Tuesday 16 June 2009

Kerana Sebiji Durian

Kisah benar...hari ini aku terima sms salah seorang anak buahku masa bekerja dulu..

Cerita yang amat sadis dan trajis....aku terpana sebentar mendengarnya dan tidak mempercayainya..Perkabaran peristiwa ini berlaku di Padang Piol...

Bagaimana seorang Pak Aji yang duduk di kawasan kampong yang hidup penuh rukun damai boleh tergamak melakukan kekejaman gara2 nafsu amarah...

kerana sebiji durian kanak2 berusia 5@6 tahun yang sedang nakal..tau2 jer lah budak2...yang masih berhingusan (gelaran ini barulah tepat..kalau dah gatal nak berkawin bukanlah berhingus namanya)...telah menjadi mangsa kemarahan Pak Aji nie...yakni tuan punya buah n poko durian tersebut..(kes amik n makan curi lah nie).

Oleh kerana tak pueh ati menengok adiknya yang masih kecik jadi mangsa maki hamun Pak Aji nie, si abang bertindak nak membela..namun lain pulak nasibnya..Pak Aji jadi hilang sabar dek bisikan syaitan dah menyelubungi diri bertindak menghayunkan parang membelah perut si abang..

kebetulan ayah budak2 tersebut pulak datang..turut menerima nasib yang sama seperti si anak..lehernya pula menjadi mngsa kedua parang Pak Aji yang telah hilang akal tue...

Kasihan sungguh nasib menimpa kelurga tersebut...nasiblah kanak2 tersebut yang dikhaborkan berpenyakit jantung tak mati terkejut...TRAUMA..

Nasib Pak Aji tersebut?????kita tengok jer surat khabar hari esoknyer...aku nie dapat cover story terkini....polis mungkin baru terima laporan...canggih sungguh teknologi sekarang..dari jauh pun dah tahu keadaan beritanya..

Mungkin kerana kemodenan n kecanggihan teknologi masa kini, manusia pun telah menjadi terlalu sempit pemikiran walaupun bergelar cendiakawan mahupun berstatuskan alim ulamak seperti Pak Aji tersebut...

Nafsu mampu menutup kecerdikan akal fikiran yang waras.....Nilai murni seorang insan menjadi benteng yang terlalu rapuh...sehingga tidak mampu bertahan akan godaan duniawi...



Berpegang teguhlah dengan IMAN...
Binalah peribadi mulia, Jaga SOLAT...

2 comments:

cikja said...

Macam2 dunia sekarang, takut dan mengerunkan.. istilah air yang tenang jgn disangka tiada buaya dan pijak semut pun tak mati... terlalu mengatasi segalanya dek nafsu dan pendek akal fikiran... Moga kita dihindarkan dari segala kekalutan ini dan menjadi insan yang tahu menghargai nikmat tuhan yang sementara ini. Dengan nama Allah aku berlindung dari semua kekalutan, kekejaman dan kealpaan. Semoga dikelilingi oleh insan-insan yng masih menghargai dan menyayangi..

Permata Agro said...

Sinar Harian Edisi Pahang (Rabu 17hb Jun 2009) Bahagian Jerantut P16....tetapi cite tak sepenuhnya....

Harap2 kita tak hanyut dengan nafsu amarah..n yg buruk2..

....NOTA HATI....