Friday 1 July 2011

Family Day's

Hari Keluarga....hari-hari adalah hari keluarga,tetapi...
Kekadang untuk bertemu adik-beradik kini memang sukar,dek kekangan kerja dan rutin keluraga masing-masing..

Dapat melepaskan rindu bertemu dan bergurau senda dengan adik-beradik dan ahli keluarga tika waktu telah dijadualkan semuanya BERCUTI..

Dengan ruang masa yang sekang inilah perlunya ada aktiviti kekeluargaan untuk lebih merapatlkan ukwah antara ipar duai,sepupu-sepapat,anak-anak saudara & mak pak saudara....

Memori bersama akan lebih mekar segar dalam ingatan....

Mak Ayah tentunya lagi terpancar kegembiraan bila dapat bersama semua anak-anak,anak menantu dan cucu-cucunya..Keluarga besar...

Tanggungjawab kini bukan sahaja pada keluarga mak ayah sendiri,malah keluarga mertua dan tentunya keluarga sendiri...

Bukan kemewahan duniawi jadi tali ukur nilai kasih sayang,sebaliknya hati & nurani yang tulus suci dalam menghargai insan yang tersayang lambang sejati Ikatan Kekeluargaan Yang Abadi & Di KasihiNya
Bukit Gambang Resort Water Park -17/3/2011

Cuti-cuti Melaka & JB - 01/01/2011
Semoga jalinan kasih sayang antara keluarga dirahmati Ilahi..

....NOTA HATI....