Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Monday, 12 December 2011

Amazon.com online, for 1st time user..

Finding books or other that doesn't have in our country...so make your life easy by using Amazon.com

for 1st time,not so sure about it's safety or it secure..if we give our credit card info..but there using secure code to access...so tawakkal our cards is in good condition...

go through here okay
 & choose any fav stuff your desire....$$$$$$$
make sure change our password regularly to protect it from been "hijacked" okay..

hope my book will arrived save to me by 22 disember 2011 or 5 Jan 2012...


"Making Babies".....a books that i really want to have





Tuesday, 18 October 2011

"Father Forgets" by W.Livingston Larned

Translate to Malay language:



"Dengarlah, Anankku! Aku mengatakan hal ini ketika kamu terbaring tidur. Di pipimu ada bekas cakaran kecil dan di dahimu yang lebar terdapat rambut kerintingmu yang basah.

Secara diam-diam aku memasuki bilikmu. Beberapa ketika sebelum itu, sewaktu aku membaca suratkhabar di bilik bacaan, tiba-tiba aku didatangi oleh rasa kesal yang amat sangat. Dengan perasaan bersalah itu, aku mendekati katilmu.

Dalam diri aku berkecamuk fikiran: aku bertindak kasar terhadapmu,Anakku. Aku membentakmu sewaktu kamu memakai pakaian untuk pergi ke sekolah kerana kamu hanya mencuci muka sahaja. Aku mnghukum kamu kerana tidak membersihkan kasutmu. Aku marah-marah sewaktu kamu menyelerakkan barang-barangmu di atas lantai.

Pada waktu sarapan aku juga menemui kesalahanmu. Kamu selerakkan barang-barang. Kamu tumpahkan makananmu. Kamu letakkan dagumu di meja. Keju yang kamu sapukan pada roti terlalu tebal. Dan sewaktu kamu pergi bermain dan aku mahu pergi bekerja menaiki keretapi, kamu berpusing melambai-lambaikan tangan dan berteriak,"Selamat jalan Ayah!" Dahiku berkerut,lalu menjawab,"Pusingkan bahu kamu!".

Pada waktu petang berulang lagi perkara seperti itu. Sewaktu aku sampai di jalan, aku melihat kamu sedang bermain guli sambil berlutut. Sarung kakimu berlubang-lubang. Aku memarahimu di hadapan teman-temanmu dan menyuruhmu berjalan pulang di hadapan aku.

Sarung kaki itu mahak - dan sekiranya kamu membelinya dengan wangmu sendiri,kamu tentu akan lebih berhati-hati! Anakku, ingatlah bahawa kata-kata ini adalah daripada seorang ayah!

Ingatlah kamu, waktu aku membaca di bilik bacaan, kamu datang dengan ketakutan dan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan? Waktu itu aku sibuk membaca, kamu ragu-ragu berada di pintu. "Apa yang kamu mahu?" sergah aku.

Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari ke arahku dan merangkul kuat-kuat lalu mencium aku. Tangan mungilmu merengkuh dengan kelembutan yang diberikan Tuhan dalam dirimu, bahkan tidak boleh diacuhkan oleh seseorang yang sama sekali tidak memberi perhatian. Dan kemudian kamu pergi, naik ke tingkat atas.

Tidak lama selepas itu, Anakku, suratkhabar yang aku baca terjatuh dan tiba-tiba aku berasa cemas sekali. Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari-cari kesalahan, memaksa -  inilah hadiah aku kepadamu sebagai anak lelaki. Itu bukan kerana aku tidak menyayangimu; melainkan aku sangat mengharapkan masa mudamu. Aku mengukur dirimu dengan ukuran yang berlaku pada masaku.

Dan demikian, banyak yang baik dan lembut serta benar dalam perwatakanmu. Hatimu yang kecil ternayata mencakupi luas sekali, seluas cakerawala. Ini ternyata ketika kamu spontan bergegas berlari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Malam ini, hanya kamu yang aku fikirkan, Anakku. aku telah berada dikatilmu dalam kegelapan dan aku berlutut di situ, malu pada diriku sendiri!

Ini memang suatu penyesalan yang lemah: aku tahu kamu tidak akan mengerti ini semua sekiranya aku katakan kepadamu. Tetapi esok aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang ayah! Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita dan tertawa jika kamu tertawa. Lidahku akan kutahan, kalau ada kata-kata yang kurang sabar. Aku akan terus mengucapkannya seakan-akan ianya adalah suatu kebiasaan : Beliau masih kanak-kanak, Anak Kecil!"

Aku Khuatir sekiranya telah memperlakukanmu sebagai seorang dewasa. Namun ketika aku memandangmu sekarang, anakku, tidur meringkuk dan kelihatan letih di sebalik selimutmu, aku menyedari bahawa kamu masih kanak-kanak. kelmarin kamu masih digendong oleh ibumu, kepalamu di bahunya. Aku telah menuntut terlalu banyak,terlalu banyak........

