Friday 19 February 2010

Mencari keberkatanNya..

Salam sejahtera..

Aku sekarang sedang giat melayari internet dan membaca bahan ilmiah..semata-mata ingin kan yang terbaik buat zuriat ku nanti insyaallah...

Daripada awal persediaan kehamilan sehingga tanggungjawab yang harus dipikul sebagai ibu/bapa..Dengan harapan perkembangan dan perjalanan anakanda diredhai Illahi seterusnya..itu sahaja yang mampu ibu lakukan..selebihnya ibu berserah kepadaNya...

Pemilihan nama anakanda,rancak perbincangan ibu dengan ayah..jika anakanda lelaki/perempuan..telah dibincangkan..walaupun masih terlalu awal tidak menghalang kami membincang hal anakanda...Nama anakanda adalah doa kami nanti kepadaNya agar selamat menghadapi pancaroba alam fana ini...

Ibu ada menikuti kisah perjuangan pejuang Islam bangsa Negro di bumi Amerika,namanya Dr. Warith Deen Mohammed..sungguh menarik perjalanan hidup beliau...ibu kepingin jika anak ibu nanti lelaki berjiwa pejuang seperti itu,menegakkan agama suci kita..dan memperjuangkan syariat Islam..itu harapan ibu...Ibu dan ayah sepakat agar nanti nama itu diabadikan kepadamu insyaallah, jika rezeki ibu dan ayah untuk menemui kesampaian...tapi mulut ayah dan ibu tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan kamu....

Jika sekiranya nanti anakanda seorang perempuan,ibu dan ayah juga telah siap menyenaraikan aturan nama-nama yang terbaik...dengan harapan yang sama agar nanti anakanda menjadi srikandi Islam yang menjaga maruah diri dan agama serta menyenangi hati kami..Qaseh Auni Firdina..panggilan kasih buat anak perempuan ayah dan ibu yang baik...

Perjalanan hidup kini terasa agak lambat,mungkin kerana hintungan hari sentiasa dikira...debaran sentiasa ada sepanjang masa...kepayahan ini diharap membuahkan suatu yang memberi kepuasan dunia dan akhirat...penyenang hati kami,



....................................................................................................amin.
.Namun Sesungguhnya Allah swt Yang Maha Mengetahui akan segala kejadian.
Kita hanya merancang,Dia yang menentukan segalanya.


Redha dan pasrah atas segalanya...walaupun saat untukku abadikan tulisan akan kehilanganmu ini begitu sukar (tika ini sekalipun masih terasa pilunya - 24hb Jun 2011(Jumaat /15:37)..namun aku perlu menghadapi realiti dan perlu menerima akan ketentuan Qada & QadarNya.

Aku bahagia sekali menerima berita kehadiranmu, lihat sahaja entry ibu sebelum ini...sungguh teruja akan status baru itu..

Namun kamu bersama ibu tidak lama..kesakitan kehilanganmu  lebih nyilu dan pedih dari kesakitan zahir itu sendiri.


3 month of you...13hb Mac 2010.
Anak kamu tidak betah melihat dunia ini yang penuh pancaroba...walaupun ibu dan ayah rindu sekali menerima kehadiranmu...Ibu rela kamu pergi..semoga hati ibu tenang dan ibu mohon daripadaNya kekuatan dan keutuhan Iman menghadapi hari-hari mendatang inidisamping ayah kamu..

Kelak ibu tahu,perjalanan ranjau yang penuh onak pasti dilalui...dengan iringan doa agar diterangi jalan itu akan  NurNya...


...............................lari dari realiti bukan penentu kepada penyelesaian.
....................kemaafan dan memberi kemaafan meruntun jiwa insan
..........suka duka kehidupan adalah lumrah dunia
...ingatan kepadaNya yang dapat menjamin KEIMANAN.

1 comment:

cikja said...

Insya'allah moga diberkati ilahi selalu. akak tumpang suka. Qaseh tu nickname akak tau hihihi

....NOTA HATI....