Tuesday 24 March 2009

Pemergian Orang Tersayang...

23 Mac 2009, 6.05am (Isnin), bersamaan 26 Rabiul awal 1430H.
....Aku mendapat berita sedih daripada Din. "Aki telah meninggal", begitulah message yang ku terima sebaik azan subuh berkumandang. Walaupun ku tahu sudah seminggu lebih Aki menderita sakit akibat kemalangan jalanraya, akibat dilanggar pemandu cuai ketika Aki mahu pergi ke surau dengan motosikalnya. Memang tak sepatut aku menyalahkan pemandu tersebut atas sebab pemergiannya.
Aku sedar sememangnya..ajal maut adalah ketentuanNya. Tak guna menangisi pemergiannya...seafdalnya aku iringilah pemergiannya dengan bacaan ayat-ayat suci alQuran dan doa buatnya. Tentu ketika ini Din & keluarganya lebih terasa berbanding aku yang bukanlah apa-apa hubungan dengan Aki, cuma sempat bermesra tika aku berkunjung sekali sekala, itu pun semasa Hari Raya tahun lepas.......
"Keadaan Aki dh begi2 kritikal so utk sedar semla cukuptipis...cmnerpn dia tahu Din amat sygkn Da n kalu ada pn pkara utk dkesalkan x sempat lihat kita kahwin sebgi pengesahan Da jd sebhgian keluarga ini...mmg sedih cos mmg hajat Aki,nenek n tokwok beria utk tengok Din kawin sblm mereka menutup mata..Din cube utk bertenang skrang wlupn dlm hati tiada siapa pn tahu cos rasanya xde siapa pn xnak sempurnakan hajat org yg dsyg n hormati."
'message' yg sangat menyentuh hatiku...pada malam tersebut sebelum aki menghembuskan nafas,saat kau menjaganya...

Harapnya usah dikesali apa yang berlaku....kita tidak mampu melawan takdirNya......ketahuilah Beliau Maha Mengetahui & Maha Penyayang,tentu ada rahmat disebaliknya...Doakan yang terbaik untuk itu.

Al-fatihah & bacaan surah Yaasin ku sedekahkan buat allahyarhum Aki....semoga roh Aki ditempatkan dikalangan hambaNya yang soleh.Amin...

2 comments:

Zalieya said...

Takziah..benar2 menyentuh hati msg tu

Permata Agro said...

berat mata memandang, berat lagi yg mengalasnya kan...

....NOTA HATI....