Moralnya:
* Daripada mencerca orang, lebih baik kita cuba memahami mereka. Cuba kita bayangkan kenapa mereka begitu. Itu lebih banyak menberi manfaat dan lebih menarik daripada membuat kritikan; sikap itu menimbulkan simpati, toleransi dan kebaikan. " Mengetahui semuanya akan memanfaatkan semuanya"


 "Jangan mengkritik, menghukum atau merungut"

How to win Friends & Influence People by Dale Carnegie

Buku yang terlaris di Dunia..di tulis oleh Dale Carnegie dalam tahun 1936, telah diterjemahkan oleh berbagai bahasa di seluruh dunia..
           termasuk dalam tulisan Bahasa Melayu oleh Yusof Hj.Wanjor yang diterbitkan oleh 'Thinker's Library Sdn.Bhd' pada tahun 1997 bagi cetakan pertama & 1998 cetakan kedua.

"Bagaimana Hendak Mendapatkan Kawan & Mempengaruhi Seseorang"

.
.
.
.
.
Prinsip-prinsip yang diketengahkan dalam penyelidikan & pengkajian penulis :

1) "Jangan Menjolok sarang tebuan,Jika Anda Ingin Mengambil Madunya"
.
2) Kemampuan untuk membangkitkan semangat orang lain & cara mengembangkan sesuatu yang terbaik pada diri seseorang adalah melalui PENGHARGAAN & DORONGAN"
.
3) "Kalau ada sesuatu yang dinamakan Rahsia Kejayaan, itu tidak lain adalah KEMAMPUAN untuk mengetahui sudut pandangan orang lain & melihat perkara-perkara baik  itu dari sudut pandangan orang tersebut ataupun dari anda sendiri"


8 PERKARA YANG DAPAT ANDA MANFAATKAN DARIPADA BUKU INI :
.
.
1. Membebaskan pemikiran anda daripada masalah mental, membentuk cara pemikiran yang baru, memperolehi sudut pandangan yang baru dan menemui cita-cita baru.

2. Menjalin persahabatan dengan cepat dan mudah.

3. Meningkatkan popularitian anda

4. Mempengaruhi seseorang agar mengikut arah pemikiran anda.

5. Mempertingkatkan pengaruh, prestij, dan kebolehan anda dalam melaksanakan sesuatu.

6. Melayani sesuatu aduan dengan baik, mengelakkan perbalahan, memelihara supaya perhubungan kemanusiaan anda berjalan dengan lancar dan menyenangkan.

7. Menjadi seorang pemidato yang baik, seorang pembicara yang menyenangkan.

8. Menaikkan semangat di kalangan rakan anda.


........................................
Ilmu adalah untuk dikongsi.
.
Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)





Tuesday, 14 June 2011

New Book Release...


From my Mailbox,let share with me;
New Book on "How to Understand Women"



Now available at your nearest book store........

Tuesday, 7 June 2011

Tentang Buku..

Membaca diibaratkan sebagai "pelita Hidup","Jambatan Ilmu' dan pelbagai lagi perumpamaa yang diungkapkan bagi menggambarkan akan kepentingannya..

Hari ini saya hendak berkongsi bersama tuan/puan yang budiman, bahan bacaan telah menjadi santapan untuk ketika ini..

Sumber : Majalah "Agromakmur" terbitan bil. 1/1996 (hasil menyelongkar mini pustakaaan di pejabat)
Terdapat 40 isi kandungannya.
iaitu :
Perutusan YAB Menteri Besar Pahang
Perutusan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Perikanan negeri Pahang
Kata-kata Aluan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Publisiti,Jawatankuasa Pertanian dan Perikanan Negeri Pahang
Jabatan Pertanian Negeri Pahang
IADP Pahang Barat
Jabatan Perkhidmatan Haiwan
Berita bergambar
Jabatan Pengairan & saliran
Institut Penyelidikan Getah
Lembaga Pertubuhan peladang
Institut Penyelidikan & Kemajuan Petani Malaysia (MARDI)
Syarikat PadiBeras Nasional Berhad (BERNAS)
Bank Pertanian Malaysia Berhad
Iklan Bank Pertanian Malaysia
Iklan Jabatan Pertanian.

Rencana Menarik penulis :
IADP Pahang Barat.
 - sinopsisnya;
Projek Pembangunan Pertanian Pahang Barat mula dilaksanakan pada tahun 1983. Kawasan yang diliputi ialah Daerah Bentong,Jerantut,Lipis,Maran,Raub dan Temerloh.



......................................membaca wacana ilmu.

....NOTA HATI....