Wednesday 29 September 2010

CML - PART 1 ( New Episode of my Life.....)

......CML ( Chronic Myeloid Leukemia )

Dalam meniti usia perkahwinan yang belum beranjak ke angka 1 tahun...aku terpana dengan ujianMu...
Setelah aku mendapat kekuatan dan boleh menerima kehilangan kandunganku kini..
sekali lagi aku perlu menjadi tabah mendengar perkabaran penyakit suami tercinta..

detik mengetahui diagnose penyakitnya terlalu panjang setelah 4 bulan menderita penyakit yang pada awalnya dianggap 'mistik'....

setelah 4 kali keluar masuk wad........
Ujian darah baru diterima dan inilah CML????? Leukimia...sememangnya amat jelas sebagai penyakit yang merbahaya tetapi CML???Doktor2 tiada yang menjelaskan kepada kami...apa yang dikehendaki pembedahan mendpatkan sum2 tulang...

Tentu sahaja mendapt tentangan keluarga.....

kronologi ..
14 mac 2010 - saya keguguran...
suami mula sakit (pada awalnya dianggap sakit mistik)
penurunan berat badan yang ketara.

23 April 2010 - suami masuk wad
15 May 2010 - berkursus di China
sekali lagi suami masuk wad
23 Ogos 2010 - masuk wad kali ke-3
17 sept. 2010 - masuk wad dan dimaklumkan keputusan darah setelah puas merayu....
Berita yang memberi Kejutan Hebat buat kami.....
20 Sept. 2010 - ke KMC untuk kepastian ujian darah dan jawapannya amat merobek hati kami
setelah 2 kali ujian darah tersebut dilakukan.
Dr pakar dr Suhaimi mengesa saya mencari maklumat
berkaitan...katanya"jangan biarkan diri kita diperbodohkan oleh mereka yang
bijak"....

21 sept.2010 - Suami tekad untuk melakukan pembedahan biopsi sum2 tulang pinggul setelah
yakin dengan penerangan doktor walaupun terpaksa mengeluarkan semua wang
KWSP yang disimpannya sebelum ini....kami tahu kos perubtan ini akan menjadi
tekanan kepada kami....Insyaallah tuhan akan tunjukkan jalan....itulah doa kami
setiap kali...



Detik pengalaman suami yang sukar...( seperti contoh video dibawah )



28 Sept.2010 - temujanji seterusnya bagi membuka jahitan dan keputusannya tetap sama....
bacaan terkini adalah 380 ribu bagi darah putih berbanding sebelumnya iaitu
100 ribu lebih.....

kami menunggu jawapan 'Foundation' yang doktor cadangkan....ini kerana ia peluang bagi kami yang kurang berkemampuan untuk hidup kembali normal........"

Doakan kami......



No comments:

....NOTA HATI....