Wednesday 15 July 2009

Agenda Yahudi..

Oleh kerana kesibukan aku di semester akhir ini, ruangan ku ini agak menyepi...
so malam ni oleh kerana aku agak tertekan dengan lambakan nota dan maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan kertas kerja yang dituntut oleh kursus yang aku ambik serta sedikit gangguan emosi dari rakan sebilik mematikan mood ku...

Aku ingin berkongsi maklumat ini untuk renungan kalian...so fikir-fikirkan lah...


SIAPA KUASAI LEBUHRAYA MAKLUMAT (UM 11/98) Oleh: Fudzail


Dalam kebanyakan negara-negara Asia mengalami kegawatan ekonomi, ada gelombang lain yang sedang membawa fenomena baru dan mengejutkan kepada pasaran saham di Amerika Syarikat. Dalam bulan April sahaja pelaburan ke dalam syarikat berasaskan enjin carian Internet meningkat 15 peratus ke hampir USD6.9 bilion.
Minat pelabur terhadap syarikat-syarikat seperti Yahoo!, Lycos, Excite dan Infoseek adalah diluar dugaan. Setiap kali mereka mengumumkan pemasaran baru atau jalinan perkongsian, mereka yang berada di Wall Street sama bersemangat.
Yahoo! terutamanya merupakan enjin carian (search engine) dan direktori Internet yang terbesar. Sejak Yahoo! melapurkan keuntungan diakhir Januari 1997, pelabur dan penganalisis terus menunjukkan minat yang tinggi. Walaupun mengalami kerugian dalam suku tahun lalu, para pelabur kelihatan terus berminat dengan prospek jangka panjang.
Syarikat direktori Internet sebegini tidak mempunyai kos penyelenggaraan yang tinggi. Kos infrastruktur seperti server, khidmat emel percuma, pengkalan data dan khidmat berita adalah rendah dengan margin keuntungan minima sebanyak 25 peratus. Model bisnes yang lebih kepada komputer dari manusia ini akan terus menguntungkan bila harga perkakasan turun bersama masa.
Yahoo! mencatat pertumbuhan trafik ke tapak webnya dari purata 115 juta hits sehari dalam bulan Jun. Sebelum ini ianya mencatat 95 juta hits sehari dalam bulan Mac. Pengguna yang mendaftar dengan Yahoo! sama meningkat ke 18 juta dari 12 juta dalam jangkamasa yang sama. Harga sahamnya juga terus mencatat kenaikan mendadak.
Sepuluh tapak web yang paling popular awal Julai ini menurut NetRatings, sebuah syarikat penyelidikan pengguna web adalah Yahoo!, AOL, Microsoft, MSN, GeoCities, Netscape, Excite, Tripod, Infoosek dan Disney. Menunjukkan tapak web direktori Internet terus menguasai senarai.
Dalam dunia Internet, direktori Internet atau enjin carian seperti Yahoo!, Excite, Netscape, Lycos dan Infoseek menjadi laluan pertama dalam melayari maklumat dunia siber. Melalui enjin carian ini maklumat yang dikehendaki boleh diperolehi secara rambang. Bermakna tidak perlu menghabiskan masa mencari kerana dengan menggunakan satu perkataan kekunci, enjin carian akan mendapatkan segala tapak web berkaitan dari komputer server dan memaparkannya di skrin pengguna.
Selain itu syarikat direktori juga memberi utiliti asas kepada aktiviti perdagangan elektronik sama ada berbentuk pengiklanan atau transaksi. Mereka akan berkembang lebih pesat bersama perdagangan elektronik yang sama berkembang begitu cepat.
Dalam minat pelabur yang semakin tinggi itu, berita pembelian ekuiti sebuah lagi syarikat direktori Internet, Infoseek oleh Walt Disney turut menarik perhatian dikalangan penganalisis. Ianya bukan yang pertama dan terakhir keranan minat yang ditunjukkan oleh syarikat-syarikat mega media untuk menguasai syarikat enjin carian membuka ruang baru dalam monopoli maklumat dan sumber pendapatan. Sesuatu yang menggambarkan hala utama Internet dalam waktu terdekat.
Ini adalah kerana enjin carian melalui direktori boleh menentu pilihan kepada pengguna untuk melayari tapak-tapak web dan dengan ini sekiranya ianya dikuasai, maka tuan punya boleh menapis dan menentukan tapak web atau maklumat mana untuk di ketengahkan. Bermakna kuasa dalam menentukan hala, isi dan corak maklumat pada pengguna Internet sedunia.
