Tuesday 19 July 2011

"Ibarat Menunggu Hukuman Mati"

Salam buat seluruh warga CML & Max Family....















16hb Julai 2011 (Sabtu) pagi-pagi hari lagi telah berangkat menuju ke HTAA,Kuantan menemani suami untuk perjumpaan & taklimat daripada doktor kepada pesakit-pesakit CML & ahli keluarga terlibat.

Keadaan bilik perjumpaan tersangat sejuk hingga sampai ke tulang belulang,.bagi menghilangkan kedinginan kami semua warga Max Foundation memulakan sesi perjumpaan dengan acara permainan..Muzik dimulakan dan sebiji hadiah di serahkan kepada ahli mengikut alunan lagu sehingga diberhentikan,ahli terakhir menyambut hadiah tersebut perlu membuka balutan hadiah dan menjawap arahan pada pembalut...setiap arahan pada pembalut adalah berhubungkait dengan pesakit,pengalaman mereka, permainan ini lebih kepada sesi memperkenalkan diri..
sehingga pembalut yang terakhir hadiah yang sebenarnya menjadi milik mereka...

Berikutnya sesi suai kenal diteruskan,..suasana bertukar hiba...pabila lebih kurang 13 pesakit bersama ahli keluarga bercerita pengalaman masing-masing.
#pesakit 1: seorang pemuda yang masih bujang menceritakan detik pengalaman yang memenatkan beliau,setiap kali tambahan dos ubat yang diberikan beliau akan muntah....susuk badannya begitu kurus & lemah..

#pesakit 2 : Beliau telah hampir 7 tahun mengidap, dan baru sebulan melakukan pembedahan transplan sum tulang yang didermakan oleh adik beradiknya..keadaanya kelihatan agak baik,dan beliau merupakan pesakit yang akan menceritakan detik pengalamannya dalam sesi berikutnya...niat beliau adalah untuk menunaikan ibadah Haji setelah berjaya dalam pembedahan tersebut...

#pesakit 3 : Seorang kakitang awam daripada Terengganu yang juga telah hampir 5 tahun mengidap,hanya bergantung kepada ubatan 'Glivec' keadaan beliau agak baik walaupun ada masanya beliau juga mengalami simptom lesu & kepenatan.

#pesakit 4 : giliran suamiku,terharu bila beliau mengucapkan ucapan terima kasih kepadaku kerna bersamanya & meyokong dirinya,detik-detik serangan simptom beliau yang menyerang iaitu bermula dengan sakit plagtisme dan penurunan berat yang begitu drastik..serta pengalaman dengan institusi perubatan..memaksa kami merujuk kepada hospital swasta..
>>>penulis juga diberi peluang bercerita detik bersama dengan pesakit...persaan sebak sememang telah lama bersarang,cuma kutahan kan airmata ini dari keluar & menunjukkan kelemahan diri ini kepada suami yang menderita sakit...

#pesakit 5 : Seorang wanita & isteri yang bertuah kerana suaminya menjaga beliau dengan penuh kesabaran & kasih sayang, berikutan belai yang lumpud dari paras pinggang hinga ke kaki akibat pembedahan mengeluarkan sum tulang..beliau menderita tidak boleh bergerak hampir 5 bulan dan pada hari ini beliau telah mampu berjalan..
>>>>suaminya turut berkongsi pengalaman beliau yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga isteri tercinta.

#pesakit 6 : Isteri kepada Seorang lelaki Cina yang turut mengidap penyakit darah tinggi menceritakan pengalaman beliau dan suaminya.

#pesakit 7 : seorang ibu yang separuh usia ditemani oleh 2 orang anak lelakinya telah lama mengidap penyakit tersebut.

#pesakit 7 : Seorang lelaki yang berkerja sebagai tukang kebun menceritakan detik permulaan beliau dikesan penyakit tersebut..keadaan dirinya sangat kurus dan cengkung,
>>>>isteri beliau turut sama memberi sokongan dan bercerita pengalaman diri.

#pesakit 8 : pesakit wanita yang juga seperti suamiku daripada hospital swasta yang perlu mengambil dos ubat yang tinggi..beliau berhasrat untuk melakukan pembedahan 'transplan'..

# pesakit 9 : pesakit wanita berasal dari Sabah menangis bila menceritakan detik beliau membuat BMA kali ke6 beliau yang sangat menyakitkan...

#pesakit 10 : seorang wanita yang ditemani adik lelakinya telah lama menderita penyakit ini, adik beradik perempuan beliau juga menderita penyakit yang sama daripada kecil.

#pesakit 11 : seorang wanita cina yang telah dimakan usia turut di diagnos dengan penyakit ini,beliau kurang fasih berbahasa Melayu dan telah di terjemahkan kepada bahasa ibundanya oleh urusetia.

#pesakit 12 : Ayah kepada seorang anak 17tahun yang megidap penyakit ini hadir mewakili anaknya yang kini dirawat di HUKL.

#pesakit 13 : wanita pertengan usia,merupakan sukarelawan Max family turut menghadapi penyakit ini...

..............................................Istilah putus Harapan perlu dipadamkan dalam diri mereka.


Wall of hope..

Kata-kata hikmat...

Berikutnya,doktor pakar daripada Hospital ampang bertanggungjawab untuk memberi taklimat berhubung penyakit CML &kaedah perubatan yang perlu..

Beliau seorang yang sangat berterus terang & kata-katanya sangat tajam bagi kami yang medengarnya...hati ini hancur luluh..kedinginan bilik seolah bertukar hangat...terpana dibenak hati bila ungkapan beliau yang menyamakan pesakit CML ini "IBARAT MENUNGGU HUKUMAN MATI"....

..................................................Lemah semangat sesiapa yang mendengarnya,tidak terkecuali suamiku yang pada awalnya begitu semangat..riak wajah berubah dengan jelas sekali seolah-olah tiada harapan pulih baginya....
Doktor hanya memberi penerangan bahawa penyakit ini perlu dikawal..istilah sembuh masih belum dapat dipastikan....Sebagai seoarang Islam,kita perlu yakin akan Qada & QadarNya..........


.....................................................................................( T_T )

....NOTA HATI....