Thursday 24 December 2009

PeristiWa Besar di hujung Tahun 2009...

Al-Kisah..aku memang dah lama tak memperbaharui blogku ini..cuma buka sesakali blog family yang diaktifkan oleh Sis ku yang aktif...syabas kerana Angah maintain wat blog family kita tue...(achik jus bagi komen yek)....

 
Tanggal 15hb Nov 2009,
secara rasmi aku telah tidak bergelar pelajar lagi.

16hb Nov 2009 (Isnin),
Lapor diri ke JPA - bermulalah semula kehidupan ku sebagai kakitangan awam..dan nak menjadi rezeki bakal pengantin..chewah...hasrat nak berkhidmat di Pahang tercapai juga...nak jadi rezeki lagi 2 kekosongan yang ada di Pahang tersebut..AO state Rompin dan Ao Hortikultur Chenor...syukur alhamdulillah..nampaknyer dok dekat dengan bakal husband ler...terus lapor diri ke bos sana en Nordin b Mamat Hortikultur Putrajaya,'big Bos hj Rahman tiada....

17hb Nov 2009 (Selasa)

Lapor diri ke Pejabat Hortikultur Kuantan...K/U En Alang Mad Daud bin Darwan baik sangat..terima kasih boss...

18hb Nov 2009 (Rabu)
Penempatan baru di Akademi Usahawantani,Chenor.....menginap sementara di rumah abang.

Mula bercuti untuk persiapan perkahwinan 3hb Dis 2009...kesian aku cuma ada cuti 4 hari jer..so kena bahagi2 ler...

sehari sebelum hari besar aku gie berinai kat Kuantan Parade...molek sangat cuaca panas...siap beli2 barang2 masak lauk pengantin dan hendak ambil persalinan pengantin kat Julie butik Komleks Teruntum Kuantan....

Malam sabtunya.....Hujan masyaAllah..selebat-lebatnya...terlintas difikiran 'nak banjir ke????' (nada sedih..)
      Esoknyer 5hb Dis 2009 - tarikh keramat bagi aku untuk melucutkan status sebagai orang bujang..........

Pengantin belum sampai??????janji pukul 11.30 pagi........Tok kadi dah tunggu lama gelisah masing-masing, di masjid Kg Tg Medang aku menunggu penuh debaran.....nasib mak andam aku datang..siap bagi tau..dia kena ikut jalan lain untuk ke pekan kerana jalan telah dinaiki air.......Happening????? Rupanya rombongan bakal suami terpaksa berpatah balik dekat dengan jalan Gambang-Kuantan telah tidak dapat dilalui kenderaan kecil...ikut jalan alternatif lain..Dengan ketentuanNya,alhamdulillah, segalanya selamat.Dan syukur juga Tok Kadi masih setia menanti,rupanya saudara mara keluarga mak mertua jugak.

Berakhir Penantian yang mendebarkan.....

Mak n ayah serta semua adik beradik,ipar2...semua ar...bertungkus lumus dalam hujan....akhirnya selepas waktu zohor..rombongan lelaki sampai dan bersembahyang jemaah bersama dan majlis akad di teruskan...dan alhamdulillah..keadaan cuaca semakin baik....walaupun ada kebimbangan para tetamu akan kemungkinan banjir.....

Tapi terima kasih kerana sudi datang dan menunggu....


Doakan kebahagian kami....menempuhi pancaroba mahligai perkahwinan.

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah kamu dah berjaya mendirikan masjid. Maintain good relationship with your other half and live happily now and the hereafter, insyaAllah. Syabas!

Permata Agro said...

Terima kasih Pak Ngah...

....NOTA HATI....