Thursday 9 June 2011

PoCo-PoCo - Apa Hal tentangnya???

Antara rujuk sumber yang boleh di bacaan ,
 http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-tarian-poco-poco.html
http://kembarahikmah.blogspot.com/2010/01/rahsia-tarian-poco-poco.html
http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/poco-poco-yg-tersirat.html


Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 dianggotai seramai 10 ahli serta dipengerusikan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, telah membuat keputusan secara sebulat suara berkenaan tarian dan senaman poco-poco seperti berikut:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke 186 yang bersidang pada 19-21 Safar 1432 Hijriah bersamaan 24-26 Januari 2011 Masehi memperaku bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan atas asas bahawa ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama dan pemujaan roh. Tambahan pula tarian atau senaman tersebut sering diamalkan oleh orang bukan Islam terutamanya di Jamaica yang bercirikan agama Kristian. Mesyuarat juga mengarahkan agar keputusan ini diwartakan."




.....................................Terus terang cakap,saya memang sangat meminati rentak tari dan gaya pergerakan tarian ini,saya pernah mengikuti kelas tarian ini bersama warga surirumah di sebuah kawasan Felda..
Tidak pernah terlintas bagi saya nak mengkaji asal usul tarian ini,kerna bagi saya ianya ibarat satu senaman,dan penglibatan kami hanyalah dikalangan warga Hawa..namun kelas yang ikuti ini hanya buat seketika kerana ada masalah pengurusan,agak sedih pada mulanya kerana saya baru hendak mahir beberapa 'step'dah 'breakout'....huhuhu..


Timbul juga rasa tak puas hati pada awal fatwa ini keluar,ini didorong oleh pemikiran akal yang singkat dan tanpa membuat selidikan terlebih dahulu sebelum menidakkan sesuatu perkara (nauzubillah)

No comments:

....NOTA HATI....