Monday 6 April 2009

Demam oh demam...

Maaf yek, ini bukan ler Demam AF7..tak berbaloi demam dek sebabkan hiburan lagho tue...

Isu ini lagi serius...Bukan ler jugaknya Demam Final Exam..wakaupun pecah otak koi nie struggle ngan notes2..itu ujian kecil ajer sebenarnya..saje2 wat gempak...insyaalah kalu dah usaha leh pas nye...tawakkal jer n redha pas tue....so jawab dengan tenang 14,15,16 & 17 April nanti yek.

Berbalik kes tadi...ini tentang isu "Global Warming / Pemanasan Global"


Rujuk petikan ini...

Senator Puan GK Loga Chitra minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah jangka pendek dan panjang untuk menangani isu pemanasan global dan perubahan iklim di Malaysia

Jawapan

Tuan Yang Dipertua, Terlebih dahulu izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan lisan yang dikemukakan Senator Dato’ Wong Siong Wee pada 13 Disember 2007 dan Senator Che Puan Sri Kelana D’raja Datin (DR) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya pada 17 Disember 2007 kerana ketiga-tiga soalan berkenaan hampir sama iaitu langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam menangani masalah pemanasan global dan perubahan iklim.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun pada masa sekarang
tiada satu dasar khusus diwujudkan untuk menangani isu perubahan iklim yang
membawa kepada pemanasan global (global warming), namun terdapat pelbagai dasar lain yang juga secara tidak langsung mempunyai kaitan di dalam menangani isu perubahan ikilim. Sebagai contoh,

1. Dasar Kepelbagaian
Bahan Api Kelima (Fifth Fuel Diversification Policy) (dengan izin) iaitu dasar
yang bertujuan untuk mengurangkan penggantungan kepada minyak dan arang batu dan

2. Dasar Perhutanan Negara di mana hutan diuruskan secara
lestari untuk menyerap gas-gas karbon dioksida. Bagi menangani isu trend perubahan iklim yang membawa kepada pemanasan global, Kerajaan telah memulakan langkah awal dengan menjalankan inventori gas-gas rumah hijau dalam tahun 2000 (iaitu gas-gas yang bertanggungjawab ke atas pemanasan global) untuk mengenal pasti punca-punca utama yang melepaskan gas-gas rumah hijau di negara ini. Dengan adanya inventori tersebut, Kementerian yakin strategi dan program yang efektif dapat dirangka bagi menangani isu perubahan iklim di Negara ini. Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah membuat persediaan dan menggariskan tindakan bagi menangani perubahan iklim dan impaknya melalui dua pendekatan iaitu :-
1) Pendekatan Mitigasi Pendekatan mitigasi adalah langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan metana.
2) Pendekatan Adaptasi Pendekatan adaptasi ialah langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan kesan perubahan iklim kepada manusia dan alam sekitar. Melalui pendekatan mitigasi, selain Kementerian ini, langkah-langkah turut diambil oleh agensi Kerajaan yang lain memandangkan isu perubahan iklim merupakan isu merentas sektor. Langkah-langkah mitigasi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke 9 dan juga dalam program-program yang berkaitan adalah seperti berikut:- i. meningkatkan bekalan dan penggunaan bahan api alternatif seperti tenaga yang boleh diperbaharu (RE- renewable energy) (dengan izin);
3) sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini akan menyumbang 350 Megawatt daripada jumlah kesemua bekalan tenaga pada tahun 2010; iii. projek RE yang menggunakan sisa pepejal akan digalakkan;
4) menggalakkan kecekapan penggunaan tenaga (energy efficiency) di sektor perindustrian, bangunan-bangunan dan juga sektor pengangkutan;
5) membekalkan sejumlah 55,000 unit rumah dengan tenaga elektrik menggunakan teknologi seperti sistem hibrid suria dan hidromikro;
6) Kemudahan Clean Development Mechanism (CDM) (dengan izin) di bawah Protokol Kyoto akan digunakan untuk memberi sokongan kepada pelaksanaan Program Pembangunan Jana kuasa Kecil Tenaga Boleh Diperbaharu atau SREP (Small Renewable Energy Programme) (dengan izin); dan
7) melindungi kawasan hutan melalui pengurusan hutan secara lestari bagi memastikan kawasan hutan ini terus kekal menjadi penyerap atau sink kepada gas rumah hijau iaitu karbon dioksida;

Langkah-langkah adaptasi yang dijalankan khusus untuk mengurangkan kesan perubahan iklim kepada manusia dan alam sekitar pula meliputi perkara-perkara berikut:-

i. menjalankan kajian Coastal Vulnerability Index (CVI) (dengan izin) yang
boleh menjadi asas ketika mengambil langkah-langkah bagi menangani kesan
kenaikan paras air laut kepada kawasan pesisiran pantai;

ii. menjalankan program mengukuhkan pesisiran pantai termasuk menanam pokok-pokok bakau sebagai usaha menangani kesan kenaikan paras air laut dan pukulan ombak;

iii. melaksanakan program kawalan banjir seperti Projek Stormwater Management And Road Tunnel (SMART);

iv. menjalankan kajian mengenal pasti kaitan di antara kesan perubahan iklim dengan kejadian penyakit yang dibawa oleh vektor; dan

v. membangunkan pengurusan zon pesisiran pantai bersepadu (Integrated Coastal Zone Management) Di samping usaha-usaha spesifik tersebut, Kementerian juga sering mengadakan kempen kesedaran awam sama ada secara sendirian ataupun bekerjasama dengan pelbagai badan bukan kerajaan bagi menyedarkan orang awam dan juga para pelajar tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau. Sebagai contohnya, NRE telah menganjurkan satu Persidangan Serantau mengenai Perubahan Iklim pada 29 dan 30 Oktober 2007 yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu perubahan iklim. Seramai 700 orang telah dijemput hadir termasuk Ahli-ahli yang Berhormat dan Kerajaan-Kerajaan Negeri.




2 comments:

Norzi said...

harap deman tu.. akan baik cepat. Pemanasan Global ti..Isu berat tapi sam-samalah kita menanganinya sebab memang terasa bahangnya.. walaupun panas; tapi sedih gak ari ni.. APC dah dapat kat kak Long dapat kak member yang lebih bari di SMART tapi tak pelah rezeki duit dan rezeki pengiktirafan... tapi yang penting memang puas bekerja dan semua paper work siap dapat permata hati rasanya lebih berbaloi... tapi sebagai manusia terasa gak...sedih!!!!

Permata Agro said...

Sabor jer...ader ler rezeki lain kan...insyaallah.

....NOTA HATI....