Wednesday 18 May 2011

Al-Kisah pokok Mulberi..

14hb Feb.2011,
Saya ikur serta pegawai-pegawai Unit Hortikultur membuat pemantauan di kawasan perkhidmatan saya iaitu di Janda Baik.
Rumah Amal Darul AzZahrah adalah merupakan tempat projek kami,dimana peruntukan dari unit Putrajaya telah disalurkan untuk menjalankan amalan perladangan organik.

Perkara yang hendak diceritakan ini, bukanlah mengenai kawasan projek ataupun kecenderungan peserta kami itu..sebaliknya disebalik keseriusan tersebut tercalit peristiwa lucu dan memalukan yang tidak mungkin saya lupakan.

Sepanjang saya membuat pemantauan disini,saya boleh tidak perasan akan satu tanaman tersebut..seakan-akan pokok nunga raya pada anggapan awal saya..Kebetulan saya bertanyakan peserta di hadapan ketua Timbalan Pengarah Hortikultur,lantas di tegurnya kerana selaku seorang pegawai pertanian boleh membuat kesilapan bodoh,iaitu tidak mengenal spesis pokok...

Alang kepalang malu,dan saya akui kelemahan diri yang tidak mengenali  spesis tanaman itu...
kerana itu, saya telah meminta daripada peserta untuk mendapatkan keratan pokok tersebut untuk ditanam.

Keratan tersebut saya tanam di perkarangan rumah mertuaku. Alhamdulillah,ianya tumbuh subur dan telah mula mengeluarkan hasil pertama (17hb Mei 2011).Cuma oleh kerana ibu mertua belum mengenal rupa buah mulberi itu,kewujudannya hanya dibiar begitu sahaja dipokok,sehinggalah pada malam hari wesak baru ini, saya menunjukkan rupa buah tersebut melalui paparan BB saya.
Nama Tempatan   : Mulberi

Nama Saintifik      : Morus L.
Nama Lain            : Kertau, mulberi,toot(parsi),shahtoot,
Famili                   : Moraceae
Lokasi dijumpai    : Tumbuhan di Melur.com
Asal                     : Amerika utara


Keterangan:

Mulberi merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak kegunaanya.Ia merupakan sejenis pokok kecil dengan ketinggian antara 1 hingg 6 meter.Tergolong dalam genus Morus , terdapat pelbagai jenis mulberi antaranya mulberi hitam (morus nigra), mulberi putih (morus alba), mulberi merah (morus rubra) dan pelbagai jenis lagi.Buahnya yang masih muda agak bergetah dan elakkan dari dimakan kerana walaupun tidak kuat, ia masih mempunyai ciri halusigenik(seperti buah-buah mudah yang lain contohnya buah mangga).Buah yang masak tidak lagi bergetah dan tidak lagi mengandungi ciri halusigenik.

Mulberi boleh membiak melalui dua cara pembiakan utama iaitu biji benih dan keratan batang.Walaupun kaedah keratan batang lebih mudah menghasilkan anak benih berbanding biji benih, anak pokok yang dihasilkan dengan biji benih lebih sihat dan cantik bentuknya berbanding dangan pembiakan melalui keratan batang.

kegunaan:
Buah mulberi yang manis dan isinya yang lembut berair apabila masak sangat sesuai dipelbagaikan ke dalam masakan seperti pai, tat, kek dan juga dijadikan jus. Ia juga boleh dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis dan lazat itu.Mulberi hitam mempunyai rasa dan bau yang paling kuat sekali menyebabkan ia digunakan secara komersial untuk menghasilkan perisa dan pewarna berasaskan mulberi.

Daun mulberi, terutamanya mulberi putih, yang juga dikenali sebagai daun kertau merupakan sumber makanan utama kepada ulat sutera dalam industri pembuatan sutera.

Daun mulberi yang tua boleh dijadikan teh dan berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi.Selain itu ia juga mampu mengurangkan sakit-sakit otot terutamanya pada lutut

Dalam tempoh yang sangat singkat tanaman ini telah mengeluarkan hasil iaitu dari bulan Feb. -Mei (4 bulan).
Walaupun terdapat banyak maklumat yang diperolehi melalui internet,kami belum lagi mencuba merasanya,mungkin peringkat bebuah kelak setelah terdapat banyak sekali keistimewaan pokok renek ini.


No comments:

....NOTA HATI....