Wednesday 27 July 2011

CML - Part 3

.....................susulan perjumpaan & taklimat Max Family & Foundation dengan pihak Hospital Kerajaan, kami merujuk kepada Dr Pakar daripada pakar Hospital Ampang (Dr.Ahlam...) & selepas berbincang dengan Dr.daripada Klinik swasta yang kami rujuk.....keputusan diambil untuk membuat pembedahan 'BMA' kali kedua dengan pihak hospital kerajaan untuk menambah perlanjutan bekalan ubatan.....

25hb Julai 2011(Isnin) : 2 situasi sukar perlu dihadapi ketika ini....penulis membuat susulan rawatan kehamilan di Specialist Hospital berikutan ujian kehamilan sendiri yang positif seminggu berikutnya,dan darah yang keluar pada 24hb sseperti darah haid memberi tekanan emosi yang amat kepada saya.
Setelah ujian makmal keluar,didapati masih lagi positif walaupun darah seperti haid masih keluar...kemungkinan yang terjadi menurut keterangan doktor ialah,ujian kehamilan masih belum menunjukkan sifat negatif, atau berlaku kehamilan luar rahim atau boleh jadi mengandung seperti biasa...semua kemungkinan itu begitu sukar untuk diterima ketika itu dengan keadaan suami yang perlu menjalani pembedahan sum-sum tulang pinggul.

Pada malam itu,saya bermalam di wad 8B Orkid HTAA...suami ditempatkan disatu bilik yang asing daripada pesakit lain namun berkongsi bilik dengan seorang lelaki warga emas yang turut menghadapi penyakit berkaitan dengan darah.Beliau sangat ramah dan suka memberi ceramah mungkin kerna beliau sebelum ini seorang ustaz yang sering mengajar.


Keesokannya,sebelah tengahari suami menjalani pembedahan,syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dan memerlukan suami berehat sebelum dibenarkan keluar pada hari itu.


................................................

....NOTA HATI....