Wednesday, 18 June 2014

Wordless wednesday

Monday, 9 June 2014

CDA 2005 - Kisah KITA

Syukur kpdNya kami dipertemukan walaupun penuh ranjau & duri..

Syukur kpdNya..walaupun jodoh kita tidak panjang...kau pergi dengan masih ada rasa tanggungjawab kpd keluarga..

Aku tidak pernah sekali menyesal hidup bersamamu walaupun diri ini telah byk membuat salah kamu tetap disamping & teguh menyimpan aib diri ini..maafkn aku sayang & terima kasih kerna masih utuh menyayangi diri ini...

Sayang..tanggal 2005 perkenalan ..akhir tanggal 2009 penikahan...awal tahun 2010 bermula titik hitam dlm hidup kita..kemuncak pd 2006..syukur 2011 keadaan kembali kpd normal dan 2012 kami dianugerahkan harta yg tak ternilai..lahirnya zuriat yg kita nanti2 selama 3 tahun mahligai yg dibina..4/8/2012 puteri sulung kita...'Zahra' nama yg sayangku beri setelah 'Qaseh' di'reject' hihi..yg kekal Auni Firdeena..makanya bersatunya menjadi Zahra Auni Firdeena ber binti kn kamu sayang...syukur..semoga tertebus segala dosa2 silamku yg sgt dikesali & trima kasih kerna menerima & menjaga ku serta zuriat kita.

..................................

Thursday, 27 March 2014

Panggilan & rengetan si Zahra

Salam sayang..kemarin 26/3/14 mlm khamis jam 4pg ibu tersedar dari lena kerna ibu terdengar suara syg memanggil anak kita zahra...masyaAllah..rindu & tersentap hati ibu..ibu hadiahkn bacaan al fatiha utk syg moga berbhgia disana & menunggu kami nntinya...
Semalamnya pulak...sayu hati ibu bila tak semena2 zahra merengek & memanggil ayah bila ternampak foto romantis kita 2 tahun lepas pada wall hp ibu...pilu bagai di cucuk sembilu...tp ibu tahan airmata..kerna mak ada disebelah kerna tlg buatkn susu zahra jika tersedar dimlmnya..ibu doc tdk bg bgn jika masuk ubat......
Puas ibu pujuk..syukur dia minat tgk cite upin ipin..byk pengajaran animasi org kita tue sayang..moga zuriat kita jd anak2 yg soleh &solehah nnti..aaminn.
Ibu rindu pada sayang...tp ibu kena tabah & ibu patutnya lebih cintakn Allah & rasul dr menyintai manusia..astagfirullah..mohon diampuni dosa2ku...aku cuma terlalu merindui arwah suamiku....

Monday, 3 March 2014

Pemergiaan Tersayang

14hb.Feb.2014(jumaat/3.45pm): @ ICU Hospital Ampang...
.......................................
s3moga arwah tenang di sana & ditempatkn dikalangan org2 yg soleh n beriman.
......
Sayang akan sentiasa dirindui..moga jodoh kita berpanjangan sehingga ke jannah..
.....
Da cuba kuat untuk anak2 kita.....ku redhai namun sakit kehilangan n kerinduan amat amat memeritkn...oh tuhan hanya padaMu tempat aku mengadu.moga dikuatkn hati n jasad ini bg meneruskn kehidupan tanpamu disisi...

Wednesday, 8 January 2014

Penghujung Tahun 2013 & Pemula Tahun 2014 yang penuh cabaran & dugaan...

Kronologi sadis..

2009 & 2010 - Bersatu setelahh penuh ranjau dan duri,kami diuji lagi selepas 6 bulan bersatu...
2011 - 2013 - Syukur alhamdulillah..kehidupan kami diserikan dengan kelahiran cahayamata pengikat kasih
                       pada tanggal 4/8/2012..
Penghujung 2013 ketika negara tengah sibuk dengan bencana banjir kami pula sibuk berulang alik ke hospital...2/11/2013 bermula detik perubahan besar bagi kami...

Pembuka tirai 2014 sangat malap bagi aku..sambutan hari kelahiran pun tiada bermakna....suami masih terlantar di katil wad hospital...mengharap sinar dan cahaya penyembuh dariNya..aamiin.

Wednesday, 30 January 2013

Satu lagi Penghijrahan - Hijrah Tahun 2013 Masihi bersamaan 1434 H...

Salam tahun baru Hijrah..

Masuk saja 01 Januari tiap2 tahun bermakna bertambah lah kiraan umur ku..huh.
terfikir??????apakah amalan ku selama 37 tahun.....aduishhhh.

Takut dan gerun bile dibuat 'post mortem' cam tue....terlalu sikit sangat...Ya Allah,bimbang juga bila2 saja boleh dicabut nyawa ini dari badan....

dalam tempoh kerjaya ku yang telah menginjak 10 tahun 4 bulan 18 hari (mengikut kiraan pada 29/1/2013)
 rutin berpindah randah ni memang tak dapat lari dalam kehidupan kerjaya ini....
tak sampai 3 bulan berada di PPDT kini aku diarahkan pindah lagi ke ibupejabat...syukurnya kali ini disebabkan kenaikan pangkat.alhamdulillah.

Namun tiap kali berpindah perasaan hiba..sedih dan susah hati sentiasa ada...namun aku redha.
Setiap oraang itu perlu berhijrah untuk perolehi sesuatu yang baik...iaitu perubahan dalam diri semestinya perlu ada....dari yang lemah kepada yang lebih baik insyaallah.

Terima kasih buat semua kenalan dan sahabat seperjuangan..
Kenangan bersama kalian terukir indah dalam memori ini...


Gambar 1 : 2003 - 2005 Unit Soil Temerloh

Gambar 2 : 2006 - 2008  PPDL 

Program bersama kakitangan dan keluarga PPDL







Gambar 3 : 2008 - PPDJ selama 7 bulan


2009 - 2012 Unit Hortikultur Pahang Barat semasa ber pejabat di AUT




2009 - 2012 Unit Hortikultur Pahang Barat ber pejabat di dalam Stesen Pembangunan Komoditi Kg Awah

XXXXXXXX

Ogos 2012 - Jan 2013  @PPDT

XXXXXXXX

1 month @ Bahagian Pengembangan JPNP (2013)

XXXXXXXXXX


Bahagian yang sangat mencabar dan happening......

2013 - kini : Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Pahang


Jamuan persaraan en Yusuf & Mr Robert & pertukaran En Moktar ruddin 2016
................................................................................................

Tuesday, 29 January 2013

Program - Amalan 5 S @ Pejabat Pertanian Daerah Temerloh (PPDT)

Apa Itu 5S?
Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun
yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja. Sisih (Seiri) Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai. Susun (Seiton) Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang. Sapu (Seiso) Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini. Seragam (Seiketsu) Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka. Sentiasa Amalkan (Shitsuke) Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.

Dipetik daripada : http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/amalan5s.html

....NOTA HATI....