Thursday 16 April 2009

'Six Thinking Hats' or 'de Bono Hats'


Konsep atau model topi ini idea si Edward de Bono...
apa motif dia wat simbol topi nie, Allahuaklam ler...
tapi konsep dier nie lebih kepada "The Meeting Focus"
maksudnyer semua orang yang terlibat ader peranan masing-2 ler.so takder ler yang just jadi passenger jer..
kalu ikutkan konsep nie..
maksudnya lebih kurang camnie:
"is a great process for managing meetings, you will get an equal voice for all participants and concensus on the action"
Dalam model topi nie, permulaan bagi proses meeting bermula dengan topi warna biru (Focus & control) iaitu perlu kepada tujuan meting, penerangan proses dan jangka masa...
kedua pula topi warna putih (objektif, fakta dan figures), topi ni milik aku ler masa wat projek charity itu ari...maknanyer person yang bertanggungjawab cari information and gathering data.Dan juga kena kaji trend, info yang kekurangan dan lain2 cadangan.
Ketiga pula milik topi merah (Emotion) iaitu lebih kepada menjaga perasaan dan respon.
Keempat tapi warna Hitam (negatif & merbahaya) iaitu memantau kemungkinan risiko, gangguan, kesan dan lain2 aktiviti yang berkemungkinan menghalang projek.
Kelimanya adalah milik topi kuning ( pertimbangan yg positif ) meitikberat hal berhubung faedah, peluang dan ganjaran. seterusnya adalah topi hijau iaitu bersifat kreatif & mencetuskan idea bagi perspektif baru, pertumbuhan/perkembangan, penstrukturan yang membina dan kebocoran yang mungkin memberi kesan kepada sumber maklumat.
kesudahannya adalah berbalik kepada topi biru iaitu fokus dan kawalan, iaitu bertindak selaku penutup dimana perlu mewujudkan kesimpulan projek/program, tindakan daripadanya dan keputusan yang telah dibuat..kejayaan sesebuah projek adalah berdasarkan fokus mesyuarat yang efektif dengan tanggungjawab bersama yang komited dan bersungguh mencapai matlamat program/projek.
"We Care"

No comments:

....NOTA HATI....