Thursday 16 April 2009

Apa Hak kita ...



Ketahuilah apa yang patut anda tahu...sebagai seorang PENGGUNA.




Contoh, tengok buah nie nampok segar...


Tapi apa sekiranya setelah kita beli dan balik umah..buah nie semuanya busuk didalam..????

Kalau ini yang anda dapat, apa yang akan anda lakukan??
Takkan setakat nak maki hamun jer kan....


?????????????
Apa dia Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

Sebuah badan bebas diwujudkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 untuk mendengar tuntutan pengguna terhadap pembekal barangan atau perkhidmatan.

Objektif Tribunal,

Menyediakan saluran alternatif selain daripada Mahkamah bagi pengguna menuntut gantirugi secara mudah, murah dan cepat.

Bidang Kuasa Tribunal

Membicarakan tuntutan-tuntutan pengguna yang jumlahnya tidak melebihi RM10,000.

Siapa yang boleh membuat tuntutan

Mana-mana pengguna boleh membuat tuntutan di Tribunal ini. Di bawah Akta berkenaan, pengguna ditakrifkan sebagai seorang yang memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan bagi maksud kegunaan atau penggunaan diri, rumahtangga atau isi rumah.

Had masa membuat tuntutan

Akta telah memperuntukkan segala tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh masalah berbangkit.

Jenis-jenis Tuntutan yang boleh difailkan

Antaranya adalah seperti berikut :

  • Perlakuan mengelirukan berhubung dengan barang/perkhidmatan yang dibekalkan iaitu mengenai sifat,proses pengilangan serta ciri-ciri kesesuaian sesuatu barangan/perkhidmatan.
  • Representasi palsu/mengelirukan berhubung dengan barang/perkhidmatan yang dibekalkan.
  • Harga barang yang dibekalkan tidak selamat atau tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.
  • Barangan yang tidak diterima dalam masa yang dijanjikan walaupun pembayaran telah dibuat,

Peraturan Pemfailan

Pihak yang menuntut (PYM) perlu mengisi Borang 1 dalam 3 salinan, RM5.00 sebagai Fi pemfailan.

Selepas Borang 1 difailkan,PYM perlu menyerahkan sendiri satu salinan Borang 1 kepada pihak pembekal barangan atau perkhidmatan.

Pembekal boleh memfailkan pembelaan dalam Borang 2 (3 salinan) dan membayar RM5.00 Fi dalam masa 14 hari selepas Borang 1 diserah kepadanya.


Peraturan Pendengaran

Tribunal ini akan mengeluarkan notis pendengaran (Borang 4) yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran tuntutan kepada PYM dan penjual/pembekal sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pendengaran.

Semasa pendengaran, PYM dan pembekal tidak oleh diwakili peguam.

Kedua-dua pihak berkenaan berhak mengemukakan apa jua dokumen, rekod atau benda bagi menyokong tuntutan masing-masing.

Selesai proses pendengaran, Tribunal akan membuat perintah dan mengeluarkan Award.

Award ini hendaklah dipatuhi dalam tempoh 14 hari dari tarikh Award tersebut dikeluarkan.



Dalam apa jua kes tuntutan yang berasas, Tribunal akan mengeluarkan perintahnya samada memberi pampasan,mengganti atau membaiki semula barangan/perkhidmatan yang diperolehi.

1 comment:

Anonymous said...

Noncommercial advertisement! Just for once: plain honest no nonsense spam making no pretense being something else, with a real message and an sound errand. See Window Mirror and find out.

666; The Final Solution; and the Claim

http://winmir.blogspot.com/I am not anyone. I am unique.

And I tell you: the End is here. They are murdering Freedom. Thay ar killing internet. They are ousing the middle classes, who controils inbterenet, throwing you all down into utter misery.

Heed this warning NOW. Tomorrow it will be too late.

- Peter Ingestad, Sweden

....NOTA HATI....