Monday 15 June 2009

Tuhan menguji umatnya : "Manusia Bertopeng Jin"

Alhamdulillah,dengan usia ku yang dah "MATANG' nie Allah swt masih memberikan
sinar kesedaran dan kesabaran bagiku yang agak 'kebluran' nie...
Mungkin sifat semulajadiku ini disalah ertikan,
hanya tuhan yang Maha mengetahui segalanya...

Mengerti dan sedar akan sikap dan sifat manusia yang bertopeng2 ini...
aku cuma boleh bermohon kepadaNya agar aku tidak menjadi amnusia yang memakan daging saudaranya sendiri (saudara seislam ;tidak mengira sedarah sedaging)..
Aku takut....tanpa aku sedarinya ya Tuhan....

Biarlah aku tidak mempunya teman,..dari aku mungkin bisa membuat onar dan melempar kata nista dibelakangnya...nauzubillah, Manusia yang berubah topeng Jin didepan manisnya,tetapi dibelakang temannya, mengerunkan...

Aku bukan insan sempurna,..kerana itu aku perlu sejukkan hatiku yang jugak tak tentu baran ini dengan beristifar...walaupun aku bukan lah solehah sangat..namun aku masih boleh BERFIKIR dengan waras dan dengan HATI...

Blog mungkin menjadi medan melepaskan perasaan yang berhati busuk dengan kata2 nista yang bukanlah penawar jiwa sebaliknya...hanya menunjukkan peribadi buruk seseorang itu sahaja...
Adakah kita mahu satu dunia tahu keaiban peribadi kita???? walaupun dengan menggunakan nama samaran bak kata pepatah sesiapa makan cili akan terasa pedihnya... dan mungkin ada yang boleh mengagaknyer...

Hiasilah diri dengan peribadi yang baik dan mulia...itulah cahaya penyeri diri,

Aku bukanlah ustazah atau orang yang solehah atau mahu mencari kesalahan orang lain ataupun mahu menunding kesalahan kepada orang lain...
Aku cuma mohon kita sesama insan tegur menegur dengan cara yang berhikmah agar bisa menjadi pedoman hidup....

Kekadang kita manusia mudah terlalai dan mudah luper..
Malah terlalu cepat berdendam....terlalu sukar untuk memberi kata kemaafan.


Di kesempatan ini, aku mengingatkan diriku jugak agar lebih berhati2 dalam pergaulan, tidak semua teman yang didampingi mudah menerima 'peel' kita dan ikhlas untuk bersahabat..
makanya, biarkan ; lepaskan seperti luncai dan labunya...

Hiasi Peribadi dengan Iman...

SesungguhNya,
Allah swt Maha Mengetahui & Memberi pembalasanNya Dunia/Akhirat..
















No comments:

....NOTA HATI....