguh mencapai matlamat program/projek.
"We Care"

Monday 13 April 2009

We Care & We share - Story of Titanic

Every night in my dreams,

I see you. I feel you.

That is how I know you go on.

Far across the distanceAnd spaces between us

You have come to show you go on.

Near, far, wherever you are

I believe that the heart does go on

Once more you open the door

And you're here in my heart

And my heart will go on and on

Love can touch us one time

And last for a lifetimeAnd never go 'til we're one

Love was when I loved you

One true time I hold to

In my life we'll always go on

Near, far, wherever you areI believe that the heart does go on

Once more you open the door

And you're here in my heart

And my heart will go on and on



You're here, there's nothing I fear,

And I know that my heart will go on

We'll stay forever this way

You are safe in my heart

And my heart will go on and on.



Jack: You must promise me...that...you won't give up. No matter what happens. Promise me now Rose.Rose: I promise.Jack: And never let go that promise.Rose: I'd never let go, Jack. I'll never let go...

Monday 6 April 2009

Demam oh demam...

Maaf yek, ini bukan ler Demam AF7..tak berbaloi demam dek sebabkan hiburan lagho tue...

Isu ini lagi serius...Bukan ler jugaknya Demam Final Exam..wakaupun pecah otak koi nie struggle ngan notes2..itu ujian kecil ajer sebenarnya..saje2 wat gempak...insyaalah kalu dah usaha leh pas nye...tawakkal jer n redha pas tue....so jawab dengan tenang 14,15,16 & 17 April nanti yek.

Berbalik kes tadi...ini tentang isu "Global Warming / Pemanasan Global"


Rujuk petikan ini...

Senator Puan GK Loga Chitra minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah jangka pendek dan panjang untuk menangani isu pemanasan global dan perubahan iklim di Malaysia

Jawapan

Tuan Yang Dipertua, Terlebih dahulu izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan lisan yang dikemukakan Senator Dato’ Wong Siong Wee pada 13 Disember 2007 dan Senator Che Puan Sri Kelana D’raja Datin (DR) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya pada 17 Disember 2007 kerana ketiga-tiga soalan berkenaan hampir sama iaitu langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam menangani masalah pemanasan global dan perubahan iklim.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun pada masa sekarang
tiada satu dasar khusus diwujudkan untuk menangani isu perubahan iklim yang
membawa kepada pemanasan global (global warming), namun terdapat pelbagai dasar lain yang juga secara tidak langsung mempunyai kaitan di dalam menangani isu perubahan ikilim. Sebagai contoh,

1. Dasar Kepelbagaian
Bahan Api Kelima (Fifth Fuel Diversification Policy) (dengan izin) iaitu dasar
yang bertujuan untuk mengurangkan penggantungan kepada minyak dan arang batu dan

2. Dasar Perhutanan Negara di mana hutan diuruskan secara
lestari untuk menyerap gas-gas karbon dioksida. Bagi menangani isu trend perubahan iklim yang membawa kepada pemanasan global, Kerajaan telah memulakan langkah awal dengan menjalankan inventori gas-gas rumah hijau dalam tahun 2000 (iaitu gas-gas yang bertanggungjawab ke atas pemanasan global) untuk mengenal pasti punca-punca utama yang melepaskan gas-gas rumah hijau di negara ini. Dengan adanya inventori tersebut, Kementerian yakin strategi dan program yang efektif dapat dirangka bagi menangani isu perubahan iklim di Negara ini. Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah membuat persediaan dan menggariskan tindakan bagi menangani perubahan iklim dan impaknya melalui dua pendekatan iaitu :-
1) Pendekatan Mitigasi Pendekatan mitigasi adalah langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan metana.
2) Pendekatan Adaptasi Pendekatan adaptasi ialah langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan kesan perubahan iklim kepada manusia dan alam sekitar. Melalui pendekatan mitigasi, selain Kementerian ini, langkah-langkah turut diambil oleh agensi Kerajaan yang lain memandangkan isu perubahan iklim merupakan isu merentas sektor. Langkah-langkah mitigasi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke 9 dan juga dalam program-program yang berkaitan adalah seperti berikut:- i. meningkatkan bekalan dan penggunaan bahan api alternatif seperti tenaga yang boleh diperbaharu (RE- renewable energy) (dengan izin);
3) sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini akan menyumbang 350 Megawatt daripada jumlah kesemua bekalan tenaga pada tahun 2010; iii. projek RE yang menggunakan sisa pepejal akan digalakkan;
4) menggalakkan kecekapan penggunaan tenaga (energy efficiency) di sektor perindustrian, bangunan-bangunan dan juga sektor pengangkutan;
5) membekalkan sejumlah 55,000 unit rumah dengan tenaga elektrik menggunakan teknologi seperti sistem hibrid suria dan hidromikro;
6) Kemudahan Clean Development Mechanism (CDM) (dengan izin) di bawah Protokol Kyoto akan digunakan untuk memberi sokongan kepada pelaksanaan Program Pembangunan Jana kuasa Kecil Tenaga Boleh Diperbaharu atau SREP (Small Renewable Energy Programme) (dengan izin); dan
7) melindungi kawasan hutan melalui pengurusan hutan secara lestari bagi memastikan kawasan hutan ini terus kekal menjadi penyerap atau sink kepada gas rumah hijau iaitu karbon dioksida;