Perkembangan ini turut membuktikan kuasa maklumat terutama tiada yang lebih berkuasa dari mereka yang memanipulasikan maklumat. Media sebagai perantara maklumat, sama ada dalam bentuk cetak, elektronik mahupun Internet sudah terbukti dapat mempengaruhi banyak perkara dalam kehidupan manusia sedunia. Media massa membentuk imej dunia kepada kita dalam mempengaruhi arah pemikiran dari imej-imej yang disampaikan. Dengan peralihan dunia ke arah lebuhraya maklumat sebagai medium baru kehidupan, enjin carian merupakan sumber paling strategik untuk menguasai arah aliran maklumat. Seterusnya mempengaruhi khalayak Internet.
Bila semakin ramai pengguna Internet dan semakin banyak pergantungan pada lebuhraya maklumat sama ada untuk perdagangan, pendidikan, penyiaran, penyelidikan atau apa saja, enjin carian boleh menjadi alat terbaik dalam terus menguasai dan mempengaruhi masyarakat dunia seluruhnya diabad mendatang.
Fenomena begini dimana syarikat mega media tradisional melebarkan bisnes ke dunia Internet memang tidak mengejutkan. Jika dilihat dari kenaikan transaksi urusan dagang elektronik dan pengiklanan, syarikat media besar tidak lagi melihat Internet sesuatu yang diluar jangkauan kuasa mereka. Begitupun ianya lebih dari urusan untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Penguasaan media itu sendiri membawa penguasan dalam banyak bidang lain dalam kehidupan. Tidak dapat tidak, kita mesti melihat perkembangan ini dengan lebih berhati-hati terutama dengan wawasan kita untuk menguasai dunia siber melalui MSC.
Pengguna Internet yang sudah pula terbiasa dengan segala bentuk imej-imej dari Barat, terutama Hollywood semakin sukar juga untuk membezakan atara situasi bercorak fiksyen dan realiti sebenarnya. Seperti program hiburan atau berita TV, secara bawah sedar pemikiran kita melalui lebuhraya maklumat juga di manipulasi oleh dalang-dalang media. Pengawalan dalam membentuk pemikiran melalui media adalah hampir monolithic. Media seluruhnya dikawal oleh segelintir manusia yang menguasai televisyen, radio, akhbar, majalah, buku, filem dan kini Internet, bukan sekadar bergerak dalam satu suara, malah saling memperkukuhkan antara satu sama lain.
Disebalik beraneka paparan dalam medium berlainan, tiada pilihan untuk sumber fakta atau idea yang lebih baik bagi pengguna untuk mendapatkan maklumat alternatif. Kalau ada pun ianya sukar dan memerlukan masa, harga atau ruang yang lebih untuk mendapatkannya. Seperti kos penerbitan drama tempatan berbanding yang berbentuk sindiket antarabangsa.
Dengan itu pengguna dihidangkan dan dikuasai secara halus pandangan sehala terhadap dunia, walau pelbagai slogan seolah-olah melambangkan persamaan ras, moral, kemajmukan budaya dan masyarakat kosmopolitan. Istilah-istilah baru seperti globalisasi, liberalisasi dan dunia tanpa sempadan adalah dicipta oleh empunya media ini untuk mencapai matlamat mereka. Tekanan yang datang bersama istilah-istilah ini sudah membentuk aliran baru dalam pelbagai bidang dan dunia terpaksa mengubah cara hidup kearah matlamat yang dibentuk menjadi arus sejagat.
Dengan dunia seluruhnya mengarah kepada deregulasi dalam industri telekomunikasi misalnya, lebih banyak menghasilkan lebih banyak penggabungan dan tidak persaingan antara syarikat media.
Secara tidak langsung sama ada kita menonton TV, secara satelit atau kabel atau stesen tempatan, menonton filem sama ada di panggung atau rumah, mendengar radio atau muzik dari CD, membaca buku atau majalah atau akhbar, melayari pelbagai tapak web menggunakan enjin carian, adalah semakin pasti isi kandungannya dihasilkan, diedarkan dan dipunyai oleh salah satu syarikat-syarikat mega media ini.
Pembelian ekuiti Infoseek oleh Walt Disney selain pembelian Snap oleh NBC, misalnya turut menggambarkan trend yang menakutkan sewaktu kita menganjak ke arah lebuhraya maklumat sebagai nadi kehidupan.
Walt Disney yang memiliki jenama-jenama besar dalam media penyiaran seperti ABC, ABC News, ESPN (serta banyak lagi anak syarikat) dan tidak termasuk Disney sendiri, mengukuhkan penguasaannya dalam menyebarkan maklumat, hiburan dan berita melalui pembelian Infoseek.
