Wednesday 24 August 2011

24 Ramadhan 1432H - Penghujung Puasa.

Alkisah dibulan puasa ini...
Mak mertua masuk wad pemerhatian gara-gara demam (suhu badan panas 38 darjah)...tapi sekarang nie memang ramai yang demam-demam...musim dia agaknya.

Saya pula dilanda dilema & kemurungan....masih belum tiba waktu & masa nyer..belum rezeki,Allah swt masih masih mahu menguji hati ini...semoga aku tabah.

Hari bersejarah buat adik aku pun dah hampir tiba...detik-detik tuk bergelar 'Raja Sehari'..
Dalam kecoh2 menyiapkan persiapan raya dan perkahwinan...Duit,duit..menjadi isu pokok...

Sudah rezeki anak2 lelaki keluarga ku..semuanya dimanjakan..bukan lah bermaksud nak iri tetapi sedikit terasa dihati...walaubagaimanapun,aku redha & tidak sedetik pun terlintas di kota fikiran ini untuk membuat perkiraan @ perhitungan..Jasa2 mereka sangat besar & tidak mungkin terbalas..hanya Allah swt sahaja dapat membalasnya.

Tuah anak lelaki....
hendak juga rasanya meluahkan keterbukuan dihati sekadar rentetan naskah ruangan ini..
jika ikut peranan & hak..anak lelaki lebih besar tanggungjawabnya kepada mak & ayah...tapi nampaknya zaman kini mak ayah lebih harapkan anak perempuan mereka..mungkin gara-gara anak lelaki cenderung lebihkan keluarga sendiri (isteri & anak @ keluarga mertua)...
Dilema anak perempuan makin berat jika dapat si suami yang kurang mesra alam @ kurang bertimbang rasa @ sensitif terlajak...semua sedia maklum,akur isteri hanya kepada suami...

Dilema anak perempuan....
Jika dulu,anak gadis seboleh mungkin hendak segera dijodohkan dan dibereskan persiapan mereka...tapi kini...jodoh anak perempuan jangan harap dapat dipetik orang semudahnya..hendak pula yang boleh dijadikan tempat bergantung harap...persiapan pun kena buat sendiri daripada A to Z.ada yang menolong tapinya 'si bakal raja sehari' macam lipas kudung ler nak menguruskan perkahwinan sendiri...

lagi dilema...
Duit..duit...sudah pasti kena pakai duit sendiri lah, sebab kita yang nak berkahwin..lebih-lebih lagi jika bakal suami bukan pilihan keluarga ni..tradisi orang Pahang ni yang jika difikir sangat menekan anak perempuan bila semua wang hantaran satu sen tidak diterima mereka..Sudahlah segala perbelanjaan persiapan kahwin dari dui poket sendiri...dari duit hantaran hingga ler ke duit salam kokot semua hak milik keluarga perempuan...Jika anaknya jenis sengkek lepas kahwin puas ler berhempas pulas nak cover perbelanjaan sendiri pulak....
Namun,anak perempuan Pahang nie,sudah tabiatnya tidak suka nak berkira2 dengan mak ayah...apalah sangat wang ringgit jika dibandingkan pengorbanan mereka...

Namun yang menjadi isu bila,berlakunya pilih kasih, perbezaan kasih sayang antara anak perempuan & anak lelaki....

Jika,anak2 lelaki ni jenis yang sedar tanggungjawab tidaklah menjadi isu besar..tapi sebaliknya..anak2 lelaki yang bersifat bagi muka dekat bini...dapat pulak anak-anak menantu perempuan yang 'Queen control'..lagi ler tenat..


..................................keluhan anak perempuan.

....NOTA HATI....