Tuesday 14 June 2011

Kekecewaan ..Penawar dihati

12hb.Jun 2011... yang meninggalkan tanda tanya akhirnya impian itu berkecai.....Walaupun aku tidak menangis di depannya,namun dia mengetahui akan sebak dan sedih dihatiku..
Aku sama sekali tidak mahu hendak memberi tekanan kepadanya,
Namun hati wanitaku menjadi sangat sensitif tika ini...
Aku mohon maaf duhai suamiku,..kehadiranmu memberi sokongan sangat menyentuh dihati..
Aku terpana sendirian,jika diikutkan dikaulah yang sangat tersentuh hati dan terluka tapi ini sebaliknya..kau tunjukkan semangat kental dan harapan kepada isterimu ini...
Kau sanggup hendak berhenti mengambil ubatan,namun ditegah doktor....aku langsung tidak bertimbang rasa akan kesannya kepadamu..maafkan diri ini yang hanya mementingkan diri.

Tiada pasangan suami isteri yang tidak kepingin kan zuriat,..
Jika usaha kali ini tidak berjaya,Allah swt,masih belum mengizinkannya..insyaAllah
Semoga kita akan tabah dan redha mengharungi dugaan yang mendatang...

..............................................cubaan pertama gagal
.............................lafaz doa yang tidak pernah putus
...............redha

2 comments:

eyida said...

sabar ya...

Permata Agro said...

Terima kasih sekalian atas kata dorongan...kini Sabar sahaja tembok dan benteng buat hati kami tika ini..selain doa yang tidak pernah putus harapnya...

....NOTA HATI....