Malah Yahoo! sebagai syarikat direktori bebas turut terkena kesan dari langkah Disney membeli Infoseek. Malah dijangkakan pendapatan Yahoo! kan berkurangan dan tidak dapat bersaing bila syarikat mega media terus menguasai maklumat. Dan boleh dijangkakan yang Yahoo! akan sama menjadi sebahagian dari fenomena ini.
Kesan lebih besar lagi ialah pada para pengguna Internet dan kebebasan bermaklumat dalam Internet. Syarikat mega media ini dikuasai oleh orang-orang tertentu yang sama ada kebetulan atau tidak adalah golongan Yahudi. Dengan itu kita sebagai penganut agama Islam juga kian di himpit oleh cengkaman mereka. Terutama buat generasi baru.
Walt Disney dipimpin oleh Michael Eisner, seorang Yahudi. Malah kesemua syarikat dibawah naungan Disney diterajui oleh Yahudi dan mereka menguasai begitu banyak stesen TV dan radio, syarikat pengeluar filem dan drama TV, taman tema Disney, produk konsumer seperti buku-buku, patung permainan dan pakaian tidak termasuk bidang telekomunikasi.
Sebuah lagi syarikat megamedia, Time Warner juga dikuasai oleh Yahudi sepenuhnya. Rangkaian HBO yang juga popular di Malaysia adalah salah satu anak syarikatnya. Selain Warner Music yang menjadi syarikat rekod terbesar dunia, Warner Brothers Studio aktif mengeluarkan filem-filem cereka dan penerbit majalah-majalah berpengaruh seperti Time, Sports Illustrated, People dan Fortune.
Senarai syarikat megamedia besar yang lain seperti CBS, Viacom, News Corporation, Sony Pictures Entertainment (memiliki Columbia dan TriStar Pictures), New World Entertainment, MCA dan Universal Pictures adalah semuanya sama ada dimiliki atau dikuasai pengurusannya oleh Yahudi. Malah syarikat media kecil tetapi berpengaruh seperti DreamWorks SKG (antara pemiliknya Steven Spielberg) dikuasai sepenuhnya oleh Yahudi.
Dengan penguasaan baru syarikat-syarikat mega media ini ke dalam Internet, maka dunia seluruhnya akan berada dalam cengkaman segolongan manusia sahaja dan mereka, sama ada kebetulan atau tidak berbangsa Yahudi. Menjurus pada kesinambungan konspirasi Zeonis.
Mungkin pada satu hari terdekat, bila kita melayari Internet dan mencari sesuatu dengan menggunakan perkataan kekunci "Islam" atau "Muslim", tapak web yang disenaraikan oleh enjin carian mungkin akan membawa kita kepada tapak-tapak web 'berselimut' Islam dengan fakta-fakta yang menggelirukan. Mungkin juga bila kita mahu tahu perkembangan berita dunia Islam, enjin carian ini akan membawa kita ke tapak-tapak web berita yang juga dikuasai oleh Yahudi sahaja. Selama ini pun kita mendapat berita melalui mereka dan pemberitaan melalui kaca mata mereka telah berhasil memanipulasikan maklumat secara bawah sedar.
Dengan peningkatan jumlah tapak web dan pengguna Internet begitu tinggi dari hari ke hari, tiada siapa mampu untuk menilai sama ada tapak-tapak web itu tulen dan boleh dipercayai kesahihan maklumat yang dipaparkan. Ini berbahaya kerana pergantungan pada maklumat Internet dan kekurangan ilmu boleh menyebabkan ramai yang tidak menyedari kepesongan maklumat sebagai sumber ilmu.
Bukan tiada tapak web Islam yang benar-benar tulin, tetapi bila enjin carian dan direktori Internet dimiliki oleh mereka yang anti-Islam, apa saja boleh berlaku kerana kuasa untuk memberi maklumat ditangan mereka. Apalagi keupayaan mereka untuk mempengaruhi manusia sejagat dalam media lain telah terbukti berkesan.
Bukan sekadar direktori Internet, malah content atau kandungan Internet sendiri mempunyai wajah, kerangka dan warna gagasan Yahudi dalam melebarkan penguasaan mereka terhadap dunia seluruhnya. Kita mesti sama 'berperang' di dunia siber dalam menentukan hala tuju maklumat yang mesti bebas dari naungan mereka.
Apakah perkara ini tidak dapat dikesan oleh orang-orang Islam terutama mereka yang mampu untuk menguasai dan memiliki syarikat-syarikat direktori Internet? Apakah usaha kita dalam tidak terus menjadi mangsa kepada penguasaan Yahudi bersama medium terkini ini? Apakah kita terus dibaham oleh ngauman Yahudi untuk generasi mendatang? Yang pasti sudah ada mazhab baru dalam Internet. Lantas kita boleh bertanya, siapakah yang bakal atau sedang menguasai lebuhraya maklumat?

No comments:

....NOTA HATI....