Langkah-langkah adaptasi yang dijalankan khusus untuk mengurangkan kesan perubahan iklim kepada manusia dan alam sekitar pula meliputi perkara-perkara berikut:-

i. menjalankan kajian Coastal Vulnerability Index (CVI) (dengan izin) yang
boleh menjadi asas ketika mengambil langkah-langkah bagi menangani kesan
kenaikan paras air laut kepada kawasan pesisiran pantai;

ii. menjalankan program mengukuhkan pesisiran pantai termasuk menanam pokok-pokok bakau sebagai usaha menangani kesan kenaikan paras air laut dan pukulan ombak;

iii. melaksanakan program kawalan banjir seperti Projek Stormwater Management And Road Tunnel (SMART);

iv. menjalankan kajian mengenal pasti kaitan di antara kesan perubahan iklim dengan kejadian penyakit yang dibawa oleh vektor; dan

v. membangunkan pengurusan zon pesisiran pantai bersepadu (Integrated Coastal Zone Management) Di samping usaha-usaha spesifik tersebut, Kementerian juga sering mengadakan kempen kesedaran awam sama ada secara sendirian ataupun bekerjasama dengan pelbagai badan bukan kerajaan bagi menyedarkan orang awam dan juga para pelajar tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau. Sebagai contohnya, NRE telah menganjurkan satu Persidangan Serantau mengenai Perubahan Iklim pada 29 dan 30 Oktober 2007 yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu perubahan iklim. Seramai 700 orang telah dijemput hadir termasuk Ahli-ahli yang Berhormat dan Kerajaan-Kerajaan Negeri.




Saturday 4 April 2009

Manisnya bile....


3 april 2009 (Jumaat), Di Rumah Darul Izzah - penyerahan sumbangan program amal.


Sukar nak digambar dengan kata-kata akan perasaan ini...setelah berpenat lelah menganjurkan program amal "Jom Cuci Kereta" akhirnya hasilnya terbalas jua...


Kami teramat bersyukur...terima kasih semua.


Hasil penyerahan ini adalah diluar jangkaan kami.......RM3288.00 secara sah masuk kedalam tabung pembelian bas rumah anak yatim Darul' Izzah....


Di harapkan sumbangan kami yang tidak seberapa ini mampu mengembirakan insan2 yang mmemerlukan..


semoga kalian membesar menjadi insan yang berguna untuk agama,bangsa dan negara....


Ketahuilah...betapa manisnya perasaan berbuat kebajikan ini......

PM Malaysia ke-6


Salam,




3 April 2009, menyaksikan peristiwa bersejarah penyerahan kuasa mantan PM Pak Lah kepada Dato Sri Najib Tun Razak.
ketahuilah..Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 adalah anak jati Pahang..

Bangga jadi anak Pahang...



Walaupun dilanda dengan spekulasi oleh pelbagai skandal negatif, Dato sri tetap teguh....

Harap dapat memakmurkan rakyat jelata dan negara dibawah landasan syariat Islam....


Dengan harapan menggunung ,"Jangan pinggirkan rakyat di negeri sendiri yang telah lama terpinggir dek kerakusan pendatang (bangsa kemboja/indon)"
Tahniah,
Dari
Anak jati Pekan,Pahang




....NOTA HATI....