Wednesday 29 June 2011

NO ENTRY...

Sesaat kekadang aku begitu pantas mendapat ilham untuk entri lamanku ini,namun ada masanya aku kalah dengan mainan perasaan yang membuat aku ti dak betah untuk berbuat apa-apa...

Perasaan aku kekadang menjadi sangat sensitif dan dingin..Aku dalam ruangan duniaku...kasian suamiku,tiada manis dipamerkan oleh riak wajah ku tika itu...sedangkan dia kepenatan bekerja seharian diluar..aku pentingkan diri perlukan perhatian...

Aku seolah-olah tidak dapat menerima lagi akan takdir yang telah tersurat..redha akan segalanya..
Menerima atau pasrah bukan bererti kita kalah,tapi adalah sekuat-kuat iman seorang insan kepada PenciptaNya..

Jangan terlalu diikut kata hati,bisikan syaitan semata-mata yang hanya mahu menyesatkan anak Adam.
Jalani hidup sekarang bersama suami tercinta dengan penuh cahaya kesyukuran dan kegembiraan...Jangan difikirkan sangat apa yang tidak dapat diperolehi,setiap orang ada liku-liku hidup masing-masing..Mereka bahagia,baguslah bagi mereka,usah dicemburui kehidupan orang lain...Usah jadikan kehidupan orang lain satu titik tolak kayu ukur kehidupan kamu..

Kasianilah diri kamu sendiri,jangan diseksa dengan kemaruk fikiran yang menggila,tanpa arah penghujung cerita duka..terima segalanya sebagai rencah kehidupan seibarat semanis KURMA.

....NOTA HATI....